Monday 7 December 2015

Alive 3D Art Gallery

Jika anda mempunyai masa terluang ketika berada di Port Dickson,jangan lupa untuk melawat Alive 3D Art Gallery,Muzium 3D yang terletak di Pekan Lukut kira-kira 7 km dari Port Dickson.


Dibuka pada pukul 11 pagi hingga 11 malam pada hari biasa dan seawal 10 pagi hingga 11 malam pada cuti hujung minggu dan cuti-cuti umum.


Kami ke sini pada malam hari memandangkan cuaca agak dingin dan kesesakan lalulintas dapat dielakkan.Maklumlah,banyak sangat trafik light kat Pekan Lukut ini.


Khidmat menyimpan kasut ada disediakan dengan bayaran.Ini kerana anda dilarang memakai kasut atau selipar bagi mengelakkan kerosakan kepada lukisan di lantai.Sila bawa stokin pada yang tidak tahan sejuk lantai bangunan.


Bangunan 3 tingkat yang penuh dengan lukisan 3D akan membuatkan anda terhibur.


Bersama memanjat.


Di hidangkan di sini beberapa contoh lukisan 3D untuk dijadikan tatapan.











Kedai cenderahati terletak di akhir galeri ini.


Kepada yang berminat untuk berkunjung ke sini alamatnya adalah seperti berikut :

NO 38-40, Jalan DS 2/1,
Bandar Dataran Segar,
Lukut,Port Dickson,
Negeri Sembilan

GPS : Lat 2.559828 , Long 101.817482




No comments:

Post a Comment