Sunday 14 November 2021

TANJONG JARA

Alhamdulillah, Sempadan negeri sudah sebulan dibuka, apa lagi jom lah balik kampung. Program kali ini program nak rasa duduk kampung citarasa melayu. Kami pilih kampung mana untuk bercuti ? Teruskan membaca.


Dah lama tak ke sini. Balik kampung orang, bukan kampung kami.


Singgah juga la ke tempat viral ni untuk ambil gambar .


Cari keropok di Pasar Payang, Makan kat kedai makan di sini mahal gila, harga macam makan kat restoran 5 bintang, Tak di syor kan makan di sini. Mungkin salah kedai kami pilih tak tahu lah, dah la tak sedap. Macam program nak rasa duduk kampung kami terjejas kat sini.


SubhanAllah pemandangan indah di persisiran pantai untuk menuju lokasi penginapan kami dapat menyejukkan hati .


Inilah tempat untuk kami merasai kehidupan sebagai orang melayu . Dikatakan tempat ini menyajikan penginapan berunsur tempatan yang baik. Kami ingin mengalaminya sendiri.


Gong di bunyikan sekali ketika kami sampai di pintu masuk lobi hotel ini. Terkejut juga lah, macam cerita melayu zaman dahulu bilamana tetamu nak masuk dalam istana. nak jumpa raja. Kalau balik pula gong di palu 3 kali. Aura kehidupan bangsawan melayu sudah bermula .


Setahun lebih terpaksa tunda trip untuk ke sini . Dari tempahan awal bilik tingkat atas ber beranda menghadap pantai ke bilik bawah menghadap taman. Itu sahaja yang ada kosong sebab semua penuh di tempah sehingga tahun hadapan. Belasah aje lah asalkan duit tempahan kami dulu tak hangus. Lebihan wang tempahan dapat di tukar untuk F&B


Ruangan lobi. Seperti hotel 5 bintang yang lain, welcome drink di sajikan. Untuk info tambahan, hanya yang complete 2 dose vaksin sahaja yang di benarkan masuk ke dalam hotel ini buat sementara waktu. Bukan sebarangan boleh masuk ke sini, Jika ada tempahan baru guard di pintu masuk utama beri masuk kereta.


Ruangan lobi yang bertemakan istana kerajaan melayu di zaman silam.


Jalan menuju ke bilik kami.


Serambi Room menjadi pilihan kami kerana hanya Serambi Room ni sahaja yang ada connecting rooms. Keluarga besar kan.


Kalau kata citarasa melayu tapi kalau benda ni takde memang tak sah la kan. Tempayan air untuk basuh kaki sebelum masuk rumah, Terbaik.


Ruangan berehat di beranda


Nampak jugak la laut cuma bunyi ombak tak dengar sangat lah,


Ye nak makan apa hari ni kak ?


Bilik Abi Umi


Setiap bilik Serambi ni ada katil extra. Untuk tidur satu katil, untuk golek-golek satu lagi katil, boleh ke macam tu...


Ruang bilik agak besar tapi tak lah boleh nak masuk 3 keluarga ngan buat bbq sekali yer.


Bilik lelaki


Bilik anak dara


Kalau dah dapat wifi memang nak melekap dalam bilik je lah.


Bilik air yang luas. 


Pintu sambungan antara bilik bersambung melalui ruangan bilik air, Kalau bukak semua pintu memang macam rumah panjang la pulak dah, Hahaha..


Kalau bilik air dah banyak siap ada bathtub pulak tu, yang lelaki pun akan mengambil masa yang lama dalam bilik air ni.


Semuanya lengkap. Termasuk ubat nyamuk ada di sediakan.


Ruangan untuk menukar baju di setiap bilik


Almari yang ada sistem selak .


Almari kecik yang ada peti sejuk di dalamnya, East meet West ?


Satu lagi trade mark rumah melayu mesti ada, tapi rumah melayu dahulu kala lah. Rumah orang melayu sekarang dah hipster.


Overall kami berpuas hati dengan bilik yang di tawarkan. Akan tetapi kami tidak kerap pun bersantai di dalam bilik kerana di luar lebih menarik untuk bersantai.,,contohnya....


Bersantai dengan buaian di taman hadapan bilik pada bila-bila masa


Bersantai di gazebo yang menghadap pantai sambil melihat matahari terbit dari laut cina selatan setiap pagi.


Bersantai dengan hammock setiap  petang


Bersantai di pantai yang bersih bila-bila masa


Bersantai di hadapan laut sambil minum minuman kegemaran




Bersantai bersiar-siar sekeliling kawasan



Bersantai dengan yang tersayang sambil minum petang


Bersantai di luar kolam


Bersantai di dalam kolam 


Bersantai di luar SPA


Bersantai di dalam kawasan SPA ...psstttt...yang dalam tu untuk Umi jer yer


Bersantai di GYM.,,psstttt....yang ni untuk korang




Bersantai di dalam kolam memang antara riadah yang sering kami lakukan di sini.


Tempat berehat sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan.


Masya Allah . Indah nya ciptaan Tuhan


Satu lagi kolam terletak di sebelah sungai. 


Sungai bersebelahan kolam mandi tadi. Kami lebih suka kolam di tepi pantai berbanding di tepi sungai ini.


Aktiviti di sini memang banyak lebih-lebih lagi kalau cuti sekolah. Memang tak lekat kat bilik jawabnya nak melayan anak-anak.


Dari pagi sampai lah ke malam, ada sahaja aktiviti untuk mereka. Usah risau kerana tempat ini selamat untuk menjalankan aktiviti pada malam hari,


Dalam perjalanan hendak menonton wayang pacak .







Aktiviti beri makan ikan


Makanan ikan boleh didapati di kaunter lobi. Untuk makanan manusia pula ada dua restoran yang buka sepanjang musim covid ini. Restoran Nelayan menghadap laut dan Restoran Di Atas Sungei semestinya berada di atas sungai.


Restoran Di Atas Sungei menjadi pilihan sepanjang kami di sini kerana ada menyediakan menu tempatan yang di cadangkan oleh rakan-rakan tempatan dan rakan-rakan yang pernah datang ke sini sebelum kami.


Dan kami cadangkan juga kepada anda makan di sini. Tak perlu bersusah payah nak cari kedai makan kat luar sana melainkan anda tahu kedai mana yang sedap dan tak cekik darah ketika musim-musim sempadan dibuka ini.


Memang masakan tempatan yang disediakan amat lazat. 


Untuk sarapan setiap pagi, seperti biasa kami adalah tetamu pertama di restoran hotel yang kami inap.


Pilihan menu tempatan juga banyak disediakan .Laksam, nasi kerabu dan nasi dagang antara menu tempatan wajib di Terengganu ini.


Nasi lemak, roti canai juga terdapat di sini selain menu western yang lainnya


Dan seperti biasa kalau dah tak minat nak makan , makanan  bertaraf 10 bintang pun tak de kesan pada si kecil kami ini. Tak sabar nak jalan kan aktiviti seterusnya setiap hari di sini.


Aktiviti yang wajib kalau dah sampai Terengganu ni semestinya bergambar di kawasan perkampungan nelayan dan pantai-pantainya.


Pantai Kemasik yang kami jejaki


Ombak agak tinggi pada musim tengkujuh ini


Berkelah di..


 Pantai Teluk Mak Nik


Alhamdulillah cuaca sepanjang kami berada di sini berkeadaan baik cuma ombak agak tinggi untuk mandi di pantai.


PENGALAMAN PERCUTIAN

Hampir dua tahun tertunda percutian ini akibat virus covid19. Mana-mana orang rakus bergerak membuatkan kami membataskan sedikit pergerakan ke tempat-tempat yang sesak. Alhamdulillah hotel yang kami pilih ini adalah tempat yang sesuai buat ketika ini disebabkan oleh kawasan yang privacy dan tetamu hotel yang tak macam beruk dapat bunga, Makan di kedai yang memaparkan tanda harga adalah lebih baik berbanding kedai makan yang cuba nak backdated keuntungan mereka sepanjang musim covid yang lalu. Semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri dengan apa yang telah kita lalui sebelum ini. Wallahualam .