Tuesday 17 March 2015

HONG KONG


Cuti sekolah penggal pertama kali ini diisi dengan menjejakkan kaki ke Hong Kong. Bumi yang penuh dengan bermacam cerita yang kadang-kadang membuatkan hati kecil ini bertanya adakah tempat ini selamat untuk di kunjungi atau sebaliknya. Mungkin juga kerana terpengaruh dengan cerita Hong Kong yang terkenal sekitar tahun 90an " Young And Dangerous" membuatkan aku sedikit risau.

Tapi mana mungkin tempat yang hebat dengan kongsi gelap boleh mendirikan Disneyland. Tak salah mencuba dan melihat sendiri sambil membawa keluarga ke Taman Tema yang terkenal di dunia ini. Itulah matlamat kami kali ini.


Mendarat di lapangan terbang yang berada di kawasan laut adalah sangat-sangat mencabar. Antara lapangan terbang yang tersibuk di dunia dan angin lintang yang tidak diduga kadang kala dialami  pada  kapalterbang yang akan mendarat. Agak kecut perut juga bila terasa kapalterbang kami ditiup angin lintang semasa mendarat. Keadaan ini akan lebih terasa di musim-musim angin typhoon melanda Hong Kong sekitar bulan Mei hingga November.


Setelah selesai semua urusan dokumen,sebelum melangkah keluar ke pintu ketibaan,sila dapatkan octopus card (lebih kurang kad touch n go) di kaunter sebelah kiri pintu keluar.HKD 150 untuk dewasa dan HKD 70 untuk kanak-kanak. Boleh reload kad ini di mana-mana kedai 7-11 atau stesen MTR.Kad ini boleh refund masa balik nanti kalau terlebih topup,tapi HKD 9 akan di tolak sebagai service charge.
Setelah keluar ke pintu ketibaan,terus belok kekiri untuk ke kedai telekomunikasi 1010 bagi mendapatkan kad internet unlimited berharga HKD 100 untuk 7 hari. Coverage nya terbaik.4G lagi.


Cari petunjuk ke terminal bas untuk ke bandaraya. Amat mudah sekali papan kenyataan yang di sediakan di Hong Kong ini.

Tempat penginapan kami terletak di Nathan Road.Naik bas A21 dan berhenti di hentian yang ke 13.



Perjalanan amat lancar sekali.Kad octopus digunakan untuk menaiki bas ini. Selain itu,MTR,kedai 7-11 dan perkhidmatan Tram juga boleh menggunakan kad Octopus ini. Amat mudah sekali.


Bilik kami terletak di Maridor Mansion. Penginapan kami tempah terus dengan pihak hotel. Sangat murah berbanding tempahan melalui booking.com atau seangkatannya. Boleh terus whatsapp untuk tempahan bilik.Boleh survey di   http://www.ridorhouse.com/eng/


Pemandangan dari tingkap bilik kami. Hentian bas untuk balik semula ke airport dan subway di kiri kanan bangunan Maridor Mansion untuk ke MTR.


Setelah urusan tempat tinggal selesai,kami menuju ke Masjid Kowloon yang terletak kira-kira 50 meter dari hotel kami. Masjid ini didirikan pada tahun 1896 dan masjid kedua yang dibina di Hong Kong ini.



Setelah selesai solat jamak,kami menaiki MTR untuk ke The Peak.


The Peak atau pun dikenali sebagai Victoria Peak adalah kawasan yang paling tinggi di Hong Kong. Untuk menikmati pemandangan dari atas bukit ini,keretapi bukit ataupun Tram digunakan. Lebih kurang keretapi Bukit Bendera di Pulau Pinang. Cara berebut nak naik keretapi bukit ni pun sama sahaja.Sabar je lah...




Anak-anak cuba melakukan teknik berdiri ala-ala Micheal Jackson dalam MoonWalker.


Pemandangan yang sangat indah di malam hari bersama angin yang bertiup sejuk.



Madame Tussauds Hong Kong terletak di aras P1.



Hard Rock Cafe Rock Shop dan DC Comics Super Heroes Shop pula terletak di aras G.Harga barangan di kedai Dc Comics ni agak mahal berbanding kedai serupa di Pavilion KL walaupun sudah diskaun. Agak kurang digalakkan untuk mencari cenderahati di sini.


Bank of China Tower


Antara gambar yang sempat dirakam dalam perjalanan menuju ke stesen MTR dari Peak Tower.




Untuk dua hari berikutnya kami habiskan di taman tema Disneyland Hong Kong. Memang ini tujuan utama ke sini pun. Tempat-tempat lain kami terpaksa lupakan kerana tidak sesuai untuk anak-anak kami yang kecil. Shopping pun kat sini aje yang banyak. Maklumlah credit card diterima pakai dan currency exchange yang murah amat berbaloi. Jadi tak perlulah bawak cash beribu-ribu HKD tu....




Untuk promosi hingga bulan June tahun ini,setiap belian tiket dewasa akan mendapat voucher makan dan minum di mana-mana restoran dalam Disneyland ini. Promosi ini hanya untuk rakyat Malaysia dan Indonesia sahaja. Halal restaurant di sini adalah Tahitian Terrace di Adventureland dan Explorer's Club Restaurant di Mystic Point.


Explorer's Club Restaurant di Mystic Point.


 Tahitian Terrace di Adventureland












Memang dua hari penuh di perlukan untuk menikmati sepuasnya Hong Kong Disneyland ini. Ada ride atau permainan yang diulang oleh anak-anak atas sebab seronok.Untuk solat pula satu ruangan di bangunan City Hall di sediakan untuk pengunjung bersolat. Tetapi kami hanya gunakan untuk hari kedua sahaja kerana hari pertama tu kami solat di celah-celah ruangan taman kerana malas untuk berpatah balik ke bangunan City Hall yang terletak berhampiran pintu masuk taman tema ini.


Kepada pengunjung Disneyland ini,jangan lupa untuk meminta sticker dari pekerja-pekerjanya. Anak-anak ku semua dah diberitahu awal mengenai perkara ini. Habis semua pekerja mereka minta,yang penting jangan malu bertanya. Usah terkejut,kerana tukang sapu sampah juga akan memberi sticker rahsia ini jika diminta.


Antara sticker yang berjaya diperolehi oleh anak-anak...







Parade siang dan malam untuk 2 hari berturut-turut kami tidak lepaskan.


Begitu juga dengan pertunjukan bungapi yang bermula pada pukul 830 malam.



Untuk makan malam,usah kuatir kerana di Nathan Road terdapat banyak kedai makanan yang halal.Kedai makan yang kami pilih adalah di bawah bangunan Chungking Mansion.Sebuah kedai makan cina islam.Restoran Syed Bukhara Biryani Malaysia juga ada bersebelahan restoran ini.Chungking Mansion ini terletak bersebelahan bangunan hotel kami.



Avenue of Stars light show.Pertunjukan laser dan lampu neon diiringi musik amat menarik untuk di lihat.Pertunjukan ini bermula pada pukul 8 malam dan berlangsung selama 15 minit setiap hari.






Bergambar di pagi terakhir di Avenue of Stars.



Sebelum terbang pulang ke tanahair,kami menikmati makanan halal di Popeyes Chicken & Biscuits.


Prayer Room juga di sediakan di Airport Hong Kong ini.Jangan lupa hendak refund octopus kad anda setibanya berada di airport.Kaunter tebus semula berada di tingkat balai ketibaan.


PENGAJARAN PERJALANAN : Islam ada dimana-mana sahaja.Usah kuatir untur mengembara di bumi Allah ini.Sara hidup yang tinggi membuatkan rakyatnya bekerja untuk menyara hidup sendiri tanpa memikirkan atau menyibuk hal orang lain.Yang lemah akan tercicir,yang kuat akan terus berusaha agar tidak tercicir.Perlumbaan kehidupan yang sangat drastik.Kalau dari sudut pandangan biasa kita akan kata mereka ni tahu nak untung sahaja....tetapi lumrah kehidupan dan tekanan kehidupan membuatkan mereka terpaksa bertungkus lumus agar tidak keciciran...harap rakyat Malaysia tidak akan terjerumus dalam kehidupan seperti ini yang akan membuatkan rakyatnya tertekan dan akan lupa untuk bersenyum.....












8 comments:

  1. maaf ganggu, saya nak bertanya berapa price tempat saudara bermalam di hongkong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ganggu mana pun....4H3M dia kasi HKD 1650 untuk 2 Double Bed dan 1 Single Bed.

      Delete
  2. seronoknya bawak anak2 jalan pi disneyland!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tempat mcm ni lah yg mereka suka...rezeki mereka.....

      Delete
  3. Berapa hari en Deen di sana... macam sekejap sangat rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 hari 3 malam je En Mie....memang tak sempat nak cover semua.Tu pun penat di buatnya melayan anak-anak....anyway...happy sangat....

      Delete
  4. Salam.. nk tnye bekenaan denga guesthouse.. no wassap kt website Ridor Guesthouse tu btl ke?
    Just wassap thru no tu je ke? and bayar waktu kt HK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..betul lah tu...untuk secure tempat kita orang bayar terus guna debit card...nanti owner anak kasi link untuk payment..safe...dont worry...

      Delete