Thursday 24 December 2015

Little Big Club

Satu lagi daya tarikan di Johor selain dari Legoland di Nusajaya ialah The Little Big Club theme park. Sesuai di kunjungi pada cuti sekolah hujung tahun yang jatuh pada musim tengkujuh ini.


Terletak di Puteri Harbour Nusajaya , Johor Bahru. Dibuka dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang setiap hari.


Taman tema terletak di dalam bangunan ini. Jadi anda tidak perlu risau tentang hujan atau panas terik matahari.


Kebetulan sewaktu kami berkunjung kesini , ada promosi tiket diberikan kepada pemegang PETRON MILESCARD. Diskaun RM 32  diberikan untuk setiap tiket masuk ke All Park Pass . Sebelum ke mari kami singgah dahulu di Petron Elite Highway untuk mendapatkan Kad ini secara percuma. Jadi sebelum anda ke mari pastikan dahulu promosi yang mereka adakan supaya anda tidak kerugian. Lama web untuk mengetahui promosi terbaru : http://www.playtime.com.my/promo


Taman tema ini amat sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Akan tetapi , ketinggian juga diambil kira bagi sesetengah permainan bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.


Thomas Town Show , antara persembahan di awal pagi untuk pengunjung.



Pingu.



Barney



Thomas The Tank Engine


Bob The Builder Show



Bob The Builder. Pastikan anda melihat masa icon-icon ini muncul untuk bergambar juga masa mereka mengadakan pertunjukan pentas.












Antara permainan yang terdapat di sini.



Satu lagi tema yang tekenal di sini adalah Hello Kitty Town . Anak- anak kurang mengenali Hello Kitty ni , disebabkan tiket untuk All Park Pass , jadi kita layan sahaja...



Kat luar bangunan hujan lebat...tidur je lah dulu kat sini...





Bila peminat batman menjelajah ke rumah Hello Kitty



Dari raut wajah dah tahu siapa yang boring dan siapa yang suka ke tempat ini.


Pasti anda tahu siapa yang sangat terhibur di sini.





Tempat makan yang selesa ada terdapat di sini. Harga juga berpatutan .



Secara umumnya anak-anak sangat terhibur di Little Big Club dan Hello Kitty Town Nusajaya ini.Memang permainan dan icon nya sesuai dengan umur mereka.Tapi sehebat mana icon di taman tema ini tak kan dapat lawan minat mereka kepada icon superhero ini.Terletak di hadapan pintu masuk Taman Tema Little Big Club , icon kedai ini tetap menjadi pilihan untuk bergambar.

4 comments:

  1. Lawa jugak tempat ni..tak tau pun ada tempat macam ni kat Msia ni...kalau bawan anak2 ..memang happylah diorang tukan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan bersih tempat ni...amat sesuai bawak budak-budak

      Delete
  2. Hr tu p legoland tp x p ke little big club... amk2 dh agk bsr, bika tnya sumer x menunjukkn minat... ok skip. Sbnrnya mama mereka yg excited nk p. Tu yg dok tnya2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk anak-anak lelaki yang dah besar tempat macam ni dia akan kata "boringnyaaaa"

      Delete