Saturday 16 October 2021

AWANA GENTING



Pembukaan pintu sempadan di antara negeri memang amat di tunggu-tunggu oleh semua orang. Semua nak pergi bercuti ke negeri lain dan paling penting dapat pulang ke kampung halaman masing-masing.


Bagi kami percutian berdekatan rumah sahaja menjadi pilihan sepanjang pkp ni.Salah satu penginapan yang kami nak share kat sini adalah di kawasan tanah tinggi Awana, Genting Highland.


Berdekatan GPO Genting Highland. Jelas kelihatan adalah genting highland. Kawasan ini tenang dan yang paling penting suhu yang dingin menjadi pilihan mengapa kami pilih lokasi ini untuk menghabiskan masa bersama-sama.


Sengaja kami tak  rancang untuk pergi lebih jauh sebab keadaan sesak di mana-mana. Beri lah peluang orang lain bercuti dan balik kampung dahulu. Maklumlah dapat bebas dari sangkar.


Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan NYA.


Di kawasan inilah kami banyak menghabiskan masa bersama-sama berbual,membaca buku dan sebagainya sepanjang menginap di sini. Anak-anak semakin dewasa. Mulai ikut perangai ayahnya tak suka bergambar. Kena snap curi-curi lepas ni.


Sudut ni pula menjadi pilihan melepak di malam hari. Si kecil kadang-kadang tak tahan bila angin sejuk bertiup kencang.


Family bonding time


Kolam mandi pun tak ada orang. Ramai yang datang balik hari je kalau nak ke GPO Genting ni.


Lepas penat bershopping memang sedap kalau berendam


Kami je kat sini ke apa ? Hahaha...


Kolam pun kosong ini kan pula GYM nya. 


Seisi mengeluarkan peluh setiap petang.



PENGALAMAN PERCUTIAN

Wabak Covid memang banyak mengajar kita erti kehidupan. Ramai yang telah meninggalkan kita, hilang pekerjaan, hilang saudara mara, hilang kawan dan bermacam-macam dugaan lainnya. Alhamdulillah kami berdua mencapai matlamat untuk bersara seawal 40an. Rezeki anak-anak. Mereka juga semakin dewasa dan sudah bersedia untuk mengembara sendiri seperti ayah mereka muda-muda dahulu, Semoga perjalanan mereka untuk mencari ilmu kehidupan dapat ditempuhi dengan cara yang baik untuk dijadikan bekalan untuk ke alam akhirat. Amminn.