Thursday 10 December 2015

TAIPING

Percutian kali ini lebih kepada perjalanan mencari makanan yang dikatakan sedap oleh blog-blog makanan tempatan. Review berikut adalah tanggapan peribadi kami kerana kesedapan sesuatu makanan adalah sangat subjektif dan bergantung kepada citarasa masing-masing.


Perkara pertama yang perlu adalah tempat penginapan. Cuti sekolah kebanyakan hotel-hotel di Malaysia fully booked kalau lambat sikit. Taiping juga tidak terkecuali dengan situasi tersebut.

 

Hotel Taiping Perdana menjadi pilihan untuk kami. Berada di tengah-tengah Bandar Taiping.




Pemandangan Bandar Taiping dari bilik kami.


Kolam indoor untuk keselesaan di musim tengkujuh sebegini.


Lokasi makan pertama kami ke Mee Udang  Mak Jah Kuala Sepetang. Dalam perjalanan ke sana kami singgah dulu ke kilang arang untuk melihat cara arang dibuat.



Mee Udang Mak Jah yang dicanangkan kesedapannya.


Popular tak semestinya sedap. Ayam goreng lebih menyelerakan.


Kalau dah sampai Taiping tak sah kalau tidak melawat Night Safari nya.





Night Safari dengan menaiki keretapi.Agak luas juga zoo taiping ni. Jika inginkan suasana hutan di malam hari,anda lebih digalakkan berjalan kaki sahaja. Bunyi-bunyian dari binatang buas pasti membuatkan jantung anda berdetup dengan kencang. Kalau naik keretapi macam kami ni,semua binatang menyorok disebabkan bunyi keretapi ini lagi ganas dari mereka semua.


Lepas layan night safari,kita pergi cari makan lagi.


Mencari kuey teow groreng terbaik di Taiping.Kuey Teow Goreng Doli.



Di buka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 1130 malam dan tutup pada hari Jumaat.


Nampak macam kuey tiow biasa. Tunggu hingga anda menyuapkan kedalam mulut. Ia terbukti Sedap. Untuk pengetahuan,tukang goreng nya adalah pemilik asal restoran ini.Yang ada di dapur ramai-ramai tu hanyalah pembantu beliau. Katanya jika orang ramai memang lambat nak dapat makanan.Mujur masa kami sampai kedai tak begitu ramai pelanggannya.


Next day, mencari Mee Combat Taiping. Terletak di bangunan Larut Matang.


Mee Goreng Mamak berkuah kacang. Mee Combat . Popular tak semestinya sedap.



Di kawasan penjaja ini juga ada dua kedai popiah yang popular. Kami mencuba keduanya dan ternyata keduanya mempunyai resepi yang tersendiri dan keduanya Sedap. Kena cuba keduanya.




Kedai makan popular yang terakhir kami jejak di Taiping ini ialah Cendol Ansari. Memang Sedap. Rojak nya biasa sahaja rasanya , dah popular kerana Cendol maka tak payah lah bandingkan rojak nya pula yer...hehehe...

Tempat-tempat di Taiping ini berjaya kami jejaki dengan pengunaan sistem Waze. Amat mudah kerana semua kedai popular sudah disimpan di dalam sistem carian tersebut. Banyak lagi tempat makan popular yang boleh anda cuba di Taiping ini. Selamat mencuba....

1 comment:

  1. Mcm2 mknan ...sedap2 belaka.. zoo taiping plan nk p dh berkali2 tp satu plan pon x mnjadi...

    ReplyDelete