Monday 25 March 2019

BUDAPEST HUNGARY


Alhamdulillah . Rezeki cuti sekolah seminggu awal tahun ini kita bercuti ke Budapest, Hungary . Masih dalam musim sejuk. Baju tebal masih diperlukan.


Transit di Dubai sebelum menyambung penerbangan ke Ferenc Liszt International Airport.


Pengangkutan awam seperti biasa menjadi pilihan. Menjalani kehidupan seperti orang tempatan bermula di sini. Tiket bas boleh di beli di mesin berwarna ungu seperti dalam gambar. Bayaran dengan kad kredit  atau kad debit  boleh digunakan. So, tak perlu tukar duit di airport. Sebelum sampai di sini kami diingatkan oleh kenalan tempatan supaya tidak menukar duit atau ambil teksi di airport ini. Mereka ini seperti "Mafia", akan menyembelih anda tanpa rasa belas kasihan. Beli single tiket yang berharga HUF 900 seorang. Dapatkan bas 100E untuk terus menuju ke Deak Ferenc ter  metro station di pusat bandar. Jika hotel anda di luar old city , bas 200E diperlukan tapi bas ini lambat sebab banyak transit tetapi harga lebih murah iaitu HUF 350 seorang. 


Tak perlu berebut nak naik bas 100E tu sebab bas kerap datang melainkan anda mempunyai masa yang terhad di Budapest ini dan masa adalah musuh anda nombor satu. Buat apa perlu berdiri jika anda boleh duduk dengan selesa menuju ke bandar.


Walaupun matahari tegak di atas kepala, udara sejuk membuatkan anda memerlukan sinaran matahari tersebut untuk memanaskan badan. Berjalan melalui  the most famous street , Vaci street untuk menuju ke tempat penginapan kami.


Money changer di Vaci Utca atau Vaci street ini berlainan rate nya. Ada juga yang cekik darah. Tanya dengan betul berapa yang akan anda dapat sebelum bersetuju untuk menukar duit anda. Gambar adalah salah satu money changer yang munasabah harganya. Percaya atau tidak , hanya EUR 100 sahaja yang kami tukar sepanjang kami di sini. Yang lain nya kami menggunakan credit card. Walau hanya membeli secawan kopi, Ini juga menyelamatkan anda dari membawa banyak wang kertas.


Seperti biasa penginapan antik menjadi pilihan kami. Old town city di sebelah Pest mempunyai banyak tempat penginapan yang sangat menarik. Tepuk dada tanya selera tempat penginapan mana yang anda suka.Gambar adalah pintu masuk utama penginapan kami.




Pemandangan di hadapan tempat penginapan kami. Elisabesth Bridge , Danube river dan Citadella jelas kelihatan. Malam memang cantik.


Lift antik menuju ke penginapan kami di tingkat atas.


Memang banyak sudut-sudut yang menarik di sini. Kalau yang kaki kamera memang berbaloi-baloi. Nama penginapan ni kena cari sendiri lah yer. Kami dah bagi hint. Kalau mereka sponser duduk free boleh la nak buat iklan percuma kat sini. Hahahaha....


Liberty Bridge di bina pada tahun 1896. Menjadi salah satu lokasi pengambaran filem Syurga Yang Tak Dirindukan 2 . Agak dekat juga dengan tempat penginapan kami.


Kalau malas berjalan , sewa aje basikal di sini. Banyak disediakan . Kalau backpackers atau solo traveller better round the city with this kind of transportation.


Great Market Hall . Dibina pada tahun 1897 . Pasar besar dimana orang tempatan membeli-belah barangan seharian.


Ada dua tingkat. Tingkat atas lebih kepada barangan cenderahati dan tingkat bawah menjual barangan keperluan harian.


Kami syor kan anda membeli cenderahati di sini kerana barangan nya lebih murah dari kedai-kedai di Vaci Street.


Kami memang banyak masa. Jadi semua kedai kami lintas. Perlu juga anda memeriksa dahulu harga yang di jual sebelum membelinya. Seperti contoh kami berjaya shopping baju tshirt dengan separuh harga dari kedai kebanyakan di sini. Benda yang sama tetapi anda terpaksa membayar dua kali ganda jika tidak berhati-hati. Mereka tidak menipu kerana tanda harga ada dipamerkan. Ini biasanya terjadi pada pelancong yang tergesa-gesa mengejar masa untuk membeli barangan cenderamata mereka. Berjalan lah dengan tenang hingga ke sudut-sudut belakang dan anda akan tergamam kerana harga cenderamata yang di tawarkan adalah separuh daripada kedai-kedai yang lainnya. 


Peniaga-peniaga di sini juga amat peramah dengan kata aluan seperti "Selamat Datang" dan "Apa Khabar". Ramai juga pelancong dari Indonesia selain Malaysia datang melancong ke Budapest ini. Jadi jangan terperanjat jika anda di sapa oleh orang tempatan dengan bahasa Melayu di mana-mana sekitar Budapest ini.


Taman permainan pertama yang berjaya di terokai oleh si kecil. Seronok dapat jumpa kawan baru tempatan walaupun dia komplen "Aku tak tahu lah apa dia cakap " sebab mereka bukan cakap english


Liberty Bridge


Pemandangan terbaik di waktu malam


Bergambar di waktu malam adalah antara perkara yang wajib anda lakukan di sini.


Bersiar-siar di Vaci Utca pada waktu malam. Jalan yang hanya dikhaskan untuk pejalan kaki. Banyak kedai-kedai berjenama mewah juga di sini. Cuaca semakin dingin .


Tram station Marcius 15 terletak di hadapan tempat penginapan kami.


Berhenti di mana-mana perhentian untuk mengambil gambar.



Little Princess Statue atau lebih dikenali sebagai Peter Pan of  Budapest oleh para pelancong. Pemenang Kossuth Prize tahun 1972.


Statue of famous Hungarian painter juga dikenali sebagai Rohovic Ignic Statue oleh Roskovics Ignac


Girl With Her Dog Statue . Dekat europe ni memang ramai orang bawak anjing berjalan . Kalau anjing mereka berak mereka akan kutip masuk dalam plastik. Tapi kalau kencing memang bersepah lah, jadi jangan lah bersandar kat tepi-tepi bangunan atau duduk di kaki lima kalau nak selamat.


Di sebelah Deák Ferenc-emlékmű . Hungarian statesman and Minister of Justice. He was known as "The Wise Man of the Nation" .


Trademark Budapest untuk bergambar , semestinya di Chain Bridge .


Menjadi impian jurufoto untuk mengambil gambar di sini. Siap digunakan pada tahun 1849.


Hungarian Academy of Sciences



Shoe on the Danube Bank . Simbolik bagi memperingati Yahudi yang di bunuh di tebing sungai ini. Diceritakan mereka di suruh membuka kasut sebelum di tembak dan jatuh ke dalam sungai. Tetapi semacam ada yang tidak kena dengan maksud yang cuba disampaikan. Definasi atau pandangan kami pula , hanya kalau orang nak berenang memang kena buka kasut. Betul ke Yahudi di bunuh beramai-ramai sedangkan mereka masih majoriti di sini? Yahudi dari keturunan mana yang dibunuh? Bagi pemahaman kami juga simbolik buka kasut ini untuk mereka berenang atau maksud lainnya mereka berhijrah ? Berhijrah ke mana? Wallaualam.


Hungarian Parliament Building . Menghadap Danube River ni adalah sebelah belakang Parliament.



Tiang bendera di hadapan bangunan Parlimen Hungary. Bentuk Obelisk ? Kami boleh kata ini simbol illuminati yang sama bentuk dekat pusat pemerintahan kerajaan di Putrajaya. Monumen alaf baru ataupun dikenali sebagai Tugu Milenium . Mesti anda pernah tengok. Kenapa obelisk mesti ada di depan bangunan parlimen ini ?  Kenapa juga perlu ada di semua kawasan-kawasan pentadbiran sesebuah negara termasuk di Malaysia ?


 Jumpa lagi taman permainan. Memang banyak taman permainan untuk budak-budak kat sini. Biar lah mereka bermain, Nama pun kanak-kanak.



Berehat di taman Liberty Square.


Occupation Monument . Dibina bagi memperingati penaklukan German ke atas Hungary. Tetapi monument ini mendapat bantahan daripada Yahudi seluruh dunia kerana sebenarnya Hungary adalah sekutu bagi German semasa perang dua ke 2. Hungary tidak pernah di takluk oleh German .


Di depan Occupation Monument ini ada air pancut berbentuk segi empat tepat. Depa kan tangan anda sambil berjalan berdekatan air pancut ini. Ruang berjalan akan terbuka untuk anda. 


Hazlam kata dia macam Aquaman boleh berhentikan air. Lama juga kami main air kat sini.


Lepas bermain tentunya lapar. Singgah sekejap di kedai donut tempatan ini. Mr Funk


Jangan terlebih makan donut, kalau tidak.....


Handmade donut . Budak yang tak sabar menunggu donut.


Gila manis makanan orang-orang kat sini.


The Fat Policeman Statue. Kalau ada statue mesti ada mitos. Mitos statue ini pula katanya jika anda gosok perut polis yang buncit ini akan mendapatkan cinta yang sejati. Berkilat tuuu...Hahahaa....


St.Stephen Basilica adalah gereja Catholic terbesar di Budapest ini.


Gereja nya besar tapi bangku untuk penganutnya nya sedikit sahaja.Gereja buat duit dengan mengadakan konsert organ. Tapi tak ramai pun yang minat. Sebab berbayar.


Sebenarnya kami nak naik tingkat atas Dome ini. Pemandangan cantik katanya. Rupanya kena bayar. Ingat kan free. Bila wang ringgit menjadi kegilaan dan agama berunsurkan wang ringgit, kejatuhan  pasti akan berlaku. Begitu juga jatuhnya empayar Uthmaniah dahulu bila mana harta kekayaan menjadi keutamaan dalam  kehidupan.


Obelisk di depan gereja. Tak perlu bertanya lagi apa yang sedang berlaku .


Budapest Eye . Salah satu cara untuk melihat kawasan Pest dari pandangan atas.



Flying


Abang dan Kakak naik pod lain. Mereka dapat student price walaupun tak de kad student. Baik betul awek kat kaunter tiket tadi.


Tak perlu nak bayar yang kat sana jika yang kat sini lebih menarik dan lebih adventure .


Setiap kali berjalan di kawasan Pest ini , pasti akan ada taman permainan yang kami singgah. Ramai betul si kecil kami dapat kawan baru walaupun mereka bertutur dalam bahasa ibunda mereka, naluri kanak-kanak yang sama pasti dapat menghubungkan mereka semua.


Dari pengamatan kami , orang-orang tempatan ini suka beristirahat di taman-taman atau di kedai-kedai kopi. Kebanyakan kedai kopi ada ruangan sebelah atas untuk mereka melepak sambil minum kopi. Pastikan gula anda sendiri yang letak sebab kopi mereka manis-manis belaka.


Menguji kekuatan Hydro.


Agaknya kalau kat Malaysia ada ke orang nak masuk kalau nama kedai macam ni ??


Tak sah kalau tak mencuba public transport mereka.



Metro Line M1 dikenali oleh orang tempatan sebagai the small underground. Nampak antik sikit.Oldest electrified underground railway system on the European continent and the third oldest electrically operated underground railway in the word.


Hosok tere ataupun dikenali sebagai Heroe's Square. Menjadi latar belakang video clip Michael Jackson berjudul History


Patung ketua-ketua dari 7 suku kaum yang bergabung membentuk Hungary dan patung-patung pemimpin sepanjang penubuhan Hungary.


Museum of Fine Arts . Senibina bangunan yang bercirikan Empayar Rome



Tasik kecik ini menjadi ice skating rink pada musim sejuk. Dibuka untuk orang awam bermain ice skating. Kami datang sewaktu musim sejuk hampir tamat. Musim panas boleh sewa boat kat sini.



Vajdahunyad Castle .


Istana yang menjadi inspirasi pada cerita Count Dracula


Juga mitos ada disini. Pegang pen si penulis untuk mendapatkan nasib yang baik. Dari usap pen lebih baik usap kepala anak yatim, dapat juga pahala.



Memang cantik istana ini. Taman nya sangat luas. Masuk adalah percuma.


Ada 4 line metro di budapest ini. Metro line 3 yang kami naik ini agak baru. Kebersihan metro terbaik.


Cara pembelian tiket dan validate tiket sama dengan sistem di Prague.



Berikut adalah pengembaraan ke bahagian Buda pula. Seperti biasa kami akan keluar di awal pagi selepas subuh untuk mendapatkan gambar yang cantik tanpa ramai orang.



Gerard of Csanad Monument . Bukan ini matlamat kami. Matlamat kami tinggi lagi, Citadella adalah tujuan kami


Bentuk muka bumi di Buda ini adalah berbukit. Di syorkan untuk memakai kasut yang sesuai. Kalau kasut kulit musim sejuk sampai keting tu hanya sesuai jika anda hanya mahu menerokai bahagian Pest sahaja. Tak lengkap Budapest kalau tak menerokai keduanya sekali.


Kami tak nampak pun pelancong yang datang ke sini. Hanya orang tempatan yang ber jogging naik bukit ini . Si kecil kami ikut berjogging . Penat nak ikut si kecil yang laju ini.


Kalau ikut track jogging memang jauh. Kami ikut track hiking . Banyak laluan hiking di sini . Short cut dari jogging track .


Masya Allah pemandangan dari atas sememangnya terbaik.


Sebaik kami sampai ke puncak bukit , dengan tidak semena-mena tanpa di suruh oleh sesiapa pun si kecil kami melaungkan azan di sini. Sebak rasanya . Telah lama kawasan ini tidak mendengar azan selepas jatuhnya Kalifah Uthmaniah . Kami semua bertafakur seketika .


Tak perlu bergilir-gilir dengan pelancong lain untuk bergambar . Tempat ini milik kami pagi ini . 


Semua jambatan dapat dilihat dari sini .


Gellert Hill telah kami jajah .


Liberty Statue


Di sebelah barat Gellert Hill ini adalah penempatan moden orang tempatan . Kita boleh lihat banyak bangunan tinggi didirikan.



Huge Homeland Army Copies



Castle Garden Bazaar . Taman yang mempunyai wifi percuma .


Dari Castle Garden Bazaar kami naik escalator untuk naik ke Buda Castle. Tak perlu naik bas , funicular atau mendaki bukit lagi .


Pemandangan dari Buda Castle . 


Buda Castle . Castle home of Hungarian art collection .


Sandor Palace


Bandar Buda yang agak moden berbanding Pest .


Matthias Church . Pernah dijadikan sebagai masjid semasa pemerintahan Empayar Kalifah Uthmaniah . Kini tiada lagi masjid di Budapest . Hanya ruangan-ruangan solat yang kecil mereka jadikan masjid .


St. Stephen Statue


Fisherman's Bastion . 



Berlatar belakang kan Hungarian Parliament Building


Di sini kami jumpa ramai pelancong dari Malaysia .


Castle Hill Funicular . Anda boleh naik funicular ini  ke bahagian atas bukit jika anda tidak larat untuk naik mengunakan escalator percuma seperti kami . 


Jangan lupa menikmati aiskrim jika anda berada di tempat sejuk . 


Kopi tempatan juga jangan lupa untuk merasa .


Berbelanja lah di mana orang tempatan berbelanja .


Jauh kan diri dari kedai yang bukan dari negara asal kelahiran nya seperti Pirates Candy Shop ini.



Bersiar-siar untuk mencari port cantik untuk bergambar .


Bangunan unik ini adalah sebuah sekolah


Masuk aje ke dalam bangunan atau lorong-lorong fesyen seperti ini .


Anda akan terpukau dengan apa yang ada di dalam nya .


Deretan kedai-kedai seni dan fesyen dari anak-anak tempatan . 


Jangan lupa untuk berehat dan pekena secawan kopi .


Posing sekali


Untuk yang mencari makanan halal boleh la ke jalan Kossuth Lajos di antara metro Ferenciek tere dan Astoria .Banyak kedai turki di sini. Harus berhati-hati di Budapest ini sebab bukan semua kedai Turki ini halal . Macam kedai mamak kat Malaysia lah , bukan semuanya dimiliki oleh orang Islam.Direct je tanya. Kalau bagi salam pun tak reti dan tatu bersepah kat lengan , tak kan nak makan kebab kat kedai tu kot. Belajar dari pengalaman .


Ada tempat hanya untuk mencuci mata tapi bukan untuk berbelanja .


Pasti kan ianya unik untuk di bawa pulang , bukan yang bersepah di pasar malam .


Masuk tempat orang bawak otak bukan pisau .


Ijazah yang terbaik datangnya dari jalanan


Dari pengalaman bercakap dan bersalaman 


Luas pandangan jauh dah berjalan


Boleh dikatakan kami dah cover semua tempat-tempat menarik di Budapest ini kecuali ke Gellert Thermal Bath sebab tak sesuai bawak kanak-kanak . Kami ada thermal bath kami sendiri di bilik penginapan yang sesuai untuk kanak-kanak.


Masa untuk balik.


 Sebelum check in lepak layan youtube dulu. Airport nya kecil tapi wifi nya laju . Terbaik .






PENGAJARAN PERJALANAN

. Sejarah yang di ukir tidak akan sama dengan sejarah yang di lalui sendiri. Mulut tempayan boleh ditutup , tapi mulut manusia boleh pecah tembelang 

Beragama bertongkatkan wang ringgit pasti menemui kegagalan. Bukan harta pengukur keimanan.


































































































































10 comments:

  1. Terbaik bang....banyak info boleh kita dpt disini...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info yg sgt berguna. Memang saya pun bercadang utk ke budapest..sebuah destinasi idaman. Sekurang2nya blog seperti yang tuan tulis ini banyak membantu memberi idea ke mana hendak dituju utk melihat tempat2 menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga diucapkan kerana sudi singgah di sini

      Delete
  3. Official data shows Hungary recorded a budget deficit of around Budapest

    ReplyDelete
  4. Ya Allah terima kasih sangat ! really helpful !

    ReplyDelete
  5. Ya Allah Terima kasih sangat ! really helpful !

    ReplyDelete