Saturday 25 January 2014

Muzium Shah Alam

Ada yang bertanya kenapa tak ada journey dekat-dekat dalam negara kita sahaja. Bukan tak ada tapi tak update kat blog. Rasa macam tak menarik atau banyak sangat tempat kat Malaysia ni kita dah pergi. Jadinya untuk tidak menghampakan semua,kami selitkan juga aktiviti yang kita boleh buat sekitar Malaysia bagi mengisi masa lapang kita mulai hari ini.

Ok,aktiviti mengisi masa lapang kami di mulakan dengan aktiviti melawat Muzium Shah Alam.Nama pun dah Muzium,mesti ada benda lama serta purba kala di pamerkan.Pameran Dinosaur diadakan sudah lama hingga akhir tahun ini.Info yang baru kami ketahui walaupun pameran ini sudah hampir setahun berlangsung.



Kali pertama kami ke sini mendapat berita buruk kerana pameran ini tutup pada pukul 5.30 petang mengikut masa operasi Muzium Negeri walaupun pada asalnya dilaporkan beroperasi hingga pukul 10 malam.Kunjungan kedua kami kali ini pada petang hari sabtu.




Pameran ini sesuai untuk anak-anak kecil di bawah 12 tahun. Biarkan mereka berimiginasi sendiri dengan menilik setiap Dinosaur yang ada dan menonton klip-klip video yang di siarkan kerana jika anda hanya mengikut citarasa dan mood anda sendiri,anda sekeluarga akan berjaya menghabiskan lawatan dalam masa hanya 15 minit.







Dengan bunyi-bunyian dan pergerakan Dinosaur yang agak terbatas cukup mengujakan anak-anak.Ruangan yang agak sempit untuk menonton klip-klip video adalah tidak sesuai untuk dilawati pada waktu puncak.Kami berjaya hadir pada luar waktu puncak dimana dapat memberi ruang untuk kami nikmati pameran dengan lebih tenteram.Pameran ini akan berakhir hingga penghujung tahun 2014.Tempat yang sesuai untuk beriadah di waktu petang sebelum ketibaan waktu Asar dan bejemaah di Masjid Negeri hanya 100 meter dari Muzium Negeri ini.






2 comments:

  1. Salam,

    Lama dah x ke muzium ni.. last pergi waktu rombongan zaman sekolah rendah dulu...he..he...

    ReplyDelete