Wednesday 2 March 2022

Swiss Garden Beach Resort , Kuantan

 

Cuti sekolah awal tahun sebelum seisi persekolahan baru bermula kita berehat sejenak di Swiss Garden Beach Resort Kuantan.

Bilik keluarga dengan balkoni menjadi pilihan kami.

Bilik resort yang tipikal. Bukan kerana bilik resort ini penyebab kami datang ke sini.

Tempat ini kami pilih memandangkan resort ini menyediakan kolam kanak-kanak dan dewasa yang besar. Sesuai untuk anak-anak kami yang sedang membesar. Kalau anak-anak dah besar nanti mungkin kami tidak akan memilih untuk ke tempat-tempat seperti ini lagi.


Walaupun kolam nya agak besar, musim cuti sekolah seperti ini memang padat dengan pengunjung. Tapi tidak mengapa, untuk tidak menghampakan anak-anak kami untuk mandi kolam secara privasi, kita tempah kolam renang ini khas untuk mereka sahaja.

Kolam yang di sewa khas hari berikutnya. 


Boleh naik slide banyak kali, tak perlu beratur atau risau mengenai penjarakan sosial


Bermain sepuas-puasnya


Menunggu air jatuh dari atas. Seronok bermain tanpa gangguan 


Milik kami 


Kolam dewasa juga ditempah. Berenang sepuas-puasnya.


Anak-anak dan ayah berendam, sementara si ibu berurut di pusat spa bersebelahan kolam renang.


Lorong dari kolam renang menuju ke Pantai Balok .


Maaf, pantai ini terlalu mahal untuk disewa khas.


Terpaksa berkongsi dengan geng atv yang memekak dan memecah kesunyian kedamaian pantai


Anak-anak kecil sangat berbahaya untuk dibiarkan bermain pasir bersendirian


Banyak juga aktiviti air yang boleh disewa di kawasan ini.


Bila banyak aktiviti, banyak pula lah pencemarannya. Kalau rasa nak jadi orang minyak boleh la nak mandi di sini


Jentera pembersih pasir pantai. Pantai di Gold Coast Australia dah lama guna benda ni sejak kami ke sana dahulu, Alhamdulillah pihak hotel ambil pendekatan sendiri sebab kami tengok dia bersihkan depan resort kami ni sahaja 


Disebabkan pantainya yang agak kotor, si kecil hanya bermain di kawasan pantai hadapan resort sahaja


Mandi kolam sambil tengok pemandangan pantai adalah aktiviti rutin kami di sini


Lepas mandi kita makan, lepas makan kita mandi. Apalagi nak buat kan ?


Nak makan di luar boleh....


Nak makan di dalam juga boleh. Kalau tak nak makan di resort, kedai makan banyak terdapat di seberang jalan berhadapan resort ini. Jalan kaki sahaja. Tak pening sangat lah pasal makan kalau tinggal di Swiss Garden Resort Kuantan ini .


Video pendek sebagai kenangan


Pengalaman Percutian

Dapat meluangkan masa bersama anak ketika kecil adalah satu nikmat yang tak harus di dustakan. Mengeratkan hubungan dengan anak dari kecil dengan tarbiah yang betul adalah satu nikmat yang tak harus di dustakan. Pergi lah bercuti bersama-sama walau sekadar bermain di taman permainan berdekatan rumah. Masa tak akan menunggu kita kerana suatu hari nanti ketika mereka sudah besar, kita tidak akan dapat merasa menolak kereta sorong mainan mereka tetapi mereka yang akan menolak kerusi roda kita....itupun jika dapat anak yang soleh....









































































2 comments:

  1. ATV yang banyak tu berpusat di Timurbay Residence. Pantai di kawasan Balok ni memang tak berapa cantik. Bersih lagi pantai di PD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, bunyi bising menjadikan pantai ni tak sesuai untuk orang yang mencari ketenangan tapi ada elok juga lah sebab orang tak ramai yang mandi di pantai jadinya boleh la buat aktiviti lain kat sini sambil menambah pendapatan penduduk tempatan.

      Delete