Wednesday 11 November 2020

TAHUN VIRUS


Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka:" Matilah kamu " kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. 

(Al-Baqarah 2:243)



Munafik. Ringkasan kami untuk menceritakan situasi yang berlaku sepanjang tahun ini. Duduk rumah adalah perkara yang paling baik dilakukan sepanjang tahun ini atau mungkin juga tahun-tahun berikutnya. Bukan sekadar lari dari virus yang heboh diperkatakan, tetapi melindungi diri dari kemunafikan adalah lebih utama bagi kami.


Basuh kaki sebelum masuk ke rumah, menjadi tradisi orang melayu sejak dahulu kala lagi. Bukan setakat mencuci kaki dari virus tetapi meninggalkan kotoran yang terpalit agar tidak ikut masuk ke dalam rumah. Secara simbolik pula , ini kerana bukan semua pengalaman atau ilmu yang kita  pelajari di luar rumah boleh dibawa masuk ke dalam rumah untuk dijadikan teladan.


Cerminkan diri dahulu sebelum meneruskan langkah masuk ke dalam rumah, Kotoran jasmani di setiap langkah menggunakan kaki sudah dibersihkan, adakah kotoran roh yang dibawa pulang juga bersih ? Ilmu apa yang dibawa balik untuk di kongsi bersama keluarga hari ini? Ilmu yang mendekatkan diri kepada yang maha Esa ataupun sebaliknya? Cerminkan diri sebelum melangkah masuk ke rumah setiap hari.


Dongak ke atas dan cermin kan diri pula atas segala doa yang akan dipanjatkan  kepada NYA. Berdoa agar hasil halal yang dibawa pulang kerumah setiap hari diredhai oleh Allah


Masuk ke rumah untuk bertemu orang-orang yang tersayang dengan cara yang betul, bukan dari cara pecah bumbung atau pecah masuk dari pintu belakang.


Berkongsi rezeki dan ilmu yang betul, bukan hanya ke sana-ke sini untuk berbohong serta bawa pulang dari sumber rezeki yang haram untuk dinikmati


Bukan sekadar hashtag duduk rumah. Ambil peluang untuk muhasabah diri dan keluarga


Sediakan makanan yang mencukupi sepanjang muhasabah diri di rumah tahun ini


Sekolah tutup, ajak atuk dan nenek sekali bertapa


Ajak sekali adik beradik dan anak-anak buah yang dipaksa bercuti oleh kerajaan di luar sana agar tidak bosan di rumah sepanjang hari


Ruangan menonton sangat tidak popular sepanjang tahun ini. Berita-berita munafik yang membosankan setiap hari membuat kan alat media ini tidak penting buat kami.


Jangan pedulikan sosial distance


Jangan pedulikan normal baru atau mungkin juga world new order


Jangan pedulikan orang yang tidak boleh ditegur


Jangan kata kami tak tegur dan nasihat. Itu sahaja kewajipan kami kerana yang memberi hidayah hanya lah Allah Taala


Ku terpaksa hadap walau penat lari


Ku terpaksa jatuh bila penat diri


Ku terpaksa hilang walau ramai cari


Ada teratak di hujung kampung


Bawah cermin kopak ada kotak


Tersembunyi dalamnya ada tempurung , sembunyi bawahnya katak melalak


Hanya anjing yang akan menyalak berkumpulan manakala harimau hanya bertindak bersendirian dan mengaum hanya bila tiba masanya


Biar apa orang nak kata


Hilang kata bermakna


Hilang di depan mata


Hilang begitu saja


Kembalikan senyuman
Serimu yang dulu
Kembali ke dakapan
Ku perlindungan mu
Walaupun gerhananya seakan tak berakhir
Selagi ku di sisi , Tak usah khuatir

Selamat bermuhasabah diri buat semua.