Alhamdulillah sambung lagi percutian kita . Kali ini ke Pulau Rawa pula. Sebelum sampai ke Mersing , kita singgah di Kluang dulu untuk minum kopi
Ada dua kedai kopi yang terkenal di Kluang ini. Keduanya kami singgah
Biasalah kalau dah namanya budak, memang semua dia nak buat main
Alhamdulillah boleh cicah biskut free dengan air kopi
Kami bukan di bayar oleh mana-mana kedai kopi untuk buat iklan. Jadi untuk menu boleh lah anda google sendiri yer, kami hanya ingin menikmati kopi kerana kami sudah pun bersarapan sebelumnya
Klip video yang bukan iklan kedai
Kedai kopi kedua kami singgah. Kedai terletak di stesen keretapi Kluang. Kedai ini bukan kedai yang berhawa dingin. Beratur agak panjang untuk memesan makanan dan meja untuk minum juga terhad.
Bagi kami kedua-dua kedai ini mempunyai rasa kopi. Anda harus merasainya sendiri kerana makna kesedapan itu berbeza bagi setiap orang
Mersing Pekan yang agak maju. Kami bermalam di pekan ini kerana bot yang akan membawa kami ke Pulau Rawa hanya beroperasi awal pagi esoknya
Sambil menikmati angin petang yang kuat, kawasan atas bukit ini menjadi tarikan pengunjung ke Mersing
Di atas bukit inilah terletaknya Masjid Sultan Iskandar
SubhanAllah
Video pendek sebagai kenangan
Selepas subuh dan bersarapan, kami menuju ke Jeti Mersing utuk menaiki bot
Keadaan di jeti agak sesak kerana kebanyakan pelancong yang ingin ke pulau-pulau lain sekitar perairan Johor dan Pahang juga menaiki bot mereka di sini
Alhamdulillah laluan kami sangat lapang. Tidak ramai yang mahu ke Pulau Rawa
Orang pertama yang hendak naik bot
Hanya 10 orang sahaja dalam bot kami. 5 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak
Macam lah tak pernah naik bot
Angin pagi yang agak sejuk
Apabila di tanya mengapa buat macam tu ? "Kan kita makan angin sekarang," jawab si kecil kami
Air dan snek disediakan secara percuma. Free Flow
Alhamdulillah cuaca sangat cantik pagi ini
Laut juga agak tenang
Seketul bom yang masih belum meletup menanti kedatangan kami
Nama pulau sudah kelihatan
Air agak surut pagi ini
Alhamdulillah. Sudah menjejakan kaki di sini. SubhanAllah pantai yang putih dan bersih
Maka bermula lah kehidupan tanpa gadget dan hiburan-hiburan moden yang lain
Si kecil nampak pasrah tanpa gadget. Bermain pasir adalah keutamaan beliau di sini
SubhanAllah....pantai yang bersih dan indah membuatkan dugong-dugong di sini yang majoriti nya berasal dari benua yang sejuk terpaksa membuang pakaian mereka . Agak tidak di galakkan untuk anak-anak kecil bermain pasir di mana dugong-dugong terdampar di tepi pantai
Beri mereka kebebasan melihat ikan daripada melihat dugong
Di hadapan tempat penginapan ini sudah memadai untuk anda snorkeling
Masya Allah. Batu karang dan ikan-ikan nya masih terpelihara
Memang kami ke sini untuk bersantai, bukan nak suasana hiruk pikuk. Tempat ini memang terbaik jika ditanya mengenai privasi dan ketenangan.
Majoriti pengunjung di sini educated sikit. Tak de lah kiasu sangat. Kiranya anda boleh menikmati alam dengan tenang kerana semua rata-rata pengunjung di sini tahu apa makna privasi yang sebenar
Masing-masing buat hal sendiri di pulau ini. Bersantai tanpa gadget
Seperti ada taman tema tapi bukan seperti taman tema biasa yang hiruk pikuk
Kiasu pun kami tak nampak dekat sini. Alhamdulillah
Pastikan anak anda pakai jaket keselamatan kerana slide di sini agak dalam ketika air pasang
Ketika air surut pula, slide ini agak tinggi dari pantai jadi perlu berhati-hati
Berehat sementara menunggu air pasang
Video pendek bukan iklan resort
Selain aktiviti santai di Pulau Rawa ini, kita boleh melakukan juga aktiviti day hoping pulau-pulau yang berdekatan.
Antara pulau yang kami jejaki, Pulau Raja
Bersarapan pagi di Pulau Raja. Pastikan sampah dibawa balik. Ada juga kiasu yang buang sampai merata di pulau ini. Sedih
SubhanAllah . Air yang jernih . Tak perlu snorkeling untuk melihat ikan
Masya Allah
Laut Cina Selatan yang terbentang luas
Alhamdulillah, pagi yang mendamaikan
Seterusnya, ke Paya Bakau Pulau Seri Buat
Menyusuri hutan paya bakau
Pernah menjadi lokasi pengambaran reality show SURVIVAL
Misi seterusnya...
Memanjat gunung...
Pulau Seri Buat
Masya Allah. Alhamdulillah pemandangan yang cantik
Seisi memanaskan badan sebelum misi mendaki
Makan energy bar dulu yer, bukan makan batu karang. Gambar sekadar hiasan
Pendakian bermula
Bukit yang agak menegak
Alhamdulillah, kami berjaya sampai di puncak bukit
Alhamdulillah
SubhanAllah
MasyaAllah
SubhanAllah
Video sebagai kenangan
SubhanAllah
Alhamdulillah, menikmati angin sejuk yang agak kuat sambil dapat memerhatikan burung helang terbang rendah adalah pengalaman yang tidak boleh dihasilkan dengan gadget moden masa kini
Alhamdulillah, masih diberi kenikmatan untuk menikmati keindahan ciptaan Allah yang Maha Kuasa
Pemandangan yang pasti akan membuat setiap jiwa teruja untuk datang dan melihat sendiri akan keindahannya
MasyaAllah....Misi seterusnya, terpulang kepada kapten bot ini
Adakah anda bersedia ?
Habis semua terbalik dekat belakang..hahahaha....
Kita terjun dulu di Pulau Seri Buat ini
Acara terjun dari tebing
MasyaAllah....air yang sangat jernih
Seterusnya pula ke Pulau Harimau
Kami tidak snorkeling di sini. Cuaca agak panas.
Pulau ini telah ditutup kerana ada pengunjung yang merosakkan rumah api di sini.
Tapi ada sahaja pengunjung yang mandi di sini. Awas jangan sampai tertangkap
Seterusnya ke Pulau Besar
Pulau Besar ini terdapat banyak ikan dan terumbu karangnya masih hidup
Tetapi arus agak kuat. Jangan leka ketika snorkeling kerana anda akan dibawa jauh tanpa disedari
Seterusnya, Pulau Hujung
Bila semua dah penat, terpaksalah snorkeling sorang-sorang
Nemo banyak dekat sini
SubhanAllah...menikmati keindahan ciptaan NYA
Sudah berjaya menjumpai sarang NEMO
Si kecil terus bersemangat semula demi melihat NEMO. Terus terjun. Daripada pagi dia nak nak tengok NEMO, Alhamdulillah sudah berhasil melihat di alam habitatnya sendiri
Misi sudah berjaya, perut pun sudah lapar, jom balik makan
Alhamdulillah buah sentiasa menjadi pilihan si kecil
Makan disediakan secara buffet. Tiada kiasu dikesan di sini
Menu lebih kepada western . Maklumlah ramai pelancong asing daripada pelancong tempatan di sini
Alhamdulillah, tak perlu fikir fasal makanan. Semuanya sudah di tanggung
Cari lah port makan yang mempunyai view yang cantik kerana dugong ada di mana-mana
Seperti biasa selepas makan kita cari port depan bilik untuk bersantai. Seperti biasa juga bilik tidak menjadi isu jika anda sudah berada di pulau-pulau seperti ini. Seperti cadangan kami sebelum ini, kalau nak lepak dalam bilik yang best-best lebih baik lepak dekat kawasan bandar dengan hotel 5 bintang sahaja.
Tidur sepanjang hari di sini. Kami sudah mengikut resam orang Itali....anda bila lagi ?
Dolce far niente, the sweet of doing nothing....
Boleh pilih lokasi yang sesuai untuk melepak
Hendak melepak dalam bilik boleh, bawah pokok pun boleh....
Bawah khemah di taman tema pun boleh....
Melepak main pasir pun boleh....
Atas kerusi pun boleh....
Atas tangga pun boleh......
Melepak atas jeti sampai malam pun boleh....
Satu sahaja yang tak boleh melepak....rumah banglo yang sebiji ini sahaja yang tak boleh melepak....sebab banglo ni TMJ yang punya !!!
Dari pagi hingga lah petang, berendam tengok ikan sahaja mereka ini. MasyaAllah, SubhanAllah kita kena berhati-hati juga bila beranang kerana ada ikan jerung di sini.
Alhamdulillah, walaupun ada jerung, tapi masih belum ada berita jerung menyerang manusia di dalam kawasan perairan Malaysia ini.
Ada dua resort di Pulau Rawa ini. Pilihan di tangan anda. Tiada iklan percuma dalam blog ini
Bukan video iklan resort
Menjejaki kaki ke sini dan menikmati ketenangan dari hiruk pikuk bandar adalah lebih utama .
Keseluruhannya kami berpuas hati dengan trip kali ini.
Video penutup
Alhamdulillah cuaca amat baik sepanjang kami di sini
Semoga berjumpa lagi
Sebelum balik singgah dulu beli keropok dan sata di deretan kedai berdekatan Jeti Mersing.