Monday 8 December 2014

PANGKOR



Percutian cuti sekolah bersambung lagi. Pulau Pangkor menjadi destinasi berikutnya.



Perjalanan dari rumah ke Jeti Marina Island Pangkor  mengambil masa 3 jam termasuk berhenti sarapan pagi sekitar Tanjung Karang.



Jeti Marina Pangkor ini menjadi pilihan kami kerana perjalanan bot ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa kira-kira 10 minit berbanding 40 minit jika menaiki bot dari Jeti Lumut.Rm 10 untuk dewasa dan Rm5 untuk kanak-kanak.Tetapi kena langgan membership dulu.Rm10 untuk setahun bagi satu keluarga.




10 minit memang tak terasa. Perjalanan dari Jeti Marina Island amat sesuai pada yang mabuk laut.



Perkhidmatan teksi yang disediakan di Jeti Pangkor memang sangat memudahkan para pelancong. Harga dipamerkan mengikut lokasi perjalanan. Jadi anda tak perlu takut ditipu mengenai pengangkutan di sini. Rm15 untuk satu van dari Jeti Pangkor ke Teluk Nipah.


Anjungan Beach Resort & Spa di Teluk Nipah menjadi pilihan kami untuk tinggal selama 3 hari 2 malam. Disebabkan kami tiba sejam awal dari masa check in,kami meletakkan beg di kaunter sebelum mencari makan tengahari di kedai berdekatan.


Kolam renang jugak yang menjadi pilihan anak-anak setibanya kami di sini.



Selepas puas berendam di kolam renang,tiba masanya untuk makan malam di kedai berhadapan resort kami. Deretan kedai makanan laut banyak terdapat di sini. Tetapi harus berhati-hati,jerung yang tidak mengenal mangsa ada di sini. Syukur kami berjaya memilih kedai makan no 6 yang pemiliknya seorang yang jujur dalam berniaga. Pengunjung di resort kami terkena Rm100++ hanya dengan memesan 2 ekor ikan kembong tiga rasa,sayur kailan,telur dadar dan air untuk dia dan isteri serta 4 orang anak kecil. Ada juga yang terkena hingga seribu lebih hanya untuk makan 8 orang. Ada juga peniaga di sini yang meluahkan kekesalan kepada kami atas segelintir peniaga yang mengambil kesempatan yang luar biasa atas pengunjung. Jadi,saranan kami kepada semua supaya menanyakan harga dahulu sebelum hidangan di hidangkan.



Omar ikan bakar no 6 menjadi pilihan kami sepanjang menetap di sini. Tempat makan adalah di sebelah belakang dengan mengadap laut. Angin yg sejuk amat mendamaikan sambil menikmati makan malam.


Sarapan pagi di Anjungan Resort ini bermula pada pukul 730 pagi. Anak-anak seperti biasa antara yang paling awal bangun di Resort ini. Ada sesuatu yang menarik untuk di perhatikan di sini di awal pagi.


Kera liar dan Burung Enggang ataupun hornbill setiap awal pagi pasti akan menjengah di Resort kami. Inilah tarikan yang menarik di kawasan Teluk Nipah ini.


Aktiviti selepas mandi kolam ialah pengembaraan di perselitaran Teluk Nipah dengan menaiki bot dah mencari tempat untuk snookling. Rm60 untuk harga bot buat kami sekeluarga bersama peralatan snookling. Kami bertolak pada waktu petang kerana air laut mulai pasang ketika ini. Pastikan kita tanya dengan pengusaha bot tentang pasang surut air laut ketika berada di sini jika tidak anda hanya akan snookling dengan air laut surut. Pastikan juga air sudah pasang 2-3 jam dan laut stabil kerana air ketika peralihan pasang surut ini agak kotor.


Kami dibawa melihat batu-batu seakan penyu,buaya,ikan paus dan tempat-tempat berkelah yang cantik sekitar pulau kecil di Pangkor ini. Setelah 20 minit di atas bot,kami tiba di Pulau Giam untuk snookling.


3 jam dihabiskan untuk snookling di sini. Tak banyak spesis dan ikan yang besar  terdapat disini. Terumbu karang pula tak secantik di Pulau Manukan tetapi ini sudah memadai bagi pulau yang berada di Selat Melaka ini. Amat menyeronokkan juga.


Seharian bermain air tawar dan masin amat memenatkan untuk anak-anak. Secawan kopi dilarut malam bertemankan angin laut yang sejuk sambil melihat telatah anak kecil amat menghiburkan. Tapi perlu berhati-hati kerana kera liar sentiasa memerhatikan anda sekeluarga dari jauh...hahaha...


Percutian tidak akan lengkap jika tidak mendapatkan sedikit cenderahati untuk dibawa pulang.


Deretan kedai yang banyak memberi pilihan pada para pengunjung untuk membeli belah. Jangan kuatir kerana kebanyakkan kedai-kedai cenderahati di Teluk Nipah ini meletakkan tanda harga jualan pada produk jualan mereka. Sungguh menyenangkan pembeli dan penjual dan yang paling penting pengguna tidak rasa tertipu.Terbaik.... 




Tiba masanya untuk berangkat pulang. Anak-anak keletihan dan program melawat tempat-tempat menarik yang lain sekitar Pulau Pangor terpaksa dibatalkan. Berat hati meninggalkan Pulau Pangkor ini. Perjalanan pulang dari Jeti Pangkor.


Merenung jauh , apalah agaknya si kecil fikirkan ni.


Selamat tinggal Pangkor. Banyak lagi yang kami belum terokai di pulau ini. Inn Syaa Allah akan kembali lagi suatu hari nanti....
































9 comments:

  1. Dh lma x ke pangkor... sbnrnya ada bad memory snorkeling sini.. terpijak rambotan laot. ..naya

    ReplyDelete
    Replies

    1. Rambutan laut atau lebih dikenali dengan landak laut memang banyak di sini. Memang kena berhati-hati

      Delete
  2. Replies
    1. Tapi kira dah pernah pergi la kan..
      Huhuhuu... untung lerr :P

      Delete
    2. Kena repeat dan kena datang pada yg belum pernag dtg ni ;)

      Delete
  3. Waaa.. tak sangka begitu meriah pulau pangkor.. ingat sekadar pulau yg ada chalet lepak2 pantai.. tapi ada resort bagai.. insyallah nak try la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last datang 20 tahun lepas...memang banyak perubahan kat sini...

      Delete
  4. Baru sekali ke Pangkor... itu pun dah lama dulu... darat sangat kan... hehe

    ReplyDelete