Monday 11 April 2022

Swiss Garden Genting

 

Alhamdulillah cuti sekolah yang tak menentu sekarang menjadi peluang untuk kami sekeluarga bercuti di sekitar kurang  2 marhalah daripada rumah kami. Salah satu tempat percutian kami rasa perlu share dalam blog ini adalah di Swiss Garden Genting Highland 

Apartment dua bilik menjadi pilihan, tapi bukan kerana bilik kami ke mari .

Pemandangan sekitar tempat penginapan inilah yang  menjadi pilihan utama kami ke sini.

MasyaAllah,  Pemandangan dari balkoni bilik kami


Pemandangan pada waktu pagi. Cuaca yang sejuk pastinya


Sambil menikmati secawan kopi. Alhamdulillah. 
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,yang kamu hendak dustakan ? "


Taman-taman rahsia dan  landskap yang menarik juga antara mengapa kami menginap di sini.


Ada beberapa taman rahsia seperti ini untuk anda sekeluarga jelajah dan nikmati sendiri


Taman-taman rahsia ini terletak di beberapa aras bangunan ini, 


Setiap tingkat dan ruangan berbeza taman ini mempunyai landskap yang tersendiri. Kawasan untuk majlis bbq juga ada disediakan di sini


Ada kawasan terbuka dan ada juga kawasan berbumbung seperti ini. Bagi kami , makan di kedai sahaja lah sebab kedai makan banyak di sekitar kawasan Awana ini .


Untuk breakfast hotel macam biasa datang awal lebih baik seperti musim hujung minggu atau cuti sekolah ini. Nak tunggu lift kosong pun agak susah.


Juga seperti biasa si kecil kami lebih mengutamakan kesihatan dari makan makanan yang tidak sihat setiap pagi. Taman untuk beliau bersukan terletak hanya bersebelahan tempat breakfast tadi.


Sukarelawan yang selalu menemani adiknya bersukan


Keluarkan peluh dahulu


Elok juga la tu, lepas bersukan baru pergi makan, bukan lepas makan pergi bersukan. Habis keluar semua ayam daging semua tu nanti.


Nak jogging juga boleh di sekitar hotel ini.


Tapi kalau perut dah penuh, nak jogging apa nya ? Baik cari port untuk bersantai.


Badan dah penat, perut dah penuh, jom buat taik mata pula di sini


Ambil sorang satu dan boleh berbaring hingga pukul 10 pagi. Terik matahari di lindungi oleh tingginya bangunan hotel. Cuaca redup di tambah dengan angin yang sejuk...apa lagi...tidur je lah.


Antara lokasi bersantai yang popular di Swiss Garden Genting ini adalah kawasan kolam renang nya.


Terletak di tingkat paling atas hotel ini. Gym dan bilik sauna juga berada di kawasan ini.


Jakuzi dan kolam untuk kanak-kanak


Kolam dewasa. Banyak masa kami habiskan dengan bersantai di kawasan ini. Kolam di buka dari pukul 7 pagi hingga 9 malam. Mandi malam memang seronok. Siap ada kabus malam lagi.


Awal pagi juga seronok untuk mandi di sini


Sediakan pelampung sebelum berenang. Ini lah pepatah kalau nak terjun kolam awal pagi atau lewat malam. Ertinya pastikan kolam renang tersebut "heated ready" kalau nak berenang di tempat-tempat sejuk seperti ini.


Semua kolam di hotel ini adalah heated ready. Jadinya boleh la berendam bila-bila masa yang anda suka.


Mungkin ramai ibubapa yang tak tahu perkara ini, takut anak kesejukan kerana air dan cuaca yang sejuk untuk mandi manda. Menjadi kelebihan pula pada kami seperti kolam ini kami yang punya...hahahaha...


Genting Highland jelas kelihatan dari sini


Lepas subuh memang kami akan berendam dahulu di sini kerana ada sesuatu yang perlu di perhatikan dari sini


Inilah kawasan yang tak jemu kami lawati dan bersantai. Melihat matahari pagi bersama  secawan kopi.


Sudut yang menenangkan untuk menikmati ciptaan Tuhan setiap pagi


Tapi seperti biasa si kecil kami akan terus melayan perasaan beliau sendiri


SubhanAllah


Alhamdulillah


La'illaha'illallah


Allahuakbar


Walaupun nampak panas tetapi angin yang sejuk memerlukan anda memakai baju sejuk


Beriadah petang hari juga si kecil sibuk nak pakai baju sejuk, tak tahan katanya


Walaupun bersukan, peluh tak keluar sangat jika berada di tempat sejuk sebegini


Layan kan aje lah 


Si kakak macam biasa kalau pergi mana-mana akan melayan kamera nya sahaja. Berhibur dengan alam.


Indoor game juga ada di hotel ini. Gelaggang squash juga berada di bahagian ini. Gelanggang tennis pula ada di luar bahagian ini.


Tempat untuk melalak juga ada di sini, Tapi bukan buat kami sebab kami tidak suka melalak


Lebih minat melepak dan bermain di lounge ini. 


20 minit perjalanan dari hotel kami. Belajar mengenal hiburan ciptaan manusia atau hiburan bersama alam sekitar, mana yang lebih baik.


Video pendek sebagai kenangan


Secara kesimpulan boleh di katakan Swiss Garden ini amat sesuai untuk di jadikan pusat riadah hujung minggu bersama keluarga. Rasanya Club Membership zaman sekarang dah tak relevan kot sebab resort atau hotel di Malaysia dah banyak yang ada beri fasiliti sama macam Club Membership . 
Selamat bercuti pada semua....