Thursday 28 November 2019

HARD ROCK DESARU COAST

Bismillah . Awal cuti sekolah akhir tahun kali ini kami mulakan dengan percutian dalam negeri. Memandangkan musim tengkujuh sudah bermula , ada eloknya kita tambah sehari dua lagi tempoh bercuti agar dapat menikmati segala aktiviti luar dengan sepuasnya jika hujan datang bertandang dalam pertengahan percutian yang dirancang.


Kami menambah tempoh percutian pada hari bekerja biasa hingga hujung minggu . Walaupun cuti sekolah sudah bermula akan tetapi jalanraya tidak sesesak hujung minggu di mana semua orang akan berpusu-pusu untuk pergi bercuti . Agak selesa untuk memandu pada hari bekerja cuti sekolah ini .


Seperti biasa kalau nak pergi jalan jauh ni kami suka bergerak sebelum subuh .Cuaca sejuk dan kurang kenderaan . Solat subuh di mana-mana RnR dan meneruskan perjalanan seterusnya. Kami sampai ke Desaru kira-kira pukul 10 pagi selepas solat dan bersarapan di RnR Dengkil .


Antara yang terawal sampai di sini . Dibuka pada pukul 10 pagi hingga 6 petang .


Kalau dah sampai awal , memang tempat ini seolah kami yang punya. Boleh main sepuas hati. Tak perlu beratur menunggu giliran.


Tapi kesian pada si kecil sebab ketinggian nya membataskan dia untuk bermain.


Jadi nya taman tema ini memang tak sesuai untuk kanak-kanak yang ketinggian kurang 120 cm Kesian jugak lah kalau datang hanya dapat melihat .


Coaster yang menjadi trade mark tempat ini . Banyak kali juga mencubanya tapi bukan untuk si kecil


Pihak pengurusan taman tema agak bijak juga kerana menyediakan aktiviti percuma untuk kanak-kanak yang dah mula murung sebab tak dapat join permainan orang yang lebih tinggi darinya .


Permainan kampung seperti gasing , congkak , baling tin dengan selipar juga ada di sini . Terbaik untuk mendedahkan mereka dengan aktiviti silam ini . 


Bowling kelapa . Yang best nya ialah ada kakitangan taman tema yang akan menyusun semula tin-tin atau botol-botol ini pada tempatnya semula . Kesian pulak kalau dah dekat 10 kali seorang baling benda ni . Kami tak boleh bayang kalau musim puncak pelawat datang ke sini .


Boleh baling banyak kali sebab pengunjung tidak ramai .


Terubat juga hati si kecil bila dapat main permainan-permainan ini . 


Yang ni pun si kecik tak boleh main .


Abang-abang melayan adik menyusuri sungai buatan .


Ini pula laut buatan . Ombak tiruan hanya hadir setiap 15-20 minit setiap satu jam .



Bila dapat bermain di kawasan ini agak terhibur juga lah si kecil


Hard Rock Desaru memang terletak bersebelahan dengan taman tema air ini .


Untuk tetamu yang menginap di HRC ini , ada laluan keluar masuk ViP disediakan . Boleh keluar masuk banyak kali dalam sehari.




Masa kami tiba pagi tadi kami parking kereta di HRC ini . Parking percuma untuk tetamu hotel , hanya perlu validate kad Tounch & Go kita sahaja setiap kali hendak keluar parking . Bilik kami menghadap sungai buatan di Riverside Desaru. Jadinya tiada bunyi bising kedengaran dari Taman Tema Air Desaru . 




Hotel ini ada connecting room .


Balkoni untuk melepak . Tapi kami tak lepak pun sebab banyak tempat lepak yang menarik di sini .


Dari check in staff hingga lah kepada kekemasan bilik , kami sangat berpuas hati


Tapi untuk budak berdua ini , 2 hari mereka seronok melepak kat sini . Ada goodie bag dan bermacam-macam aktiviti diadakan untuk mereka .Kalau nak hantar anak ke sini kena cepat yer, first come first serve. 




Ada quota kemasukan pada setiap seisi .
 Alhamdulillah kami datang bukan masa puncak , jadi memang semua kelas mereka join .


Aktiviti Water Splash Zone antara aktiviti yang mereka suka , main air lagi .



Goodie bag yang dapat sorang satu .



Bersiar-siar di riverside . 


Buat persembahan silat pulak dia atas pentas ni .




Menunjuk bakat bermain Angklong .


Kedai-kedai banyak terdapat di sini . Nak main dengan JDT ke esok ni ??  Inn Syaa Allah






Antara lokasi menarik  berdekatan HRC untuk anda bersiar-siar bersama keluarga menghirup udara segar setiap pagi .


Tak sangka juga dapat jumpa benda ni di Riverside .


Tinggal yang dua kecik ni aje yang nak bergambar . Yang besar-besar dah tak minat bergambar macam Abi dia .


Layan kan sahaja mana mereka nak bergambar .






Di sini juga terdapat beberapa buah kedai kopi untuk anda melepak .


Lepak minum kopi kat sini pun best jugak . 


Tempat makanan laut memang banyak di sekitar Hotel . Seafood memang banyak dan agak murah .


Setiap malam memang kami keluar pekan berdekatan untuk makan . HRC di waktu malam .



Antara aktiviti lain yang boleh dibuat di sini semestinya bersiar-siar atau mandi di pantai Desaru


Pantai agak dekat juga . Boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan sendiri . Cara kami berbeza sedikit kerana memang nak santai-santai . Pihak HRC ada menyediakan shuttle bas setiap satu jam ke pantai .


Tunggu bas di lobi hotel . 


Memang santai aje kami ke pantai . Hanya 2 keluarga termasuk kami dalam bas yang ada 33 tempat duduk ini .


Pantai Desaru . 


Dekat 20 tahun tak ke mari . Berbeza singguh pantai nya yang dahulu lebih bersih dari sekarang .


Tak sabar nak mandi laut .


Akhir tahun ombak agak liar . Monsoon sudah tiba . Hati-hati dengan si kecil .


Pada yang berani boleh je nak surfing . Ombak nya kami rasa tinggi macam dekat Bali .


Review kami untuk breakfast di sini adalah antara yang terbaik 


Dari seleksi keju anda boleh tahu memang banyak pilihan di sini untuk anda menikmati sarapan .



Memang banyak pilihan , tapi jangan lah macam Kiasu nampak makanan , kita kat sini nak santai-santai , bukan nak bantai-bantai berebut tak tentu pasal .


Kami datang lepas subuh setiap hari sebelum keturunan Yajud Makjud bangun . Tempat makan start bukak pukul 7 pagi . 


Rendang kambing tidak terdapat setiap hari . 


Menu dari tempatan hinggalah ke ke barat . Sangat tersusun sebelum dilanda tsunami oleh keturunan Yajud Majud .


Santai je Chef ni buat kerja awal pagi . 2 jam kemudian dah tak nampak macam Chef .


Pilihan banyak macam mana sekali pun kalau tak nak makan nak buat macam mana kan . Bukan boleh paksa . Di ingat kan yer , mic yang si kecil main ni hanya lah perhiasan meja , bukan untuk di makan atau di bawa balik . Ada jugak keturunan Yajud Majud ni yang selamba bawak balik benda ni . Nak jugak sound "Meja dan kerusi tak nak bawak balik sama ke Bro ? " Tapi tahu lah...kita nak santai , bukan nak gaduh-gaduh . Kang dia makan kita pulak . Hahahaha...


Overall percutian santai ini kami nikmati dengan selesa . Yang penting semua happy .


Perjalanan cuti sekolah yang semua ayah terpaksa lalui...jalan jem nak balik . Percutian dapat bersama keluarga itu lebih penting dari wang ringgit dan kepenatan yang dirasai oleh seorang Ayah .



No comments:

Post a Comment