Saturday 14 January 2023

Kuala Berang, Tasik Kenyir


 Alhamdulillah trip hujung minggu pendek kali ini kami ke Kuala Berang bersempena meraikan majlis perkahwinan anak buah kami.


Untuk penginapan bercirikan kampung ala Terengganu, kami ditaja untuk menginap di Warisan Pahlawan Resort


Selak pintu bilik kami ini sudah cukup menceritakan betapa Melayu nya penginapan di sini.


Tingkap luar bilik


Antara rumah yang boleh disewa di sini


Rumah kampung, jadinya tak boleh nak mintak macam-macam


Banyak kawasan rehat atau kawasan untuk berkumpul di sini


Boleh disewa untuk menjalankan aktiviti kekeluargaan


Bersantai...healing bak kata budak-budak sekarang


Kalau nak rasa healing paling kurang kena duduk seminggu di sini, masjid pun bersebelahan resort ini sahaja, tempat yang betul untuk mencari ketenangan.


Bukan semua kanak-kanak mahu melihat kesenian rumah melayu seperti ini.


Janji ada swimming pool, pasti leka mereka bermain air. Pakej lengkap di sini.


Kolam dewasa


Alhamdulillah, cuaca baik hari ini.


Rumah besar untuk keluarga besar


Rumah kecil untuk keluarga kecil. Bilik sewa juga ada tersedia untuk ditempah. Pada yang nak rasa kehidupan kampung yang sebenar boleh  pilih yang ada kipas sahaja, dapat rasa nyamuk gigit waktu malam.


Kalau tak tahan nyamuk boleh la pilih bilik yang ada penghawa dingin


Selingan video pendek sebagai kenangan


Kalau dah sampai pantai timur ni, perkara yang wajib kena buat mestilah merasai street food nya


Warung kampung dalam 1 km dari kawasan penginapan


Nasi dagang daun pisang.


Lokasi seterusnya, makanan viral bukan tradisional


Roti binjai 



Cuba juga lah , sebab nak rasa


Bersebelahan kedai makan Roti Binjai ini terletaknya Memorial Batu Bersurat


Serpihan batu yang mengandungi catatan undang-undang islam.


Hanya replika sahaja yang berada di tapak penemuan ini, batu asli tersimpan di Musium Terengganu


Memang banyak sejarah yang telah dihapuskan oleh penjajah sehingga kita masih lagi tercari-cari kisah sebenar sejarah agama, bangsa dan negara kita ini


Lokasi seterusnya selepas majlis perkahwinan , kami ke Tasik Kenyir


Ada kedai duty free di sini. Boleh lah nak beli cokelat murah atau pinggan mangkuk tanpa cukai


Alhamdulillah cuaca baik seketika sebelum hujan tengkujuh tiba dengan lebatnya


Video pendek sebagai kenangan


Pemandangan biasa pada cuti hujung minggu 


Ramai kaki pancing suka ke mari. Banyak juga kedai makan ikan baung sekitar kawasan ini untuk anda cuba tapi bukan untuk kami kerana masih kenyang makan kenduri.


Begitulah ceritanya perjalanan percutian "sambil menyelam minum air" kami kali ini. Semoga berkekalan ke anak cucu pada anak buah kami ini, Amin YRA.





































No comments:

Post a Comment