Thursday 1 June 2023

Taman Botanikal Melaka


Alhamdulillah cuti sekolah pertengahan tahun ini kita bersiar-siar lagi di Melaka. Kali ini kami hendak berkongsi sedikit pengalaman di Taman Botanikal Melaka


Taman Botanikal ini agak luas. Anda boleh menyewa basikal, scooter elektrik ataupun kereta buggy bagi yang mengalami masalah untuk berjalan


Ada banyak kawasan untuk beriadah di sini. Seperti taman permainan kanak-kanak, jambatan gantung, skytrex, taman lebah dan banyak lagi. Tujuan utama kami singgah di sini adalah kerana ingin menjejakkan kaki ke taman prasejarahnya


Siapa lagi kalau bukan si kecil kami yang memilih untuk ke Taman Prasejarah ini


Alhamdulillah walaupun cuti sekolah tapi tiada orang di sini


Mungkin Dinasour Encounter menjadi pilihan orang lain agaknya


Walaupun taman prasejarah ini telah lama dibuka, tidak ramai yang mengetahui kewujudan taman ini


Dinasour, sekadar patung-patung andaian manusia


Menjadi mitos untuk anak-anak kecil


Ular sawa  yang masih wujud hingga ke hari ini


Dulu semalam baru je kami ke Petrosains


Mitos di Petrosains mengatakan minyak di dalam tanah adalah berasal daripada bangkai dinasour yang terperangkap jutaan tahun dahulu


Jika benar, bermakna Dinasour banyak terdapat di benua Arab suatu ketika dahulu bukan ?


Biarkan dia berimaginasi


Semua dinasour dia hendak bergambar


Layan kan sahaja


Biawak ke buaya ?


"Nanti masuk blog tau", kata si kecil. Ok lah, layan  kan sahaja permintaan kecil kami ini


Video pendek sebagai kenangan



Antara tempat yang belum kami singgah di Melaka ini


Alhamdulillah kami sudah jejak Masjid Selat Melaka


SubhanaAllah


Tidak lengkap jika sudah sampai Melaka tapi tidak makan asam pedasnya.  Asam pedas pasar borong menjadi lokasi kegemaran. Pilih lah kedai di mana ramai orang makan, jadilah seperti semut kerana di mana ada gula di situ ada semut tetapi awas, kerana gula juga membuatkan semut binasa. Fikir-fikirkan lah.....

 

No comments:

Post a Comment