Thursday 22 December 2016

UNIVERSAL STUDIO V2


Universal Studio untuk kali ke dua. Juga dengan menaiki kereta melalui link ke dua. Tapi kali ini kami datang pada hari bekerja di Singapura. Tiada kesesakan  dialami di pintu imigresen di kedua-dua buah negara dalam pukul 8 pagi kami di situ. Cara masuk juga tidak banyak beza seperti kami datang sebelumnya  Universal Studio v1  cuma kami perlu berhenti di check point autopass untuk update roadtax expired date. Kakitangan autopass akan tengok sendiri pada roadtax kereta anda untuk mereka update dalam system.


Seperti dahulu ( Universal Studio v1 ) kami parking kereta di VivoCity dan menaiki monorel ke USS.


Pemandangan dari dalam monorel.Cable Car atau berjalan kaki melalui broadwalk juga boleh untuk ke USS ini.









Ada beberapa Ride baru kali ini yang kami cuba.Orang ramai juga pada pertengahan minggu bekerja di Singapura ini.Kebanyakkan pelawat datang dari luar Singapura.


Kali ini kami tidak menunggu hingga habis waktu lawatan. Ini kerana untuk mengelakkan kesesakan menaiki monorel ke Vivocity.


Tetapi kami ambil keputusan balik dengan cara yang lain pula. Kami balik ke Vivocity dengan melalui  Sentosa Broadwalk.


Pintu masuk ke sini senang sahaja. Jika anda keluar dari Universal Studio,menuju kekiri untuk menaiki monorel atau menuju ke kanan untuk melalui broadwalk ini. Percuma hingga tahun hadapan.Kalau bayar pun harganya lebih kurang naik monorel sahaja.


Yang paling penting pemandangannya amat cantik sekali.





Broadwalk bukan bermaksud berjalan sepenuhnya. Escalator platform yang panjang terdapat di sini. Di tengah-tengah escalator ini pula tempat berjalan kaki nya pula beralun tinggi rendah.Di buat khas untuk mereka yang ingin membuang kalori. Pada yang tak suka jalan yang mencabar ini boleh lah berjalan di platform luar sambil menikmati pemandangan laut.


Sekitar jam 8 malam ada pertunjukan yang popular boleh dilihat dari Broadwalk Singapore ini. Pertunjukan Crane Bird yang mengunakan cahaya lampu,musik,pancutan air,crane dan bunga api.




Bertolak ke Johor sekitar jam 9 malam. Kali ini kami keluar melalui Woodlands. Kenderaan di pintu keluar Singapura amat sesak sekali. Di sini kami dapat melihat berapa ramainya orang yang datang bekerja di negara jiran kita ini. Walaupun kenderaan banyak, kami berjaya melepasi sempadan lebih kurang setengah jam. Jadi kami cadangkan anda melalui link kedua (TUAS) untuk pergi dan balik. Kami melalui Woodlands ini sekadar mencuba dan hotel untuk kami menginap di Skudai dekat dengan melalui jalan ini. Sampai hotel kira-kira jam 10 malam. Berehat sebentar sebelum memulakan perjalanan untuk ke lokasi percutian cuti sekolah berikutnya esok hari.












No comments:

Post a Comment