Hat Yai adalah destinasi 3 hari 2 malam kami seterusnya.
Kira-kira satu jam perjalanan dari Pekan Danok. Alhamdulillah perjalanan kami sangat lancar hari ini
Inilah tempat penginapan kami yang berdekatan dengan Greenway Market dan Asean Night Market. Boleh berjalan kaki sahaja untuk ke dua-dua pasar malam ini. Tapi kami naik kereta juga....heheheehehhe
Memang tujuan utama kami di sini adalah untuk ber shopping dan cari makanan Thailand yang sedap-sedap. Jadinya pemilihan hotel berdekatan tempat shopping dan makan ini perlu diambil kira.
Kami tak cari makan di floating market sebab ramai yang kata tempat itu overrated dan harga mulai tak masuk akal, jadi kami jadi food hunter makanan Thai di sekitar bandar Hat Yai sahaja
Central Festival Hat Yai menjadi tempat pertama kami lawati
Di hadapan Central Festival ini ada kiosk jualan untuk pengunjung
Juga terdapat kiosk jualan makanan di sini. Pastikan logo halal ada di kiosk sebelum membeli kerana ada peniaga yang menjual makanan tidak halal bercampur dengan yang halal. Cari kiosk yang bertanda halal, jurujual yang memakai tudung kepala dan boleh menjawab salam dengan fasih . Ini adalah perkara basic yang kami amalkan untuk memilih sesebuah kedai makanan dalam pengembaraan kami di Thailand ini
Antara pusat membeli-belah yang terbesar di Hat Yai
Mungkin 10 tahun dahulu barangan Thailand lebih murah berbanding dengan Malaysia. Atas kerana kejatuhan nilai wang RM ianya tidak semurah dahulu. Boleh dikatakan harga produk hampir sama sahaja melainkan harga produk tempatan Thailand itu sendiri.
Agak murah berbanding harga di Malaysia. Mungkin cukai lainnya agak tinggi termasuk harga petrol mereka yang dua kali ganda daripada kita
VAT boleh dapat balik untuk para pelancong. Kalau setakat minum kopi kena VAT tu, kira halal je le
Asean Night Bazaar. Tempat yang kerap kami kunjungi sepanjang berada di Hat Yai ini
Sekali imbas macam UPTOWN kat Kota Damansara sahaja layout nya. Barangan juga lebih kurang sama. Tak tahu apa yang menarik di sini. Rakyat Malaysia paling ramai di sini
Salah satu sebab kami kerap ke sini adalah kerana kiosk makanan yang menjual pelbagai menu di sini. Memang semua kedai mempunyai keistimewaan yang tersendiri
Disebabkan layout dia macam Uptown Kota Damansara, harga makanan di sini juga tak ubah sama dengan di Malaysia. Kalau currency rate macam 10 tahun lepas, memang murah la
Street food yang sangat sedap, walaupun sedap itu adalah perkara subjektif. Bagi kami makanan-makanan yang sedap di sini lebih kepada tambahan MSG. Mereka di negara ini ada MSG mereka tersendiri, mereka tak pakai Ajinamoto sahaja. MSG unik ini boleh terdapat di semua kedai-kedai runcit dan pasaraya. Kami kesan kehadiran MSG ini, apabila membuang air kecil sepanjang kami di Thailand ini, air kecil sangat kuning warnanya. Ini adalah petunjuk yang amat tidak baik. Untuk pengetahuan semua, rakan Yahudi kami suatu hari dahulu pernah memberi tahu jika kencing kita sangat kekuningan menuju ke warna kemerahan, itu petanda makanan yang kita makan tidak baik dan perlu banyak minum air kosong untuk mencucinya semula. Hinggakan amalan ini dijadikan lagu untuk anak-anak kecik dari sekolah tadika dan rendah di Israel
Pastikan tips mencari makanan halal kami di jadikan amalan sepanjang anda berada di sini
Barangan tiruan AA atau AAA sudah tidak di jual lagi di sini. Hanya baju t-shirt Thailand menjadi benda wajib untuk dibeli. Sekitar 100 Baht untuk sehelai baju yang baik kainnya. Greenway Night market pula adalah tempat membeli belah lebih kepada baju preloved dan pakaian bundle.
Sedih. Toys juga tidak banyak di jual di sini. Kami hanya datang untuk makan malam
Untuk sarapan pagi kami hanya menikmatinya di hotel sahaja
Ada beberapa makanan tempatan Thai disajikan. Hotel ini menyediakan makanan halal dengan kelulusan dari Jabatan Agama Islam Thailand
Di Malaysia masih cuti sekolah, tapi di sini rombongan pelajar tempatan masih kelihatan walaupun sekolah telah bermula. Tersipu malu selepas diapit gerombolan awek Thai yang menginap di sini.
Hari ini kami hendak mencari barangan tempatan Thailand pula.
Menyusuri jalan-jalan Hat Yai yang kurang sibuk pada hari biasa
Waktu pagi cuaca agak dingin tetapi tidak sedingin di Danok
Inilah tempat yang kami ingin tuju untuk mencari barangan tempatan
Hat Yai Plaza. Parking di hadapan pintu masuk plaza ini dengan bayaran 40 baht untuk 2 jam
Barangan nya agak murah berbanding di Asean Night Market.
Tapi kami tidak kata semua kedai murah. Berbelanjalah dengan bijak
Lebih banyak pilihan di luar Plaza ini
Juga tiada barangan tiruan jenis AA atau AAA di sini
Hat Yai Plaza 2. Banyak kedai yang tutup. Harga lebih murah untuk barangan keperluan biasa
Plaza 2 ini ada 3 tingkat. Tingkat atas food court sudah tutup. Mungkin tutup semasa musim Covid. Pernah menjadi pusat beli-belah popular sebelum kemunculan Plaza 1 dan Night Market yang lain
Tidak ramai pengunjung menyebabkan mereka akan melayan kita macam raja
Plaza 3. Tempat jualan keperluan dapur. Misi mencari sesuatu untuk dibawa balik ke Malaysia
Kalau hendak membeli perencah tempatan memang banyak di sini. Murah-murah
Di Plaza 3 inilah benda yang paling penting kami hendak beli
Bukan beras siam yang kami hendak beli
Inilah yang kami cari. Beras pulut cap harimau. Beras pulut inilah yang di syorkan oleh peniaga-peniaga pulut ayam goreng di Danok. Lain dari yang lain rasanya. Harap tak perlu tambah MSG
Sepanjang jalan di Plaza 1,2 dan 3 ini memang banyak juga barang yang kami beli.
Di sini juga makanan tempatan kami bungkus sebelum berangkat ke destinasi seterusnya
Memang banyak lauk pauk yang kami bungkus.
Rasanya memang luar biasa. Banyak juga budak food panda dan grab food datang ambil makanan. Kiranya tak salah lah kami singgah beli makanan di warung tempatan di Plaza 2 ini. Harga nya juga tak masuk akal. Ni baru boleh di katakan murah.
Alhamdulillah, bukan semua kedai ada MSG. Tiada yang pelik pada urine kami. Kami beli bungkus makanan di sini untuk dibawa ke tempat perkelahan 30 km dari bandar Hat Yai. Nantikan post seterusnya nanti. Pengembaraan di Thailand kami.
No comments:
Post a Comment