Monday 20 December 2021

RUMAH SUNGAI



 

Ia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya .
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi,sebagai pancang pasak yang menetapnya) 
(An Naaziat 79:31-32)



Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk melihat keindahan dunia ciptaan Tuhan yang satu.
Percutian mengenal alam sekitar yang tidak jauh dari rumah kami.


Lupakan dahulu tempat-tempat viral atau pusat pelancongan yang terkemuka untuk seketika. Kembali bersama alam sekitar menjadi pilihan untuk kami muhasabah diri buat masa ini.Sekali lagi percutian berkonsep kampung melayu menjadi pilihan kami tahun ini.


Rumah Sungai menjadi pilihan kami. Tempat yang privasi . Sangat sesuai untuk kami yang mementingkan percutian yang tenang dan mendamaikan.


Kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki dari pintu masuk utama  menuju ke kawasan penginapan di seberang sungai untuk menikmati alam sekitar yang cantik walaupun ada khidmat pengangkutan pacuan empat roda disediakan oleh pihak resort. Kawasan perkampungan ini juga adalah sebahagian dari resort Rumah Sungai dan banyak chalet berkonsepkan rumah kampung ada di kawasan utama ini.


Kampung Bubinga adalah nama kawasan kampung yang kami akan inap. Kad keselamatan diperlukan untuk melalui jambatan gantung ini untuk ke perkampungan tersebut. Maknanya kawasan kampung ini lebih privasi berbanding kawasan kampung yang kami lalui tadi, 


Mulai merasai kehidupan orang kampung dengan melalui jambatan gantung ini.


Tali untuk flying fox kelihatan dari kawasan perkampungan kami.


Perkampungan Bubinga


Pihak resort menyediakan khidmat pacuan empat roda untuk mengangkut bagasi ke tempat penginapan. Ini kerana untuk ke kawasan ini anda harus melalui jambatan gantung tadi atau pun terpaksa meredah sungai, Kenderaan awam tidak dibenarkan. masuk. Kalau masuk pun takut hanyut je.


Rumah kami yang paling hujung. Mula-mula anak-anak tertanya juga rumah yang mana satu bakal kami inap hingga lah ke rumah yang terakhir barulah mereka teruja kerana rumah lebih privasi dan bersebelahan Bubinga Swing.





Memang tempat kami melepak siang malam.


Beranda di sebelah atas rumah menjadi tempat minum petang.


Awal-awal yang lelaki dah booking nak tidur atas.


Ada 3 bahagian di sebelah atas, Ruangan tengah untuk tidur dan bahagian depan ada beranda dengan pemandangan sungai yang mendamaikan. Semua bahagian ini di asingkan dengan pintu.


Dapur dan keperluan asas ada disediakan oleh pihak resort. Tapi kami tak masak pun guna dapur ni sebab nak bercuti dan berehat kan...santai-santai sudah.


Kalau dalam rumah kampung aktiviti dalam rumah mesti nak main nyorok-nyokok kan ?


Yang penting aku harus bersantai.........


Biar lah anak-anak nak buat apa-apa pun asalkan jangan kacau Abi Umi nak berdating


Bubinga Swing ni ada lantai cermin lutsinar. Mencabar keberanian anda di sini.


Ruangan untuk beriadah di sebelah atas


Semestinya tempat yang paling menarik untuk bersantai adalah di sungainya.


Stone skipping menjadi perkara wajib kalau dah jumpa sungai.


Ada juga lah terjumpa plastik keropok ni. Dasar manusia. Bertuah lah Malaysia kerana masih ada pencinta alam sekitar yang ada dalam keluarga kami ini,


Aktiviti hiking boleh di lakukan di bukit belakang Kampung Bubinga ini.


SubhanAllah . Pemandangan sangat indah dari atas.


Satu stage je pun kami naik, si kecil ni dah bersungut sebab tak bawak kasut hiking dia


Genting highland boleh nampak dari sini.


Alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang kami di sini.


Naik ikut jalan lain,turun ikut jalan lain.


Ada mini zoo juga di atas bukit ini.


Sesuai untuk buat aktiviti bagi keluarga yang besar


Hujung minggu pun tak ramai orang di sini .Maklumlah kawasan nya privasi .


Berkunjung di mini zoo di perkampungan sebelah.


Kami boleh ke kampung sungai ini tetapi penginap di sini di larang untuk ke perkampungan kami. 



Boleh ikut cakap sikit-sikit


Tak tahulah berapa kali kami lalu jambatan gantung ni. Dari siang...



...hinggalah ke malam...memang suka nak lalu dekat sini. Masa ini pun dekat pukul 12 malam lalu di sini jalan-jalan sekeliling kampung.


Nak pusing-pusing guna basikal pun boleh di sini. Basikal ada disediakan untuk disewa.


Malam kita buat steamboat sambil mendengar deruan air sungai yang mendamaikan.


Bagi keluarga besar boleh la nak breakfast ramai-ramai kat sini.


Keluarga kecil kami breakfast kat beranda ni je sambil tengok matahari terbit.


Pagi memang sejuk air sungainya. Patut tak de orang.


Yang penting aku harus bersantai.......


Seharian berendam. Memang tak puas


Yang penting aku harus bersantai.....


Malam ni kita buat grill 


Unit paling hujung lebih privasi. Tak ada orang lalu lalang.


Tempat nak grill dan bbq ada disediakan di sebelah tempat penginapan.


Tapi kami buat grill malam ni depan bilik sahaja. Tugas anak-anak memasak pula.


Yang penting aku harus bersantai........


Anak Dato Aliff , Baem singgah malam ni.


Tengah malam pun boleh beriadah 



Dah berpeluh boleh terjun sungai.


Masa yang berkualiti bersama keluarga. Tv pun malas nak bukak kalau dah sampai tempat macam ini.


Yang penting aku harus bersantai.....


Tak la sejuk sangat kalau mandi malam-malam ni.


Memerhati matahari terbit di awal pagi


Kalau pagi memang sejuk kalau berendam.


Video pendek sekadar hiburan.


Pengalaman percutian

Dapat mengalami suasana kehidupan kampung sungguh amat menyeronokan. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak yang tidak pernah mengalami suasana kampung dahulu kala bertanyakan pelbagai soalan. Alam yang di nikmati sekarang haruslah dijaga agar dapat di nikmati oleh generasi yang seterusnya. Setinggi atau sekaya manapun kita , generasi seterusnya harus lah kita didik agar amanah sebagai khalifah di muka bumi ini dapat kita wariskan dengan baik dan di redhai oleh Allah . Inn Syaa Allah.































































































































































No comments:

Post a Comment