Wednesday 31 August 2022

Haji 1443/1444

Alhamdulillah telah dilimpahkan rahmat dan kesempatan untuk melaksanakan ibadah Haji pada tahun ini bersama isteri tercinta. Masha Allah TabarakAllah, kemuncak perjalanan dari segala perjalanan di dunia ini yang pasti diimpikan oleh semua umat Islam.


 Perjalanan rohani dan jasmani yang tidak terungkap dengan kata-kata mahupun coretan di dalam blog ini. 




Pengalaman perjalanan :

Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kami.
Perjalanan yang telah memberi jawapan ke atas setiap persoalan kami selama ini. Kepuasan yang tidak ada galang ganti atau setanding untuk menggantikannya. Pengalaman yang boleh di kongsi jika ada yang mahu pelajari  atau memahami  dan yang pasti....pengalaman ini akan kami ingat sampai mati......






 

Thursday 9 June 2022

Pulau Kapas

Alhamdulillah . 
Cuti sekolah pertengahan tahun kali ini kita ke Terengganu lagi. 

 

Seperti biasa perjalanan di mulakan sebelum subuh untuk menikmati keindahan ciptaan tuhan di awal pagi dengan cuaca berkabus yang sejuk.


Video pendek tanpa iklan.


SubhanAllah


Memang banyak tempat menarik di Terengganu ini. Lebih-lebih lagi pulau-pulau nya yang indah. Pulau yang kami ingin jelajah kali ini ialah Pulau Kapas .


Sebab Abi dan Umi dah lama tak kerja dan dah lama tak tengok kalendar, sampai cuti umum negara pun dah tak ambil peduli, terpaksa lah bersesak dengan orang yang sangat ramai di Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas 


Tapi tak pe kan, kita banyak masa nak bersantai. Tak perlu nak rebut-rebut. Kami bukan ambil day trip ke pulau. Kami ambil pakej 3 hari 2 malam.


Duduk di belakang bot ni kurang melambung di pukul ombak. Tip ini kami beri untuk anda yang senang nak kena mabuk laut .


Kalau duduk di hadapan bot memang melambung-lambung dibandingkan dengan duduk di belakang yang agak tenang keadaannya.


Kalau hendak posing pun boleh, itu pun kalau berani macam si kecil kami ini. Budak o'oddd katanya .


Video pendek tanpa iklan


Perjalanan dari Jeti Marang ke Jeti Pulau Kapas mengambil masa sekitar 20 minit.


Video pendek tanpa iklan


Di sebabkan cuti hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum di Malaysia, pengunjung tempatan sangat ramai di semua kawasan di Pulau Kapas ini .


Kami duduk di Resort yang agak kurang pengunjung. Privasi kan amat penting jika berada di pulau-pulau seperti ini.


Nama resort yang kami pilih tidak akan di siarkan di sini, kerana pemilihan resort atau tempat penginapan baik dan buruk adalah perkara yang subjektif untuk diperkatakan. Ini juga temasuk perkhidmatan yang disediakan. Jadinya pilihan di tangan anda.


Lagi pun kami tidak ditaja untuk memberi ulasan mengenai resort yang kami tinggal ini. Hahahaha...


Lepas makan tengahari aktiviti seterusnya ...


...snorkeling depan resort


Rm15 harga sepasang set snorkeling ini untuk digunakan sepanjang hari


Mencari terumbu karang


Tip snorkeling di Pulau Kapas dari kami  : Tunggu air surut


Air laut yang jernih


Tip nak main dengan ikan dari kami : Bawak la roti ikan , jangan datang rumah orang dengan tangan kosong.


Ada beberapa teluk di Pulau Kapas ini. Setiap teluk pula terdapat pengusaha resort tersendiri dan juga tahap kebersihan yang berbeza-beza .


Lagi jauh lokasi teluk dari jeti ketibaan, lagi kurang pengunjung yang ada dan semakin bersih pantainya 


Kami memilih untuk snorkeling di kawasan berhampiran Bukit Singa . Di sini airnya mula bercampur dengan air laut lepas. Tentunya ikan dan coralnya cantik-cantik .


Pemandangan dari atas jelas kelihatan Pulau Gemia .Untuk mendapat kan pemandangan seperti ini....


...anda perlukan kaki yang kuat untuk naik ke tangga yang curam seperti ini....


...juga berani untuk melalui jalan yang berliku seperti ini....


....berjalan dari hujung pulau ke hujung lain nya....


...kerja keras diperlukan untuk setiap apa yang di hajati di dalam dunia ini, tidak kira untuk perkara dunia mahupun dalam perkara agama....


Memilih jalan yang benar dan betul itu juga ada cabarannya . Berhati-hati agar tidak tersesat.


Dan semestinya untuk mendapatkan kebahagiaan dunia, ilmu yang betul diperlukan, begitu juga jika mahukan kebahagiaan di akhirat, ilmu yang betul juga diperlukan.


Tip kawasan coral yang cantik : Di kawasan ini memang banyak coral dan ikan laut lepas yang bersarang. 


Menjadi kawasan tumpuan untuk pengunjung snorkeling


Pulau Gemia jelas kelihatan . Inn Syaa Allah next time kita ke sana pula


Suasana yang mendamaikan. Angin pantai yang sejuk. Melepak sampai larut malam. Lagi seronok kalau ada hammock, boleh tidur terus tepi pantai sampai pagi


Menuju restoran untuk makan malam. Tak perlu fikir sangat nak makan apa, sebab makanan yang disediakan oleh pihak resort amat menepati citarasa tempatan .


Lepas solat subuh...makan lagi...nikmat apa lagi yang hendak di dustakan ??


Lepas sarapan pagi...sambung snorkeling depan resort. Air surut sebelah petang dan boleh snorkeling jauh hingga ke tengah. Coral yang berwarna-warna dapat dilihat dengan jelas. Tidak boleh digambarkan dengan hanya melihat gambar, melihat dengan mata kepala sendiri adalah lebih memuaskan .


Ni lah seronok nya jika berkelah tanpa orang lain. Hanya ada keluarga anda....seronok bukan....??


Video pendek tanpa iklan


Sebelah petang kita pergi snorkling lagi di tempat semalam


Tapi hari ini kita naik bot pulak .


Memang agak ramai orang ketika ini . Kami snorkeling hingga lewat petang sehingga semua pengunjung beredar. Ketika ini lah segala ikan yang di beri makan tadi nya oleh pengunjung datang kepada kami.Ikan-ikan ini sudah jinak dengan manusia.


Video tanpa iklan


Video tanpa iklan


Pemandangan dari bilik kami. Rasanya tak sampai 8 jam pun sehari kami gunakan bilik ini. Memang masa kami dihabiskan dengan bersantai di luar sahaja


Suasana senja


Melalui kawasan ini untuk pergi ke restoran resort kami


Malam terakhir ada steamboat ,grill kambing dan ayam sambil menikmati angin sejuk dari laut. SubhanAllah


Bersantai hingga larut malam


Jiran-jiran semua dah tidur


Hari terakhir kami di sini. 


Ada juga keluarga lain yang baru sampai, tak sempat hendak bertanya khabar. Mungkin ibubapa mereka juga adalah pesara muda macam kami..banyak masa untuk keluarga 


Surau ada di sediakan di sini...dapatlah mengeratkan lagi tali kekeluargaan dan persaudaraaan jika dapat  bersama-sama berjemaah .


Menghabiskan roti untuk ikan-ikan di sini


Selamat tinggal...sehingga berjumpa lagi




PENGAJARAN PERJALANAN ;

Tidak ada yang lebih indah dari indahnya ciptaan Tuhan. Secantik mana pun ciptaan manusia tidak semestinya akan membuatkan si kecik memuji ciptaan itu secara jujur dan ikhlas, akan tetapi si kecik akan secara sepontan mengatakan ianya cantik tanpa perlu di ajar apa itu cantik jika ianya adalah dari ciptaan yang maha Esa.