Sunday 20 February 2022

Umbut Bayu



Alhamdulillah sekali lagi kami di beri kesihatan dan kelapangan oleh Allah untuk kembali menikmati keindahan negeri di pantai timur Malaysia, Terengganu. Seperti biasa perjalanan di mulakan selepas solat Subuh dan semestinya separuh perjalanan kami di iringi kabus tebal seolah-oleh berada di luar negara. 


Solat Jumaat di salah satu masjid sekitar Dungun. Sekali lagi dapat memberi pembelajaran kepada anak-anak tentang perbezaan adat membuatkan agama menjadi berbeza-beza secara perlaksanaan. 

' Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNYA; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -'
Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)

Ar-Rum 30:31-32


Penginapan dengan suasana kampung menjadi pilihan kami juga kali ini. Tempat yang agak privacy berdekatan rumah-rumah nelayan tempatan dan agak jauh dari pusat penginapan yang lain menjadikan Umbut Bayu di Dungun ini lain dari yang lain.


Kawasan yang kemas dan bersih


Seni bina Melayu



Hanya ada 3 buah unit penginapan sahaja di sini. Harus tempah tiga unit terus  untuk menjadikan tempat ini milik anda sepenuhnya sepanjang menginap di sini


Setiap rumah disediakan 2 katil seperti ini


Subhanallah . Pemandangan dari setiap bilik yang mendamaikan


Ruang tamu yang selesa . Tapi mengapa perlu duduk dalam bilik jika kawasan di luar lebih menarik untuk berehat


Pemilihan bilik untuk si bujang


Bilik air yang besar


Alhamdulillah cuaca yang sangat baik pada musim tengkujuh ini.


Subhanallah


Antara perkara wajib yang perlu di lakukan jika berada di kawasan berangin seperti ini .


Beberapa buah rumah nelayan tempatan yang terdapat di sini


Ombak agak ganas pada musim ini .


Pasir pantai yang bersih 


Memang seronok kalau hanya tapak kaki anda sahaja yang berada di sini .


Setiap malam anda akan memiliki pemandangan indah suasana kampung seperti ini...


Langit yang cerah , bintang-bintang yang jelas kelihatan di langit....


Dengan bunyi ombak malam yang mendamaikan...berehat bersama keluarga di bawah bulan purnama tanpa diganggu oleh orang lain sepanjang malam...Alhamdulillah...nikmat apa yang hendak didustakan lagi..... 


Pemandangan awal pagi bilamana bulan purnama berubah kedudukan 



MasyaAllah semestinya pemandangan waktu pagi mempunyai keindahannya yang tersendiri


Memerhatikan matahari naik sepanjang pagi di sini sambil muhasabah diri akan kebesaran Tuhan. Kami tak buat bbq pun di sini .


Alhamdulillah


Tempat berehat sambil menikmati secawan kopi bersama yang tersayang


Video pendek sebagai kenangan




PENGAJARAN PERJALANAN 

Semoga menjadi pengajaran untuk si kecil memahami bertapa pentingnya untuk sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang telah di anugerah oleh Allah s.w.t

 

No comments:

Post a Comment