Thursday 10 December 2015

KELLIE'S CASTLE

Di abad ke 20 pada tahun 1915 sebuah istana telah dibina oleh William Kellie Smith seorang rakyat Scotland.Jutawan ladang getah yang membawa buruh dari India Selatan untuk dijadikan buruh.


Bila sebut rumah berhantu pada anak-anak,mereka muka buat aksi Walker seperti dalam series "The Walking Dead".Sikit pun tak takut bahkan seronok pulak.



Di buka 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk pula Rm 4 untuk dewasa dan Rm 2 untuk kanak-kanak.


Rumah yang di bina oleh Kellie untuk keluarganya dengan bantuan  pekerja ladang beliau sendiri yang dilatih untuk menjadi tenaga mahir.


Ruang tamu istana. Ada sesuatu yang menambat hati si kecil di situ.


Antara peristiwa yang dikatakan berhantu.


Perhatikan dengan betul , anda akan dapat melihat kaki yang berjaya dirakam dengan mengunakan kamera digital berkelajuan tinggi di koridor berhantu ini.


Lagi mitos cerita hantu.


Sekali lagi , gambar kepala separuh berjaya pula dirakam di bilik berhantu ini.


Penampakan makhluk asing berjaya dirakam melekat di tembok runtuhan istana akibat dibom ketika perang dunia kedua.


Pintu stor yang tiba-tiba terbuka sendiri dan penampakan lembaga di tangga bawah.




Bahagian paling atas istana. Disinilah tempat yang paling menakutkan kami semua. Angin yang kuat dan struktur istana yang usang bakal roboh bila-bila sahaja. Itulah yang paling menakutkan.



Memang terdapat banyak laluan rahsia di istana ini. Antaranya laluan rahsia menuju ke kuil berdekatan. Kellie disanjung hingakan patung beliau juga ada terdapat di Kuil tersebut.


Jangan lupa bawa sedikit cenderahati berhantu di sini.




PENGAJARAN PERJALANAN :

Kekayaan yang dimiliki pada saat istana ini dibina amat mengagumkan jika difikirkan.Tetapi harta kekayaan sebanyak mana pun tidak kekal dan bakal menjadi hak milik orang lain.Istana ini bukan lagi milik keluarganya apabila ia telah dijual oleh isteri beliau setelah beliau mati dan kini hanya tinggal sebagai tempat peninggalan sejarah yang berhantu.

2 comments:

  1. Jd ghostbuster ya..haha.. bnyk dpt tngkp kelubat hr tu... klau mlm2 ni mmg seram juga ni...hehe

    ReplyDelete