Friday 29 July 2016

CYBERVIEW RESORT & SPA


Kadangkala agak sukar untuk membuat pilihan percutian hujung minggu yang pendek.Tempoh perjalanan , kos penginapan serta tempat yang lengkap serba serbi akan diambil kira bagi memenuhi keperluan cuti hujung minggu yang singkat ini.


Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya menjadi pilihan kami untuk berehat pada hujung minggu kali ini.Tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan pusat pemerintahan PUTRAJAYA , tempat ini sangat sesuai pada yang tidak suka memandu jauh.



Deluxe Chalet menjadi pilihan kami . 


Bilik yang berhadapan dengan kolam air tawar . Kolam ini dibolehkan untuk memancing dan anda boleh bawa balik tangkapan anda . Alatan memancing juga ada disewakan jika anda lupa untuk membawa alatan memancing sendiri. Bilik ini ada peti sejuk bersaiz normal. Jadi boleh lah anda menyimpan hasil tangkapan anda untuk dibawa pulang keesokkan harinya.


Kawasan Cyberview Resort & Spa ini dilengkapi dengan wifi percuma. Kelajuan internet dan liputannya di sekitar resort juga amat memuaskan.




Antara tempat aktiviti kekeluargaan .


Berjam-jam boleh di habiskan di sini sahaja.


Gym dan gelanggang tenis juga ada di sini. Dibuka sehingga pukul 10 malam.


Untuk makcik-makcik pasti suka akan tempat ini.Sembunyi Spa menyediakan pakej spa untuk anda. Jakuzi,Sauna dan beberapa khidmat lain disediakan secara percuma untuk anda .Di sebabkan hanya orang dewasa sahaja dibenarkan menggunakan khidmat ini , budak berdua ini cuma dibenarkan untuk bergambar di luar sahaja. Bila dia tanya kenapa tak boleh,saya katakan kat sini untuk putih kan kulit yang hitam..kamu berdua dah putih...tak perlu lagi...ini sahaja jawapan yang saya rasa sesuai untuk mereka buat masa ini....hehehehe...


Sememangnya , tempat ini yang menjadi pilihan mereka...Kolam Renang..









Kolam renang disini ada 3 peringkat.Yang pertama kolam untuk kanak-kanak,kedua dewasa dan yang paling bawah kolam kanak-kanak juga . Air mengalir dari kolam pertama ke kolam ke tiga. Seakan-akan sungai air terjun. Amat cantik dan tenteram oleh kerana bunyi air yang mengalir ini.



Ada beberapa restaurant di sediakan di sini hingga lewat malam. Jadi untuk berehat di kawasan ini pada waktu malam juga amat digalakkan.



Sukar membuat pilihan nampaknya...







Untuk sarapan pagi di resort ini. Kami sangat berpuas hati kerana ia menyediakan berbagai pilihan tempatan dan antarabagsa . Untuk kanak-kanak juga di sediakan berbagai pilihan. Waktu sarapan dari pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi amat sangat-sangat kami sekeluarga hargai. Waktu panjang seperti ini tidak membuatkan pengunjung resort berpusu-pusu untuk datang bersarapan pada waktu yang pendek seperti resort atau hotel-hotel kebanyakkan yang lain.


Pendek kata Resort ini amat sesuai untuk dijadikan tempat percutian sekeluarga. Tidak mustahil juga khidmat pelanggan meja hadapan , kakitangan resort yang menghormati pengunjung dan kemudahan yang disediakan menjadikan resort ini pernah menjadi pemenang Travelers Choice pada tahun 2013.






.




Saturday 2 July 2016

Grand Lexis PD



Berehat sebentar pada bulan ramadhan tahun ini di chalet atas laut .


Lexis ni ada 2 kat area sini, Grand Lexis hotel dan Lexis hotel. Mula-mulanya agak keliru kerana keduanya menyediakan chalet di atas laut. Tetapi Grand Lexis sahaja yang menyediakan kolam renang di dalam biliknya.


Hotel yang menyediakan chalet di atas lautan pula ada beberapa buah di sepanjang pantai Port Dicson ini sehinggalah ke Sepang. Semuanya menarik untuk dilawati.


Grand Pool Villa di Grand Lexis menjadi pilihan kami memandangkan biliknya besar dan mempunyai kolam keluarga di dalam unit penginapan.


Grand Pool Villa ini pula ada dua jenis unit. Unit atas atau unit bawah. Kalau unit atas boleh tengok bintang-bintang sambil mandi-manda di kolam pada waktu malam.Unit bawah pula kolamnya agak privasi beserta lantai bercermin untuk melihat air laut.


Unit bawah menjadi pilihan kami.Si kecil pada mulanya agak takut nak memijak cermin lutsinar ini.Tetapi selepas abangnya melompat-lompat di situ,barulah dia memberanikan diri untuk memijak lantai tersebut.




Meja kopi di luar sesuai untuk berehat sambil memerhatikan anak-anak mandi manda.


Tak sabar untuk terjun.





Sudah berani untuk memijak dan melompat di sini.




Anjung tinjau juga disediakan di sini untuk berehat di waktu petang.



Bersahur di dalam bilik.Juadah berbuka pula boleh didapati di pasar ramadan di bandar Port Dickson. Kedai-kedai makanan juga banyak terdapat di sekitar hotel ini. Jadi tak perlu risau mengenai makanan.



Bersenam ?? Silakan.





Ruangan bilik salinan pakaian. Sangat besar.



Kolam nya agak dalam untuk anak-anak kecil bawak 4 kaki tinggi .Pastikan pelampung dibawa sendiri. Berendamlah sepuas hati anda kerana kolam ini cukup privasi.