Saturday 16 September 2017

KIDZANIA KUALA LUMPUR

Tempat yang menarik untuk menghabiskan masa bersama anak-anak anda dalam masa satu hari di sekitar lembah klang ialah di Kidzania Kuala Lumpur.



Terletak di Mutiara Damansara,Selangor ianya tetap dipanggil Kidzania Kuala Lumpur mungkin kerana ingin menunjukkan kepada dunia ia adalah Malaysia.Kalau tag line nya Petaling Jaya mungkin ramai orang luar negara terpaksa google pulak nanti kalau nak tahu kat mana.


Tiket adalah limited.Kalau tak salah 1000 orang pengunjung untuk satu hari.Oleh sebab tu kalau nak beli tiket walk in adalah tidak di syorkan.Kalau beli online anda boleh dapat tiket diskaun.Tapi perhatikan betul-betul atau layari website https://www.kidzania.com.my/ sepenuhnya untuk mendapatkan promo code yang boleh digunapakai sebagai tambahan diskaun semasa membuat pembayaran melalui online.



Dibuka 10 pagi hingga 5 petang pada hari biasa dan ahad serta dibuka 10 pagi hingga 7 petang pada hari sabtu dan cuti umum.Tapi rasanya Kidzania ni sepatutnya tutup pukul 9 malam sebab tak mungkin anak anda akan dapat merasai kesemua bidang pekerjaan yang disediakan dalam satu hari.Mungkin juga strategi perniagaan mereka untuk pengunjung datang lagi lain hari.


Pastikan anda snap jadual ini kerana beberapa simulasi pekerjaan merupakan tumpuan pengunjung yang luar biasa.Pastikan anak anda beratur untuk mendapatan slot setiap seisi yang disediakan.Ini kerana jumlah untuk sesuatu seisi simulasi pekerjaan hanya diantara 4 hingga 8 orang sahaja dibenarkan.


Di setiap pintu masuk terdapat informasi untuk sesuatu simulasi pekerjaan.Perhatikan juga sama ada simulasi tersebut berbayar atau dibayar.Setiap aktiviti yang melibatkan kos atau barangan percuma diberikan , anda terpaksa membayar dan jika simulasi pekerjaan itu adalah dalam bidang perkhidmatan , anak anda akan diberikan wang sebagai gaji atau upah.


Wang kertas ini akan diberi sedikit sebagai duit poket sebelum menjalankan aktiviti simulasi pekerjaan ini.Jika anda banyak bekerja , lebih banyak duit gaji yang anak anda akan dapat . Duit ini boleh disimpan di bank Kidzania atau boleh membeli belah cendera hati di Kedai Kidzania Department Store. 


Pekerjaan pertama untuk dicuba.Polis.



Aktiviti berbayar. Kidzos 12.





Di sini juga ada panggung persembahan yang dijayakan oleh semua anak-anak.



Bomba.Simulasi pekerjaan yang menjadi kegilaan anak-anak kecil.









Simulasi menjadi Chef ni memang anak-anak saya suka.Selalu buat pakai Play Doh jer kalau kat rumah , tapi kali ni boleh masak betul-betul.Buat kueh sendiri...makan sendiri.


Untuk memandu di sini kena lulus ujian undang-undang dulu untuk mendapatkan lesen memandu.Ketinggian minima 130cm , jadinya si kecil boleh jadi manager stesen minyak je lah.


M.H nak jadi askar tetapi askar tiada simulasi di sini.So jadi doktor aje lah.


Jadi pilot pulak lepas tu.Antara simulasi pekerjaan yang menjadi rebutan di sini.


Ni kedai cendera hati.Tetapi bukan department store yang saya katakan tadi yang boleh guna duit Kidzos. Kedai ni pakai Ringgit Malaysia.



PENGAJARAN : Memang menarik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kita betapa mencabarnya dunia di luar sana yang bakal mereka tempuhi.Walaupun hanya satu hari mengalami pendedahan ini , pengalaman amat bermakna bagi mereka. Separuh perjalanan pulang ke rumah kesemua anak-anak tidur keletihan di dalam kereta . Harap mereka faham begitulah keletihan yang di alami oleh semua ibu bapa zaman sekarang dalam mencari nafkah sehari-hari untuk menanggung kehidupan di negara yang mencabar ini.


No comments:

Post a Comment