Monday 27 March 2023

Danok , Thailand

Ketika minum petang pada pukul 6.30 petang....jom pergi Thailand nak ? Ini lah dialog pencetus kami untuk berkunjung ke Thailand. Negara bersebelahan yang masih belum kami terokai. Terus beli insuran kereta thai di https://www.gothai.my/bm/ . Kami ambil insuran compulsory dan voluntary untuk mpv. Di sini kami galak kan anda ambil sekali voluntary insuran tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini  berlaku. Sebagai contoh, pernah warga Malaysia di saman hampir RM1 juta oleh rakyat di sana kerana terlibat dengan kemalangan maut. Tidak boleh keluar dari Thai selagi belum bayar saman. Kecoh jugak la cerita ni dulu. Nombor plat huruf Thai juga kami beli sebagai langkah keselamatan. Ini kerana kami belum pasti kampung mana yang akan kami lalui dan undang-undang plat Thailand ni boleh je dia nak saman kalau nak jika ada operasi. Macam kita punya undang-undang pakai tali pinggang untuk penumpang belakang, undang-undang tu ada dan boleh je kalau nak kena saman.  Lepas maghrib pergi Mid Valley nak tukar duit. Semua money changer di sana kehabisan Thai baht. Tapi program tetap di teruskan. Lepas Isyak terus kemas baju dan dokumen, pukul 2.30 pagi kami terus bertolak ke Utara tanahair.

 

Kami solat Subuh dan bersarapan di RnR Gurun dan terus ke kedai insuran gothai.my di Napoh. Insuran kami siap selepas 2 jam dokumen dihantar secara online malam tadi. Segala dokumen mereka isi dan uruskan, kita cuma perlu bawak dokumen tersebut dan serahkan pada imigresen. Senang dan mudah.

Kami masuk melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. 

Alhamdulillah penghujung minggu cuti sekolah ini tak ramai yang ingin masuk ke Thailand. Tak sampai setengah jam kami sudah boleh masuk ke Thailand

Alhamdulillah. Telah bersedia untuk menerokai negara jiran kita ini. Perjalanan anak-anak bersama ibubapa yang telah bersara.  Tiada rancangan perjalanan kerana perjalanan itulah rancangan kami.

Di bandar kecil Danok ini banyak kiosk money changer. Maklumlah satu sen duit Thai pun kami tidak ada. Exchange rate jangan tanya lah sebab  memang duit kita dah jatuh. Hadap je lah kan.

Kalau nak keluar duit dari ATM pun boleh. Banyak ATM di sini. Boleh pilih pengeluaran tanpa peralihan wang atau dengan peralihan wang. Kami syor kan kalau anda ada wang tunai sebaiknya tukar di money changer tapi kalau tidak ada wang tunai dan hendak keluarkan duit melalui ATM boleh pilih pengeluaran tanpa peralihan (withdraw without conversion)

Tapi tak perlu risau kerana kebanyakan kedai di sini menerima paywave debit atau kredit.

Bila dah sampai kedai macam ini, sememangnya anda tidak akan perasan di mana anak anda berada. 

Orang kata kalau dah sampai Thailand jangan lupa masuk 7/11 nya. Kami pun tak tahu nak masuk yang mana satu. Bersepah kedai 7/11 di pekan kecik Danok ini sahaja

Kata orang yang pernah sampai dulu dari kami, frosen food 7/11 ni kena cuba sebab murah sangat.

Tak tahu nak pilih apa.

Dalam memilih perlu berhati-hati. Pastikan google lens anda telah aktif. Senang nak translate benda-benda dalam tulisan mereka ini. Kami sudah aktif kan sim card roaming kami. Kami beli 2 sim card dengan harga RM40 untuk plan internet 9 hari tanpa had di kedai insuran gothai.my tadi.

Kalau tidak ada google lens , tengok gambar sahaja sudah tahu halal atau tidak

Jangan ambil sebarangan.

Halal dan haram diletakkan bersama. Berhati-hati. Sila guna google lens untuk translate atau cari logo halal majlis agama Thailand pada produk tersebut.

Kedai-kedai makan islam berlambak di sini. Makanan yang popular dan wajib anda kena cuba di sini kata orang adalah daging bakar dan pulut ayam goreng 

Menu wajib cuba. Menu tak wajib tak payah tunjuk lah kat sini. hahahha....Semua sedap.

Lepas makan sambung jalan-jalan di pekan kecil ini. Cuaca berangin dan sejuk seperti di Cameron Highland.

Kami masih belum ada mood nak bershopping. Sebab tak tahu nak beli apa.

Pastikan beli benda yang unik dan murah yang tidak terdapat di Malaysia. Harga sate ikan di sini berharga RM13 (lepas convert) untuk 7 peket berbanding benda dan jenama yang sama di Mr.Dollar sebelah rumah kami beharga RM10 untuk 8 peket. 

Di Danok kami menginap di salah satu penginapan dalam taman tema Danok ini

Tempat nya cantik dan bersih

Kawasan yang sentiasa berangin

Banyak arca superhero di sini

Arca yang dibuat dari bahan-bahan buangan

Semua arca ini berada dalam kawasan taman teman ini

Memang sesuai untuk budak-budak

Alhamdulillah , budak yang mahu bergambar. Dewasa yang lain malu dengan kamera.

Mungkin lepas budak ini dah besar hanya ganbar-gambar tanpa model pula kami post dalam blog ini

Masya Allah Tabarak Allah

Layan kan sahaja

Tempat ini hanya beberapa meter sahaja dari tempat penginapan kami

Di ulangi...hanya beberapa meter, tidak perlu nak terbang untuk ke sini

Tak perlu nak mintak kuasa pelik-pelik dari yang pelik-pelik

Tak perlu nak berlakon

Tak perlu nak mintak tolong pada makhluk apa pun

Bukan dari golongan yang ramai penentu kebenaran

Bukan dari golongan yang kuat juga penentu kebenaran

Akhir zaman ini memang ramai yang kuat mengaku benar

Kadang-kadang yang lucu dan penglipur lara juga ada pengikutnya

Mencari yang satu semestinya menjadi dugaan buat kita

Berehat seketika tapi jangan sampai terlena

Mantapkan ilmu asas dahulu sebelum mahu melangkah jauh

Jangan tersalah pilih yang satu kepada yang bermata satu

Ada beberapa taman teman kecil di sini. Seperti negara-negara lain, Thailand juga tidak terlepas dari kesan Covid 19. Ada beberapa taman kecil ini di tutup dan ada juga yang hendak dijual.

Video pendek sebagai kenangan

Untuk aktiviti malam pula, selain daripada lampu warna-warni di kediaman kami, kita juga boleh berjalan sekitar pekan Danok ini dimana ada pasar malam diadakan pada setiap malam.

Nak kata panjang tak lah sangat, tapi boleh la jalan-jalan sambil menikmati udara dingin di sini. Kami tak pasti musim dingin ini mula dan berakhir bila. Kena rajin lah cari maklumat. Kebetulan pula kami ke sini cuaca masih sejuk.

Jika di Vietnam dahulu kami dah rasa durian sana kini giliran durian Thailand sebenar pulak kami nak rasa. Durian Monthong menjadi pilihan. Durian setanding Musang King katanya. Harga : mencapai Rm300 sebiji durian

Makan dalam hotel,cepat-cepat bungkus lepas makan takut berbau satu tempat penginapan. Rasa ;lain dari yang lain. Penggemar durian wajib rasa.

Apa lagi yang boleh buat di Danok? Ini dia, mencari lorong bawah tanah komunis di Khao Nam Khang

Terletak kira-kira 32km dari Pekan Danok bekas markas komunis ini wajib anda kunjungi

Tiada liputan telekomunikasi di sini. Wifi di sediakan. Bayaran masuk selepas Covid 19. Dewasa 150baht dan kanak-kanak 70baht

Pertunjukan video mengenai sejarah komunis yang melarikan diri dari tanah melayu dan berkampung di kawasan pergunungan ini.

3 lapisan terowong bawah tanah

Video berbahasa melayu khas untuk kami sekeluarga sahaja

Penjelajahan bermula, hanya perlu jalan ikut anak panah

Pendedahan mengenai sejarah amat penting agar generasi baru tidak tersilap langkah mengikut kumpulan sesat dunia dan akhirat

Mereka hidup di kawasan ini kira-kira 40 tahun lamanya. Kolam ikan antara sumber makanan mereka

Ikan yang kelaparan, komunis dah lama tak beri makan. Makanan ikan ada dijual di sini

Pengembaraan terowong bermula

Si kecil pada mulanya takut

Menuju puncak bukit

Pada yang ada masalah lutut tidak digalakkan mengambil jalan ini.

Kami rasa lebih 100 meter untuk naik ke atas

Tidak pasti tempat rehat di separuh jalan terowong ini dibuat untuk komunis atas untuk pelancong yang kepenatan. Kami rasa ini hanya untuk pelancong tidak akan komunis berehat. Mereka kan tentera.


Terowong ini sangat sejuk dan berangin . 


Alhamdulillah orang tak ramai. Kalau ramai mungkin ada yang panik


Dapur bawah tanah


Banyak cabang lorong seperti ini. Si kecil kata macam maze


Mencari benda yang tersembunyi


Bilik perbincangan. Berbincang cara nak keluar dari sini


Komunis pun naik motor untuk cari jalan keluar dari sini


Sudah jumpa jalan keluar...tapi ke mana?


Tempat mereka bersukan rupanya


Ini pula apa ?


Dapur rupanya. Ada nota berbahasa Melayu di sini. Komunis pun ada yang melayu. Melayu Komunis


Tak boring ke duduk sini 40 tahun ? 


Sekolah pun dalam hutan...


Hospital pun dalam hutan...


Melepak pun dalam hutan...


Tandas pun dalam hutan...


Kahwin pun dalam hutan....


Kenduru kawin pun dalam hutan...


Bersanding pun dalam hutan...tak hipster langsung


Jom lah kita sambung cari jalan keluar semula...


Mintak tolong awek komunis ni print kan map terowong 


Kepenatan. Lupa bawak air. Kat dalam ni komunis tak jual air


Kita suruh awek ni pulak tunjuk jalan dan beri info kat dunia luar. Maklum lah kawasan ini tidak ada liputan telekomunikasi


Beri dia map yang kita print tadi. Harap boleh membantu


Akhirnya ada sinar di hujung terowong


Lepas habis menjelajah kita singgah Lotus.  Cari air, bukan cari telur. Lebih RM17 untuk telur gred A.


Makan malam di salah sebuah kedai halal popular di Pekan Danok


Setiap kedai memang ada daging bakar dan setiap kedai yang menjual daging bakar mempunyai rasa yang berbeza. Anda patut cuba banyak kedai dan alami sendiri kesedapan yang berlainan. Tom Yam dan makan yang lain nya juga mempunya rasa yang berbeza di setiap kedai


Keesokan harinya kami bertolak ke Hat Yai pula. Kami singgah di salah sebuah kedai muslim untuk makan tengahari. Rasanya, Alhamdulillah tak pernah tak sedap sejak kami ke mari  dan makan di kedai yang berlainan.


Makan dulu goreng pisang Habbatus Sauda sebelum makan tengahari kami sampai. Gulai-gulai di kedai ini memang sedap, susah nak jumpa kat Malaysia. Hendak share location tapi kami tak save pula semasa berhenti. Kedai tepi jalan macam warung goreng pisang tapi ada jual makanan tengahari dan ruangan makan ini di sebelah bawah jalan besar ke Hat Yai di belakang kedai pisang tadi.


Alhamdulillah selepas perut kenyang, perjalanan di teruskan menuju ke Hat Yai Thailand




























































































No comments:

Post a Comment