Pengembaraan seterusnya di bumi Thailand kami menuju ke Krabi pula. Plan asal memang nak sampai Hat Yai sahaja, last minit punya plan, tambah lagi ke Krabi pula. Hotel kami tempah semasa kami di Danok
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam
Jalanraya dengan had kelajuan max hanya 90km sejam
Kami bertolak selepas bersarapan di hotel
Kebanyakan jalan di sini lurus tanpa ada banyak selekoh
Perlu berhati-hati kerana jalan ini adalah jalan kampung, walaupun nampak macam lebuhraya
Bersiap sedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan bila berada di jalan kampung ini. Budak melintas, orang tua bawa lembu melintas, itik ayam melintas dan 1001 lagi kemungkinan yang boleh muncul di jalan yang lurus ini
Berhenti di salah sebuah hentian untuk isi minyak dan mencari secawan kopi
Kawasan rehat yang agak besar, ada surau juga disediakan
Baru bangun tidur, terasa nak makan ice cream
Cafe yang popular bagi orang Malaysia
Dimana ada PTT di situ ada 7/11
Dah dapat ice cream
Harga minyak yang 2 kali ganda mahal dari Malaysia
Sambung perjalanan
Selain pantai dan pulau-pulau yang cantik, banyak lagi tempat yang menarik di Krabi ini.
Untuk pulau-pulau kami tak teruja sangat. Tempat yang sangat kami hendak terokai adalah ke Blue dan Emerald Pool Krabi.
Inilah tempat yang menjadi tarikan utama kami menyambung percutian di Thailand
Alhamdulillah cuaca cantik hari ini
Menyusuri jalan pedalaman
Alhamdulillah sudah sampai. Si kecil sudah siap sedia membeli pelampung di pasaraya Lotus malam tadi.
Untuk parking kereta 40 baht dikenakan untuk sekali masuk
Lepas musim COVID semua bayaran masuk di tempat-tempat menarik di Thailand telah naik mendadak. Dulu 200 baht untuk dewasa,sekarang dah naik 400 baht
Ada dua cara untuk ke Emerald Pool. Kami ambil jalan 1A untuk pergi dan jalan 2A untuk pulang
Di pintu masuk kawasan ini ada anak sungai yang jernih airnya dan sudah tentu membuatkan anda teruja untuk menerokai seluruh kawasan ini. Harga tiket yang mahal terasa berbaloi selepas melihat air sejernih ini.
Perjalanan 1km kami bermula
MasyaAllah, sungai dengan air nya yang jernih membuat kan kami terpaku. Baru sungai dunia...belum sungai di Syurga lagi. SubhanAllah
Laluan pejalan kaki yang dibina sangat membantu untuk berjalan dengan selesa di sepanjang tebing sungai ini
Suasana redup dengan pokok-pokok besar di kiri kanan jalan
Sungai boleh kita lihat di sebelah kanan jambatan ini
Si kecil hilang sebab tak sabar nak mandi sungai
Sungai yang jernih
Penat juga hendak mengejar si kecil kami
Kejernihan yang amat sangat sehingga digelar Kolam Kristal
Tidak dibenarkan untuk mandi di sini
Dasar yang berlumpur menjadi penyebab larangan mandi di sini
Terus melangkah untuk menuju ke kolam yang paling jauh
Kolam biru penyebab utama kami ke Krabi ini
Tak sabar nak berendam selepas melihat anak sungai yang jernih lagi bersih ini
Sudah sampai
Alhamdulillah Blue Pool ada di hadapan mata kami
Memang biru
Larangan mandi antara penyumbang kebersihan dan kecantikan tempat ini terpelihara
SubhanAllah
Video sebagai kenangan
Menikmati sebentar keindahan alam dan bersyukur atas keagungan nikmat Allah yang sangat besar
Seterusnya kami berpatah balik menuju ke Emerald Pool untuk mandi-manda
Gambar diambil selepas dugung-dugung yang berenang kami halau
Agak sukar untuk mengapungkan diri kerana ketumpatan air yang rendah
Air panas yang mengalir dari Blue Pool
Air yang jernih
Air sungai yang selamat untuk mandi-manda kerana kami dapati ada ikan yang hidup dalam kolam ini
Kami berendam sehingga kawasan ini ditutup pada pukul 4.30 petang
Ada tandas, bilik mandi dan tempat menyalin pakaian disediakan . Untuk pulang kami guna jalan 2A.
Untuk penginapan di Krabi kami memilih untuk menginap di kawasan Pak Nam Krabi
Penginapan ini menghadap ke Sungai Krabi
Memang agak privasi dan jauh dari dugung-dugung yang berjalan
Kita skip makan di Floating Market Hat Yai sebab kami nak rasai sendiri makanan para nelayan di sini
Menghirup udara petang di hadapan hotel
Perut dah lapar, jom kita pergi makan
Walaupun jeti Chao Fah Park ini dekat dengan tempat tinggal kami, kereta tetap menjadi pengangkutan. Takut-takut tak larat hendak balik bila perut dah penuh nanti.
Dapat deal tambang 200 baht untuk pergi balik dengan Pak Cik ni
Dah lama tidak naik perahu
Sudah bersedia nampaknya penunjuk arah kami
Kapten sudah menunjukkan arah
Selamat jalan tanah besar Thailand
Angin yang kuat dan sejuk
Perahu yang disewa khas untuk kami sahaja
Video pendek sebagai kenangan
Kelihatan banyak helang di kawasan ini
Perjalanan memgambil masa hampir 20 minit
Menuju kampung nelayan
Banyak kedai makan seafood halal di sini
Kami pilih kedai ini
Halal dan disyorkan oleh orang tempatan
Kelihatan banyak keramba di sepanjang sungai ini
Ikan segar boleh dipilih di keramba kedai makan ini sendiri
Restoran terapung Krabi
Model kami yang masih suka untuk bergambar
Pelancong mulai datang menjelang malam
Ikan segar dari keramba
Masjid ada di belakang restoran ini
Seronok tengok ikan
Kami antara pengunjung yang lama melepak di sini. Kesedapan makanan di sini tidak akan mengecewakan anda. Alhamdulillah semua kedai makan yang kami singgah di Thailand ini makanannya semua sedap-sedap
Perut dah kenyang, jom kita balik sambil bersandar
Alhamdulillah. Antara aktiviti yang perlu anda buat jika sudah sampai di Krabi
Angin malam yang bertambah dingin
Selamat datang ke Tanah Besar Thailand
Di kawasan jeti ini ramai awek-awek Thailand meluangkan masa bermain lompat getah. Kami sudah tidak jumpa permainan ini dimainkan di Malaysia. Anak muda Malaysia semua dah main tiktok
Di jeti ini juga ada kiosk makanan. Roti Bang Deen yang terkenal ada di sini. Terkenal sebab rakyat Malaysia suka makan roti canai. Seperti biasa makanan Malaysia bukanlah target utama yang kami cari jika keluar negara. Merasai makanan tempatan itu lebih penting
Jalan-jalan sekitar Taman di kawasan jeti
Sesuailah untuk budak-budak
Tidak dapat di pastikan kalau-kalau ada orang dewasa yang ingin mencuba juga
Arca Telescope LED screen
Arca Eagle
Arca yang sentiasa berubah warna
Perut masih kenyang kalau hendak balik tidur. Jom jalan-jalan pergi pasar malam
Pasar malam pertama yang kami jejaki. Krabi Town Night Market
Lebih kepada jualan buah-buahan
Buahan Thai yang terkenal dengan kesedapannya
Ada juga kedai makan tengahari di sini. Menu Rahmah lagi
Pasar malam kedua kami jejaki, Krabi Night Market
Banyak jualan makanan di sini
Pasar malam ke tiga yang kami terokai, Black Crab Night Market
Di sini macam-macam benda ada di jual
Makanan halal juga banyak
Kedai minuman haram juga banyak, jangan sampai salah masuk
Kedai cenderahati juga banyak
Tidak mahal dan tidak murah
Boleh di beli untuk tambah koleksi
Koleksi penuhkan almari atau koleksi penuhkan stor peribadi
Tempat yang seronok kami tengok
Kedai halal di sini tapi haram di negara sendiri
Hendak cuba tapi takut terbang ke bulan pula nanti
Baik cuba benda halal yang lain.
Pasar malam Black Crab diambil sempena Arca di hadapan pasar malam ini. Arca yang popular untuk bikers Malaysia untuk ambil gambar apabila sudah sampai ke sini
Arca Krabi Nok Awk 0 KM Krabi. Pusat Krabi
Mungkin kepunyaan tokey Ganja
Kedai ganja ada di mana-mana
Bersarapan di tempat penginapan
Menghirup udara segar setiap pagi
Video pendek sebagai kenangan
Angin dingin pagi menghembus
Morning walk
Morning view
Alhamdulillah
Melihat matahari terbit dari lobi tempat penginapan kami
Sejukkan badan sebelum bersiap ke pantai pula
Krabi memang terkenal dengan pulau-pulau kecil yang banyak terdapat di sekitarnya
Rasanya tak perlu nak review sangat sebab ramai yang dah tahu....
...sudah tahu di sini banyak dugung-dugung berkeliaran
Mungkin tak sesuai juga bawa anak-anak kecil ke sini
Kerana dugong di sini bukan sahaja berada di pantai, malahan sudah pandai bermain di daratan
Alhamdulillah Islam ada di mana-mana.
Masjid Al Aman. Banyak masjid didirikan di Krabi ini. Tak perlu risau untuk bersolat Jumaat
Ao Nang Beach. Kiosk pakej ke pulau berlambak di sepanjang jalan ini
Arca di Pantai Ao Nang
Turtle Island jelas kelihatan
SubhanAllah. Pemandangan yang indah tanpa dugong
Alhamdulillah, bersarapan pagi sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan
Tiada khemah biru yang mencacatkan mata di sini
Sebuah lagi Arca di sini
Boat yang akan akan membawa pelanggan ke pulau-pulau kecik berdekatan
Bila dah mula panas, dugung mulai keluar. Hati-hati
Harga buat sendiri lagi murah dari harga pakej syarikat pelancongan. Terserah pada anda
Kedai ini juga berlambak di kawasan Ao Nang Beach
Tidak semahal mana
Kami tak berani hendak mencuba. Kalau dah ketagih nanti terpaksa pula masuk Thailand selalu.
Singgah sebentar untuk membeli cenderahati Krabi
Kedai cenderahati.
Kami mencari sesuatu yang tidak ditemui di Ao Nang Beach
Banyak juga produk tempatan di sini
Pastikan yang halal
Boleh lah kalau hendak borong satu lori
Kadang-kadang kedai besar seperti ini menawarkan harga yang lebih murah berbanding kiosk-kiosk kecik di tepi pantai Ao Nang
Alhamdulillah kami jumpa apa yang kami ingin beli di sini
Melihat matahari terbit dari balkoni tempat penginapan
Selamat tinggal Krabi
Sebelum keluar dari negara ini, kami menghabiskan sisa-sisa baht di sini
Lotus yang bersepah di Thailand
Singgah solat jamak di kawasan Trang sebelum pulang ke tanahair
Disebabkan kami tidak mahu terlebih isi minyak yang dua kali ganda mahalnya dan ingin menghabiskan wang baht yang tersisa, kami hanya isi sedikit demi sedikit sahaja minyak kereta. Usah kuatir, stesen minyak berlambak di sini. Tak perlu isi penuh yang membuatkan kereta berat untuk bergerak. Ini lah tip perjalanan ketika pulang dari kami
Untuk keluar dari Thailand, kami keluar melalui pintu sempadan wang kelian. Ini kerana kami hendak ke puncak viral Wang Kelian View Point
Banyak juga jualan di pintu sempadan ini. Thai baht dah habis walaupun duit siling. 123 baht adalah jumlah terakhir kami gunakan untuk isi minyak . Habiskan segala duit siling kerana stesen minyak di sini menerimanya tapi bukan di money changer di Malaysia
Tak sah kalau sampai sini tak beli toto kan ?
Sudah tidak tahu nak beli apa. Ambil gambar sahaja lah
Boleh dikatakan tiada kenderaan Malaysia lain selain daripada kami di sini
Kedai agak lengang tanpa pelancong
Pelik juga kenapa kosong tanpa pengunjung di hujung minggu seperti ini
Imigresen Thailand
Kami dikenakan bayaran 40 baht oleh pihak kastam Thailand
Imigresen Thailand
Sempadan Malaysia-Thailand. Masih di tengah-tengah kedua negara
Imigresen Malaysia
Alhamdulillah sudah melepasi kastam Malaysia
Sudah kembali ke tanahair. 3km dari sini terdapat stesen minyak Caltex. Alhamdulillah, terasa nikmat sungguh dapat isi minyak murah
11 km selepas pintu sempadan, kami tiba di lokasi Viral. Wang Kelian View Point
Misi berjaya
Masih belum ada perancangan ke mana pula selepas ini
Adakah trip bidan terjun seperti ke Thailand ini ? WAllahualam
Ingat dekat pantai di Malaysia sahaja viral khemah biru. Sampai atas bukit ini pun dia ada ? Betul lah orang kata, menyakitkan pandangan mata.
Alhamdulillah walaupun bayaran Rm2 untuk dewasa dan Rm1 untuk kanak-kanak pemandangan di sini amat berbaloi. Harap tempat ini diselia dengan baik. Jangan ada nanti besi-besi berkarat kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan kepada para pengunjung
Alhamdulillah tak ramai orang pada petang hujung minggu ini
Bukit Chabang
Empangan Timah Tasoh
Tidak kelihatan pula petang ini
Alhamdulillah. Tamat sudah pengembaran kami ke Thailand selama 6 hari
Perlis adalah negeri yang belum sepenuhnya kami terokai
Video pendek sebagai kenangan
Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis. Alhamdulillah 1908km perjalanan kami lalui pergi dan balik selama 6 hari
Inn Syaa Allah pengembaraan akan diteruskan sehingga hujung nanti
Video pendek sebagai kenangan