Sunday 13 March 2016

DUBAI


Percutian cuti sekolah kami kali ini adalah  ke Dubai . Memandangkan Malaysia Airlines sudah memberhentikan banyak penerbangan antarabangsanya , Emirates Airlines menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk ke luar negara.Kebanyakkan penerbangan Emirates ini melalui transit ke Dubai untuk beberapa jam . Kalau anda bijak memilih penerbangan sambungan anda , waktu menunggu untuk penerbangan seterusnya boleh digunakan untuk melihat sekitar bandar Dubai.


Ada peminat. Ada hadiah untuk si kecil jika menaiki penerbangan Emirates ini.



Wifi percuma untuk 10MB diberikan untuk pelanggan Emirates Airlines.Khidmat ini terdapat pada sesetengah model kapalterbang buat masa ini dan akan diperluaskan pada semua penerbangannya. Jangan risau jika battery laptop atau handphone anda habis,soket dan usb outlet ada disediakan. 



Dengan hanya menaiki Metro (lebih kurang LRT) daripada Airport Terminal 3 anda boleh ke tempat-tempat menarik sekitar Dubai.Perlu untuk dapatkan Nol card (lebih kurang Tounch n Go) untuk menaiki pengangkutan awam ini.Semua stesen ada jual kad ni yang berharga AED22 termasuk deposit kad.AED3 untuk setiap perjalanan tak kira jauh atau dekat,janji dalam Zon yang sama.Zon boleh di lihat kat setiap stesen hentian.Amat mudah sekali kerana bahasa Inggeris diguna pakai di setiap papan tanda di bandar ini.



Peraturan di sini agak ketat .Tak dibenarkan makan minum dalam pengangkutan awam,bahagian wanita juga disediakan khas bagi mereka.Lelaki jangan cuba-cuba nak menyelit macam kat Malaysia,on the spot anda akan di saman.



Hentian pertama kami ialah Mall of Emirates.Tempat yang popular dengan sukan salji buatan manusia.







Sekali bayar dan anda boleh bermail luncur salji dan beberapa aktiviti lainnya selama sehari.


Dari Mall of Emirates , kami menaiki bas ke satu taman bunga yang dikenali sebagai Miracle Garden. Bayaran masuk AED30 seorang ke taman ini.Kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma.




Si kecil mundar mandir mencari apa yang boleh dia lakukan di sini.


Nasib baik ada perkhidmatan kereta sorong ni.AED45 untuk sehari. Menyenangkan pergerakan bagi yang beranak kecil.




Tengok sahaja lah bunga-bunga ini. Setiap kawasan mengeluarkan bau-bauan bunga yang berbeza.














Diantara lokasi medan makan di Miracle Garden ini.




Satu lagi kawasan untuk anda menjamu selera.


Nasi Arab,Nasi Beriani memang tak dapat lari jika berada di Dubai ini .


Pada sebelah petangnya pula kami ke satu lagi tempat menarik yang berdekatan dengan Miracle Garden ini ialah Global Village .


Himpunan pameran dan jualan dari negara-negara yang mengambil bahagian sangat menarik sekali.Di buka pada pukul 4 petang hingga lewat malam.Tetapi ditutup pada musim panas.


Malaysia berkongsi dengan Singapura ??


Thailand.


Jika anda pengumpul fridge magnet atau key chain tempat ini memang wajib anda lawati.








Minum petang di Nattas Coffee & Pastry


Tetapi bagi anak-anak , bahagian taman tema permainan ini menjadi tarikan utama mereka.












Pandangan Global Village dari Ferris Wheel.Tak boleh habis berjalan kalau hanya datang untuk sehari.


Pengunjung semakin ramai membanjiri taman tema ini menjelang malam.




Lawatan ke Dubai tak akan lengkap jika tidak mengunjungi Burj Khalifa . Gunakan Metro (LRT) dan  turun di stesen DUBAI MALL . 






Pertunjukan Water Fountain diadakan setiap hari dari pukul 6 petang dan akan berulang setiap 30 minit. Pastikan anda dapat melihat pertunjukan ini di awal waktu kerana pertunjukan siang dan malam mempunyai tarikannya yang berbeza.


GOLD SOUK . Pasar Emas , satu lagi tarikan utama di Dubai.






Deretan kedai emas yang tidak memerlukan jeriji besi atau pengawal keselamatan bersenjata.Anda sendiri boleh tafsirkan betapa selamatnya berada di sini.


Tidak jauh dari Gold Souk ini pula terdapat satu lagi tempat menarik iaitu Spice Souk .Berbagai rempah ratus ada di jual di pasar ini.Untuk ke tempat-tempat ini kami gunakan Metro dan selebihnya berjalan kaki dengan mengunakan applikasi MAPS.ME .Hanya mengunakan gps ,aplikasi ini akan membawa anda ke tempat-tempat menarik ini.Pastikan anda download map nya siap-siap sebelum aplikasi ini dapat digunakan.


Naif Souk juga berada berdekatan dengan kedua souk ini.Tiada gambar dapat di rakam kerana sibuk membeli belah abaya buat kedua bunga dalam keluarga kami ini.









Berdekatan Spice Souk ini terdapat teksi air untuk menyeberangi terusan Creek. Hanya AED 1 seorang sebagai tambang.
















Berehat sebentar . Nak cuba jugak. Tapi dia tiup bukan sedut. Seronok dia tengok asap keluar bila dia tiup.


Makan aiskrim ketika cuaca sejuk. Aktiviti yang paling menarik untuk dilakukan.


Masjid ada di mana-mana. Sentiasa terbuka untuk orang ramai.


Kedai nasi arab juga berlambak. Harganya separuh dari kebiasaan harga nasi arab di Malaysia. Jangan takut untuk masuk ke kedai yang mungkin nampak lumayan,tetapi harganya sangat berpatutan.




Muzium Kesenian . Berdekatan Jeti Creek .


Memang banyak shopping mall kat sini. Setiap Mall pula ada tarikannya yang tersendiri. Juga taman temanya sendiri.












Dubai ini memang tempat untuk orang ber shopping.Tapi kena tengok jugak season sale nya.Memang berbaloi-baloi.Untuk penginapan pula disarankan untuk mencari hotel dekat dengan Metro Station seperti Al Rigga Metro dan Diera City Centre Metro. Ini kerana Metro amatlah diperlukan di sini selain teksi yang bersepah.Tapi awas kerana minimun harga teksi adalah AED12 walaupun tambang di meter teksi hanya AED5.Tempat makan juga banyak di kawasan kedua Metro Station ini.Hotel nya agak murah jika anda pandai merancang perjalanan anda.Selamat melancong.

































































8 comments:

  1. Salam. Saya nak tanya sikit psl Dubai ni boleh?

    ReplyDelete
  2. Bestnye ... Nak tanye..textile souk tu dekat tak dgn dubai mall?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh kalau nak jalan kaki...kalau nak naik metro dari Dubai Mall kena tukar train red line ke green line menuju Etisalat Station di Union Station.Turun dekat Baniyas Square Station.Boleh jalan kaki untuk ketiga-tiga souk ni.Harga metro dalam aed6 total.

      Delete
  3. salam tuan.. mana lebih baik. cari penginapan berhampiran Dubai Mall atau Deira. saya nak pergi 9 dis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.Dubai Mall dan Diera boleh dihubungkan melalui metro red line.Tak menjadi halangan kalau hendak cari hotel yang baik tetapi murah di sekitar Diera.Yang penting dekat dengan Metro station.

      Delete
  4. Berbaloi tak kalau naik hop on hop off

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak jenjalan musim sejuk ok lah nak guna hop on hop off.Kalau datang musim panas sangat tidak digalakkan.

      Delete