Alhamdulillah cuti awal tahun kali ini kita ke Melaka.
A Farmosa Safari Wonderland telah menjadi pilihan.
Seperti kebiasaan , kami datang awal untuk mendapatkan gambar yang cantik tanpa gangguan
Sebuah kenderaan perisai tentera terbiar di hadapan pintu masuk taman tema ini.
Agak lama juga tempat ini di tutup kerana wabak Covid, kini dibuka semula untuk orang ramai.
Peta akan diberi untuk setiap pengunjung yang hadir untuk memudahkan perjalanan agar tidak tersesat di dalam hutan ini nanti.
Kami dah beli tiket melalui online, jadi agak mudah untuk melepasi pintu masuk. Kami dapat tambahan 10% diskaun lagi dari harga online kerana dapat promo code. Alhamdulillah.
Harga tiket kami termasuk makan tengahari. Alhamdulillah dapat murah lagi Rm10 setiap set kerana dah beli online ni
Naik truk dulu pagi ni sebab kalau dah tengahari takut panas dan ramai orang.
Kalau nak best mesti lah berdiri belakang sekali. Tak lah sakit tengkuk nak toleh cari binatang berkeliaran.
Anak kecik yang paling seronok
Untuk yang suka ambil gambar juga kami syorkan duduk di belakang sekali kerana anda bebas bergerak untuk mengambil gambar
Truk akan berhenti seketika di setiap kandang binatang sambil kakitangan safari memberi penjelasan mengenai haiwan tersebut.
Antara binatang yang menjadi tarikan pengunjung di sini.
Jangan keluar kan tangan ye.
Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menaiki truk ini
Di Safari Wonderland ni banyak persembahan binatang. Pastikan anda tidak terlepas menonton setiap persembahan yang telah dijadualkan di sini.
Persembahan gajah
Boleh di katakan antara persembahan gajah yang terbaik di Asia Tenggara
Penunjuk arah kami. Layan kan sahaja
Sesi meniru lagak binatang
Sesi mengira itik pulang petang
Sesi bercakap dengan binatang
Sesi beramah mesra
Sesi kaunseling
Sesi temuduga
Persembahan pelbagai binatang juga tidak harus anda tinggalkan
Persembahan ini kami tonton dua kali, pagi dan petang. Amat tidak membosankan
Seterusnya...ke Monkey Island dengan menaiki bot
Tempoh menunggu tidak lah lama kerana kekerapan bot setiap 5 minit melancarkan pergerakan pengunjung
Angin yang bertiup di kawasan tasik ini amat mendamaikan sekali
Pulau kecil di tengah-tengah tasik
Lapangkan dada dengan mendekatkan diri dengan alam ciptaan Tuhan
Pulau kecil ini amat sesuai kepada yang suka ootd
Kawasan Safari yang amat luas. Pastikan anda datang dengan pakaian dan kasut yang sesuai
Tak sangka juga banyak binatang di sini. Terfikir juga keadaan mereka semasa lock down dulu. Mesti boring kan kalau tak de internet.
Selepas makan tengahari dan solat kami menunggu persembahan kemuncak di sini.
Persembahan kemuncak di sini adalah persembahan Wild Wild West .
Persembahan bertaraf "world class" yang kami boleh beri 5 bintang
Persembahan yang terakhir kami tonton di sini.
Antara yang terawal dan duduk di barisan paling depan, antara penyebab si kecil mendapat hadiah dari penjaga burung ini.
Birds Show yang memukau pengunjung dari dalam dan luar negara
Video clip sebagai kenangan
Reptiles House, menjadi tempat persinggahan terakhir kami, dapat memegang binatang kecil di sini.
Alhamdulillah cuaca sangat cantik sepanjang hari di sini, mungkin lain kali boleh datang untuk mandi-manda pula, Inn Syaa Allah
No comments:
Post a Comment