Thursday 9 March 2023

Pusat Ikan Hiasan

 Musim cuti sekolah sememangya akan membuatkan ibubapa yang bekerja pening kepala kerana memikirkan ke mana hendak di bawa anak-anak mereka bagi memenuhi masa yang terluang.


Bagi keluarga yang ibubapa nya yang tidak bekerja pula seperti kami memang sudah menjadi kelaziman untuk mengelak segala bentuk kesesakan dengan orang ramai ketika hendak bercuti.


Berkelah di tepi pantai atau sungai-sungai sekitar kediaman kami menjadi aktiviti biasa sepanjang cuti sekolah atau pun luar cuti sekolah.


Tip yang biasa kami berikan, keluar pagi sebelum semua orang bangun untuk mendapatkan gambar yang cantik.


Video pendek sebagai kenangan


Kali ini kami hendak berkongsi aktiviti sampingan yang anda boleh lakukan di Port Dickson pada sebelah tengahari di mana kawasan pantai yang panas terik tidak sesuai untuk berjemur.


Selain Muzium Tentera Darat yang ada di Port Dickson ini , Pusat Ikan Hiasan ini juga adalah tempat yang amat sesuai anda lawati selepas makan tengahari sambil menyejuk kan badan sebelum menyambung perkelahan di pantai pada sebelah petang.


Tempat ini sebelum ini kurang popular tetapi selepas di viral di medai sosial , tempat ini mulai ramai pengunjung walaupun pada hari biasa


Walaupun pengunjung agak ramai, tempat letak kereta yang percuma tidak menjadi masalah di sini. Mungkin juga kami datang pada waktu hari bekerja, untuk hujung minggu semestinya tempat ini amat sesak kata orang tempatan di sini.


Beberapa keping gambar sebagai kenangan dan informasi untuk semua





























Ambil masa anda dengan menikmati setiap ikan yang ada di sini


Ruangan ikan-ikan kecil








Ikan yang susah hendak kita lihat di pantai Port Dickson




Teringat pula semasa snorkeling di Pulau Kapas


Bahagian batu karang hidup






Siapa kata Negeri Sembilan tiada penyu ?



Antara ruangan yang menjadi tarikan orang ramai yang berkunjung di sini







Tidur bersama telur penyu sambil di kelilingi bidadari-bidadari


Banyak ilmu yang boleh diambil dari Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini .


Tempat yang sangat santai di Port Dickson . Ruang pameran yang bersih dan penghawa dingin yang sejuk menjadi kemestian jika anda berkunjung di Port Dickson ini , lebih-lebih lagi masuk adalah percuma. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Sembilan. Thumbs up



No comments:

Post a Comment