Friday 23 December 2016

Swiss Garden Hotel,Melaka


Bangunan tertinggi di Melaka menjadi pilihan tempat berehat kami untuk 4 hari 3 malam.Banyak juga reviews dari bloggers dan comments di internet lainnya yang tidak berpuas hati dengan hotel ini.



Lokasi hotel agak baik.Dekat dengan Jeti river cruise.Parking pun senang dan free.Tetapi....


Kebersihan bilik amat menduka citakan kami.


Peti ais yang kotor tanpa dibersihkan.


Sarung bantal dan cadar yang kotor serta banyak rambut dan air basi.


Putung rokok bersepah di balkoni.Ini semua adalah perkara biasa yang akan anda alami kerana semua masalah ini adalah terlalu sama dengan review yang diberikan pengguna hotel ini sebelum ini lebih 6 bulan lepas.Nampaknya tiada perubahan.






Tetapi satu yang menjadikan hotel ini di pilih oleh orang ramai. Pemandangan nya yang terbaik. Kami dapat bilik lain setelah berkali-kali membuat aduan di front desk atas masalah kami. Berkali-kali juga housekeeping kami hubungi untuk mendapatkan tuala mandi kami setiap hari. Alasan dari kakitangan adalah kerana ramai pekerja yang berhenti kerja secara mendadak.






Di tingkat bawah hotel Swiss Garden Melaka ini terdapat sebuah pusat membeli belah dan juga tempat-tempat menarik untuk di lawati seperti Oceanarium , 3D Interactive Park dan Toy Museum.


Oceanarium ini seperti Aquaria KLCC. Agak berbaloi juga tempat ini untuk di lewati.














Melaka River Cruise menjadi pilihan pada salah satu malam di sini.









Tempat yang menarik buat si kecil pastinya kolam renang. Berada di tingkat 9.Jika mempunyai anak kecil pastikan bilik anda dekat dengan kolam renang ini. Senang untuk turun mandi atau ke parking kereta.Ini kerana lift yang disediakan adalah bertaraf rumah flat 80an yang mengambil masa hampir 1/2 jam untuk turun atau naik ke bilik anda. Masalah lift ini juga sudah berlarutan lebih 6 bulan lepas tanpa ada apa-apa tindakan dari pihak hotel. Jika pemandangan dan lokasi yang anda pilih,hotel ini boleh di jadikan pilihan,akan tetapi jika kebersihan dan keselesaan yang anda cari,anda boleh ketepikan pilihan hotel ini. Sila rujuk review yang lain dari masa ke semasa kerana apa yang kami ceritakan di sini adalah benar buat masa sekarang....selamat bercuti....

No comments:

Post a Comment