Songkhla antara tempat perlancongan popular bagi rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi pada penunggang motorsikal dari Malaysia.
Lebih kurang 35 KM dari bandar Hat Yai, Songkhla menjadi popular kerana perayaan air nya pada 13 April setiap tahun.
Jalan agak penuh menuju ke luar bandar Hat Yai
Alhamdulillah cuaca juga cantik untuk berkelah hari ini.
Sebelum sampai kami singgah di Masjid terbesar di Songkhla ini
MasyaAllah
SubhanAllah,
Sementara menunggu waktu solat Zuhur
Bas pelancong mulai tiba
Kerbau kelihatan di tasik berdekatan
Masjid yang besar dan bersih
Cuaca masih terasa dingin dengan angin yang sentiasa bertiup walaupun kelihatan seperti panas terik
Perjalanan di teruskan semula
Pantai Samila. Tempat perkelahan kami hari ini
Alhamdulillah. Berjaya menjejakkan kaki kami di sini
Pintu gerbang ke Samila Beach Songkhla Thailand
Sejarah kewujudan Songkhla
Serba sedikit tentang Songkhla
Mencari lokasi menarik untuk berkelah. Jualan di sepanjang tepi pantai Samila
Alhamdulillah sudah sampai, Tiada khemah biru didirikan di hadapan pantai ini. Nampak kemas dan sejuk mata memandang, biru laut, bukan biru sebab banyak khemah
Selepas makan, sesi bergambar pula. Tempat wajib ambil gambar katanya. OOtd punya tempat.
Instagram VS....
.......reality.
Punyalah ramai orang beratur untuk ambil gambar. Petang-petang ni kurang sikit pengunjung, tengahari tadi lagi ramai. Sanggup demi sekeping gambar di tempat yang viral. Patung ini pernah kena bom jadinya berhati-hatilah. Thailand memang terkenal dengan bom di sana sini
Yang baiknya di sini tiada khemah biru didirikan dan yang buruknya pula ada banyak anjing liar berkeliaran di pantai ini. Masa kami makan pun ada anjing duduk secara simpati sambil menunggu makanan. Setiap tempat ada orang makan di situlah anjing-anjing ini akan datang meminta makanan. Seperti biasa kencing dan tahi nya bersepah merata. Tidak di galakkan untuk anak-anak anda bermain pasir di sini. Ini juga boleh diketegorikan sebagai bom.
Sebelum pulang singgah sebentar untuk menikmati makanan viral di sini
Awek Thailand buatkan untuk kami
Pantai Samila bukan tempat untuk melihat matahari terbenam. Kami ada satu tempat menarik untuk melihat matahari terbenam
Jalan menuju Hat Yai waktu petang memang sesak kerana orang sibuk balik kerja. Kita biarkan mereka bersesak dahulu kerana kita hendak ke tempat yang tenang sikit petang ini
Terletak di jalan Tinsulanonda. Ada kawasan perkelahan yang sesuai untuk melihat matahari terbenam dengan tenang tanpa ramai orang
Tasik Songkhla
Angin petang yang sejuk
Jika di Perth terkenal dengan Blue House, Songkhla pula terkenal denga Pink Bridge nya. Hanya pada yang tahu, kalau dah viral nanti susah pula hendak bergambar
Lebih 200 meter di tengah tasik
Tempat ini kami yang punya
Melihat matahari tenggelam di sebalik Pulau Ko Yo di Tasik Songkhla
Sebelum balik ke hotel, tambah dulu makanan dan minuman sebagai bekalan untuk penjelajahan seterusnya esok hari
Kami singgah di Pasaraya Lotus yang banyak terdapat di Thailand ini
Air kosong ini kami selalu beli sebab nak cuci perut lepas makan banyak makanan Thai yang berempah ratus. Dalam RM5 untuk 12 botol 600ml. Memang murah
Ada jualan Donut
Daripada 70 Baht diskaun ke 35 Baht....tapi tunggu.....
....tunggu sehingga staff Lotus sendiri yang ada bersama barangan. Dari 30 Baht diskaun lagi menjadi 20 Baht untuk sebekas donut.
Seperti biasa , makan malam dulu di tingkat atas Asean Night Market sebelum balik tidur
No comments:
Post a Comment