Friday 17 June 2011

JAKARTA-BANDUNG

5 HINGGA 9 JUN 2011


                         Breakfast kat KLIA foodcourt. Mata mengantuk lagi,maklumlah nak naik first flight at 0750. Dua jam sebelum tu kita orang dah sampai..bangun dah tentu sejam sebelum tu...Pak Chek hantar kat KLIA. Dia cuti hari ni. Saje je nak naik first flight ni,tak kelam kabut..udara fresh lagi. Perjalanan menaiki pesawat kira-kira dua jam lamanya...hehehe...dah start nak cakap indon dah.


   Lepas check in at LUXE Hotel di Jalan Wahid Hashim,terus cari bajaj atau pun tuk-tuk ke Pasar Tanah Abang. Tambang sekitar idr10000/rm 3.50. Hotel kami kiranya satu jalan dengan Tanah Abang ni,senang nak ber shopping,bajaj bersepah,tapi pastikan deal tambangnya dulu sebelum naik.


  Lepas penat berjalan-jalan di PASAR TANAH ABANG BLOK A ,perut terasa lapar dan kami mengambil keputusan ringkas untuk makan di restoran nasi padang yang berada di jalan yang sama.

Hari ke dua di Jakarta,menaiki teksi BLUE BIRD seperti yang di recomended menuju ke TAMAN TEMA ANCHOL. Disini terdapat banyak taman tema,tapi pada kali ini kami memilih untuk ke Taman Tema DUFAN. Seperti di Movie World OZ ,kami adalah antara pengunjung yang awal sampai.


                   Taman tema nya di buka pada pukul 11 pagi tetapi kami bangun awal sehingga skip breakfast. Sampai aje kat sana, kedai belum bukak lagi hanya ada vending machine aje...so...makanan yang pertama masuk ke perut ialah air coke dan fresh orange.


   Breakfast dulu di StarBuck Cafe area DUFAN Theme Park sambil berhibur dengan live band.

 

 Gigi abang tercabut semasa mengunyah kek starbuck.Keras ke kek tu ?

MASKOT DUFAN












Ingin mencuba,masa kat OZ dulu tak sempat.

DOUBLE TOWER
Ummi diorang pun nak cuba sama.








Selepas penat ke Dufan,berjalan sekitar di persisiran pantai dengan menaiki gendola. Tempatnya tak jauh dari Taman Tema Dufan.


Pemandangan dari atas. Betul-betul di atas lautan.


Pemandangan yang cantik.


Selepas penat seharian, singgah dulu di Planet Bakso. Di Jakarta ni aje yang baksonye sedap,kalau kat Malaysia,tak lalu langsung . Kali terakhir makan bakso di sini pada tahun 1997,tapi rasanya tetap sama,lagi best jika nak di bandingkan dengan meatball pizza hut.


Di Food Court Tanah Abang di tingkat atas, KFC, A&W semua ada kat atas ni. Hari terakhir ber shopping di Jakarta.


Menuju Bandung dengan khidmat DAYTRANS. Naik dari Sarinah Jakarta,dulunya Hard Rock Cafe,but now Hard Rock dah pindah bangunan seberang jalan,tak sempat ke sana. Jarak Sarinah building dengan Luxe Hotel kira-kira 200 meter.So jalan kaki sikit lah.


Van nya besar,nak kata van macam bas mini,tapi kecik lagi,selesa jugak lah.Harga pun tak mahal,lepas convert dalam RM 100 ler untuk 5 seats.


      Pemandangan kebun teh dan padi huma di sepanjang perjalanan ke Bandung ni. Cadang pada mulanya nak naik train lagi adventure,tapi train kena naik awal pukul 9 pagi so cari alternative lain lah. Tapi adventure jugak naik DayTrans ni.


Hotel Kenangan Bandung menjadi pilihan kami di sini. Tempatnya dekat dengan stesen keretapi,pasar baru,tempat makan,chempelas dan sekitarnya, Memandangkan dah tak larat nak berjalan,kami ambil upah supir IDR400 ribu untuk seharian berjalan.


Bilik double dengan extra bed sekitar rm140 untuk  semalam,termasuk breakfast,murah kan?


Hari ke 2,menjelajah ke Gunung Tangkuban Perahu.


Pokok Pine di sepanjang laluan ke kaki gunung.


Inilah kawah gunung berapi yang aktif lagi.




Sejuk macam Genting Highland.



Awan berarak perlahan.... mendung yang kelabu....tak bererti hujan....


Shopping di Factory Outlet .


Bermain ikan koi di Factory Outlet Rumah Mode.


Lunch at Ayam Goreng Suharti. Kawan kata ayam di sini semua boleh makan,dari kaki hingga kepala ayam and then kami cuba le to know about that local fast food.


And its real,paruhnya rapuh but tak sanggup nak makan,ayam ni dia orang rebus 80 minit and then goreng dengan rempah ratus,memang makanan tradisi orang sini,tak akan di biarkan makanan membazir. Tulang,kaki dan kepala,semua boleh makan. Murah jer restoran ni,seekor ayam kampung dan accessory,dalam RM30 lebih jer. Surau pun ada kat sini.


PASAR BARU. Tak lah murah sangat. Kalau nak shopping pakaian muslimah,lebih cantik dan murah di Tanah Abang Jakarta.


Toko 3. Jeans yang murah. Tak tahu le ori ke tak,kalau kaki jeans tu mesti dapat tahu ori ke tak. But we all bukan pakar sangat pasal ke originalan jeans ni ,belasah beli jugak lah.


Banyak Factory Outlet kat Bandung ni,sehari tak habis. Malam singgah  di Restoran Dapur Penyet.


Famous food kat sini,Sup IGA.ataupun rusuk lembu. Murah je,bawah RM50 untuk semuanya.


Masjid Bandung yang kelihatan dari tingkap bilik hotel kami.


Shopping ole-ole buat orang Malaysia. Siapa yang tak dapat rasa tu sorry lah yer,tak sempat nak hantar ke rumah anda.


Shopping kek.Orang Bandung lebih suka kek dari Prima Rasa ni dari Kartika. Orang Malaysia ramai yang tak tahu yang Prima Rasa ni lagi sedap compare ngan Kartika Sari.

 
Sebahagian barangan yang kami shopping.Ada banyak lagi sebab yang lainnye kami basuh lepas kami pakai kat sana. Maklumlah,bawak sehelai sepinggang aje masa depart dulu.Memang budget nak shopping baju kat sana.




PENGAJARAN PERJALANAN :

Membawa anak-anak mengenal erti kehidupan mewah dan sebaliknya. Pengalaman supir yang menceritakan tentang keperitan mengharungi kehidupan membuatkan anak-anak merasa sedih dan berasa bersyukur. Kemiskinan akan membawa kepada kekufuran tetapi tidak pada yang ingat akan PENCIPTANYA.



                                     

2 comments:

  1. lah baru jumpe dier kat sini upenyer.... bukak ler fb satu.... semua family / salasilah hjh halimah ada kat sane.... sumer aktif di fb... bloq meka ramai tak de...

    ReplyDelete
  2. Tak payah ler Facebook,kita chat kat sini jer..online lagi...

    ReplyDelete