Wednesday 9 December 2015

Hot Spring Sungai Klah

Hot Spring Sungai Klah, Sungkai Perak terletak kira-kira 100 km dari pusat bandar.Jauh dari kesibukan kotaraya yang sesak,tempat ini amat sesuai untuk dijadikan tempat berkelah pada hujung minggu.



Harga untuk masuk ke sini amatlah berpatutan. Tempat letak kereta pula disediakan secara percuma.


Budak yang tak sabar untuk berendam.


Keretapi yang membawa pengunjung dari kawasan letak kereta hingga ke lokasi kolam air panas ini membuatkan kanak-kanak semakin teruja untuk melihat apa lagi yang menarik di sini.



Ada 2 kolam besar di sini.Satu kolam air panas dan satu lagi kolam biasa untuk bersuka ria. Kolam air panas ini hanya disyorkan untuk berendam tidak lebih 30 minit. Rasanya kalau kulit anda tebal boleh je kalau nak berendam lebih dari itu...hehehehe....


Kolam air sejuk memang amat sesuai untuk kanak-kanak.




Merebus telur antara aktiviti menarik di sini.


Set telur ada dijual di sini.


Terima kasih kepada saudara ini yang mengajar teknik merendam kaki dalam air panas. Masukkan kaki perlahan-lahan,tahan untuk beberapa saat kesakitan yang dialami dan beberapa saat seterusnya kaki anda akan lali dengan air panas ini dan kaki boleh di rendam lama. Elakkan pergerakkan kaki di dalam air kerana kesakitan akan terasa dan anda perlu menahan semula untuk beberapa saat sebelum kaki kembali lali .


Terdapat beberapa kolam air panas dengan peringkat kepanasan yang berbeza.Juga terdapat beberapa jakuzi air panas untuk seisi keluarga.Tetapi perlu datang awal atau diluar waktu puncak untuk mendapatkan tempat tersebut.


1/2 masak , 1/4 masak , semuanya boleh.Tepuk dada tanya selera.Set telur yang dijual RM5 untuk 6 biji telur siap dengan kicap.Terbaik.


Selepas penat berendam air panas dan sejuk , Nasi Bamboo Sungai Klah menjadi pilihan untuk makan tengahari kami.





Lokasi kedai terletak di sebelah jalan ke Hot Spring Sungai Klah ini.


Rupanya gambar ayam kampung bakar,kambing bakar,gulai pisang dan bermacam-macam menu lagi tiada dalam kamera kami.Lapar sangat agaknya sampai lupa nak snap gambar.Hanya ada gambar pinggan kosong. Maaf kan kami...



No comments:

Post a Comment