Sunday 1 December 2019

PARIS , FRANCE

Kota Paris . Tidak termasuk dalam wishlist negara yang ingin kami lawati . Ramai yang kata Paris ini indah khabar dari rupa , negara kotor , hancing dan conteng sana-sini adalah penyebab kenapa ia tidak tersenarai dalam wishlist pengembaraan kami . Tetapi kenapa kami datang ke mari dengan tiba-tiba dan menolak kebelakang semua negara wishlist lainnya ? Ada apa dekat Paris ? Apa yang istimewa nya ? Ada kod yang ingin kami rungkai kan . Kod yang hebat yang ramai orang tidak tahu . Lebih hebat dari filem Da Vinci Code yang kononnya merungkai kan rahsia agama Kristian di kota Paris . 


Seperti biasa , hanya satu bag galas seorang diperlukan , penuh dengan makanan , pakaian beli di sana . Kakitangan kaunter check-in di sini merasa pelik dan banyak kali tanya betul ke kami tak ada check in luggage ? Sesetengah orang memang akan pelik . Maklumlah , kargo 180 kg langsung kami tidak gunakan .


19 jam jumlah penerbangan termasuk 4 jam transit di Dubai . Kami ambil kedua-dua flight malam lebih dikenali sebagai red-eye flight . Bertolak dari KLIA pada pukul 7 malam dan sampai di Paris pada pukul 8 pagi menjadikan kami muda 7 jam .


Si kecil ni macam dah biasa pulak di sini . Jalan laju sahaja menuju ke stesen keretapi .


Kami gunakan RER untuk menuju ke penginapan kami di Vavin .


Kebenaran persoalan pertama telah kami jumpa . Train di conteng sana-sini . Tiada CCTV dalam train membuatkan tangan-tangan jahat membuat kemungkaran . Orang europe yang memang terkenal dengan sikap "trust toward other people" telah disalah guna dengan baik di sini . Ada yang ambil kesempatan .


Kebenaran persoalan kedua kami terjawab . Hancing di metro-metro station mereka . Anjing dibenarkan menggunakan metro ini , gelandangan juga menjadikan metro station ini tempat kediaman mereka di malam hari . Tips ; Jangan bersandar di dinding-dinding atau duduk di kaki lima .


Persoalan ketiga terjawab pula bila cubaan pick-pocket terjadi di stesen ini . Orang nya kemas , berbadan besar  dan beroperasi 2 orang . Alhamdulillah dengan pengalaman yang ada , dapat mengenal group ini sebelum mereka beroperasi . Berjaya menepis 3 kali tangan yang cuba menyeluk saku dan pouch beg dari kumpulan ini . Terus cakap pada keluarga dengan agak kuat "Orang depan Abi ni jaga-jaga dia penyeluk saku. Dua kali dah cuba seluk" Stesen metro berikutnya sangat dekat dan dia yang menyedari perbuatan nya diperhatikan dan diperkatakan oleh semua ahli keluarga , bergegas keluar dan hilang dalam beberapa saat sahaja di sebalik orang ramai . Disebabkan badan nya macam pemain rugbi All Black dan memandangkan keselamatan ahli keluarga yang lain , kami biarkan dia berlalu pergi .


Tempat penginapan kami betul-betul di hadapan pintu masuk metro Vavin . Sangat mudah hendak kemana-mana .


Seperti biasa penginapan antik dipilih .Tangga menuju ke apartmen tiga bilik kami .Maklumlah semua dah besar panjang. Bilik kena asing-asing.


Ruang tamu . 


Bilik anak dara . Syoknya tidur sorang-sorang .


Bilik bujang lelaki


Bilik Abi Umi . Dapur ada disediakan tapi kami hanya masak air untuk breakfast makanan yang kami bawak dari Malaysia. Untuk lunch dan dinner kami makan di luar sahaja. Banyak juga kedai makanan islam di kawasan kami tinggal ini . Tapi biasalah , kebab dan nasi beriani menjadi menu utama nya.


Metro memang menjadi pengangkutan utama kami di sini . Dua tiga kali guna dah boleh biasa dengan sistem di sini . Download siap-siap application Paris Metro ke dalam handphone anda , amat mudah untuk digunakan di sini. Tidak memerlukan data internet . Kalau tidak ada apps ni kami confirm anda akan terkial-kial mencari destinasi yang ingin dituju. Anda boleh bayangkan ada 16 train line dan 302 metro station di Paris ini . Duduk sebulan pun belum tentu boleh hafal metro station mana yang perlu anda tukar .


Cuaca sejuk memang cepat lapar . Vending machine seperti ini banyak terdapat di metro-metro. Paywave boleh digunakan walaupun harga barang hanya 1 euro. Pelik bukan , kenapa kalau kat Malaysia nak gunakan credit card di kedai-kedai mesti perlu tambah 2-3 % service charge lagi ?




Sacre Coeur . Tempat kedua tertinggi di Paris .Tujuan nak naik ke Dome gereja ini untuk ambil gambar Paris dari atas .


Dari Metro Anvers ke Sacre Coeur ini ada banyak kedai souvenir yang harganya berpatutan . Shopping apa yang patut dahulu. Lepas ni tak payah bawa beg .


Suasana di dalam gereja 




Ada banyak ruangan patung-patung di sekeliling gereja ini . Di setiap ruangan pula jika hendak nyalakan lilin kena bayar pulak tu . Ni bukan cara orang kristian bersembahyang . Cubaan nak buat duit ni . Api bukan simbol syaitan ke ....emmmmm


Kami tak jadi naik area Dome dia sebab kena bayar 5 euro seorang . Ambil gambar dari luar sahaja lah. Lagipun cuaca agak mendung , tak cantik sangat nak ambil gambar .


Cari jalan lain untuk turun .


Cari tempat menarik untuk bergambar . Kebanyakan tempat yang kami jejaki dan pamerkan dalam blog ini  adalah menjadi lokasi jurugambar atau pelukis ternama di serata dunia untuk meluahkan hasil terbaik mereka..


Kami pamerkan salah satu contoh daripadanya . Salah satu inspirasi mengapa kami ingin mencari lokasi-lokasi seperti ini untuk bergambar. 


Memang banyak sangat contengan dan tampalan kat Paris ni . 


Di jalan Rue Seveste ini memang banyak kedai-kedai menjual kain-kain ela . Gedung nya juga besar-besar . Ramai orang tempatan membeli belah di sini .


Pemuzik jalanan memang ramai di kotaraya Paris ini .


Sudah mulai biasa dengan sistem metro di sini .


Kebersihan agak kurang di stesen-stesen metro di Paris ini . Maintenance nya juga amat tidak baik jika kami bandingkan dengan negara-negara lain yang kami pergi sebelum ini .


Segalanya pantas di Paris ini . Lambat tinggal .


Tempat yang tidak sabar-sabar untuk bergambar di Paris semestinya di Eiffel tower .


Lokasi adalah sangat penting untuk mengambil gambar yang cantik dengan Eiffel Tower ini .


Waktu juga memainkan peranan yang penting . Seperti tips yang kami beri sebelum ini , mulakan perjalanan selepas subuh .


Alhamdulillah cuaca agak baik sepanjang kami di sini . Biasanya awal December adalah musim hujan . Cuaca agak sejuk dan mencapai 0'c di malam hari .


Permainan dan kanak-kanak berpisah tiada. Layan kan juga lah sekejap di sini . Paris Disneyland tidak tersenarai antara tempat yang hendak kami terokai di sini atas kehendak anak-anak sendiri .
Mungkin kerana semua ride nya sama macam Disneyland Hong Kong . Tiada yang menarik lagi kerana taman tema yang sudah outdated .


Antara lokasi yang cantik untuk bergambar . Semestinya di tebing sungai .Menjadi kegilaan jurufoto untuk mengambil gambar di sini .




Tak sah kalau dah sampai tapi tak naik atas .




Taman di bawah Eiffel Tower




Budak ni mula-mula takut , tapi bila dah lama ok sesangat .


Alhamdulillah , semasa kami beli tiket tadi langsung tak ada orang tapi sekarang macam ni beratur nya . Kami tak beli tiket online , kami walk in sahaja ke sini .


Kami beli tiket ke tingkat 2 . Ada yang acrophobia antara kami  kalau nak ke top . 




The Top kawasan agak kecil dan sesak serta ada pelindung kaca membataskan penglihatan . Jadi kami cadangkan tingkat dua ini sudah memadai .


Masya Allah . Pemandangan yang hebat 


Sudah cukup tinggi 




Ada banyak kedai yang agak moden di tingkat dua ini. Tak sah kalau ke Paris tidak mencuba Macarons nya .


Tak sabar nak makan .


Cermin transparent 


Ada coffee shop di sini untuk anda berehat dan memanaskan badan .


Coffee tak penting buat mereka , yang penting makan ice cream di tempat sejuk .


Sungai Seine


Bukan Eiffel Tower yang menjadi tujuan utama kami ke Paris . Peninggalan jejak islam yang kami ingin terokai .


Penerokaan kami yang pertama ialah ke Louvre Museum



Mitos dalam filem The Da Vinci Code , Mary Magdalene di kebumikan di bawah ini . Kami datang bukan mencari mitos , tetapi mencari fakta .


Alhamdulillah , kami berjaya mendapatkan tiket dengan mudah tanpa beratur panjang seperti ini . Kami juga hanya walk- in . Tiada tiket online yang kami beli . Musium Louvre ini sangat besar . Pastikan anda tahu apa yang mahu anda lihat di sini kerana anda tidak akan habis menerokai musium ini dalam satu hari sahaja .


Banyak peninggalan sejarah islam berada di sini . Tak pasti adakah mereka curi sebagai koleksi mereka sendiri atau di hadiahkan oleh negara asal artifak bersejarah ini .


Tinggalan kaum Namrud


Menyebut mengenai lukisan , pasti ramai sudah tahu di Louvre Museum ini di pamerkan sebuah lukisan yang teragung di dunia . Lukisan Potret Mona Lisa .


Memang majoriti pengunjung ke sini adalah untuk melihat dan bergambar dengan Mona Lisa ini . Keadaan memang sangat sesak .


Alhamdulillah , kami berjaya mendekati nya dengan lebih dekat .


Tak perlu berebut-rebut . Tenang kan jiwa . Nikmati kesenian yang bernilai dengan hati yang terbuka 


M.H dan Mona


Bukan kerana lukisan Mona Lisa juga kami ke mari . 


Menjejaki sesuatu yang lebih hebat


Inilah yang kami cari . Berada di bilik 701 sama dengan letaknya Potret Mona Lisa


Anda perlu melalui kawasan ini dahulu sebelum sampai ke ruangan Potret Mona Lisa . Ramai pengunjung hanya lalu tanpa memperdulikan Potret ini . Ada pula yang berhenti dan mangambil gambar hanya setelah melihat kami sekeluarga mengambil gambar potret ini dan terpinga-pinga kenapa ia menjadi tarikan kami sekeluarga .


Potret yang membenarkan kalimah Tauhid .


Inilah dia Potret Madonna and Child oleh Ugolino di Nerio  atau dalam bahasa kita Potret Mariam dan Isa



Ada apa pada potret ini ? Sekali imbas memang tiada yang menarik pada lukisan ini . Tetapi apabila anda amati betul-betul anda akan dapat melihat dengan jelas sesuatu yang tersembunyi pada lukisan ini 


Tudung yang di pakai oleh Mariam ada kalimah tauhid . "La Illaha Ilallah" yang bermaksud "Tiada Tuhan Selain Allah" dalam tulisan Pseudo Kufic . Ini telah di teliti sebelumnya oleh Arab World Institute dan telah di sahkan oleh mereka . Ternyata "Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah dan Nabi Isa adalah Pesuruh Allah". Tuhan hanya satu , bukan dua ataupun tiga dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah yang terakhir .


Kami tinggalkan Louvre Museum dengan hati yang gembira , code pertama berjaya kami uraikan .


Pencarian misteri yang kedua adalah lebih besar lagi


Arc De Triomphe 


Jika di terjemah bermaksud "Menara Kejayaan" . Di bina oleh Napoleon Bonaparte 
Maharaja pertama Perancis


Terowong bawah tanah menuju ke Arc De Triomphe


Di sini juga kami walk-in sahaja . Yang paling penting datang selepas subuh .


Kami sangka tangga tempat penginapan kami sahaja berbentuk seperti ini . Nak naik Arc de Triomphe ni juga tangganya sama design .


Berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke tingkat atas . Ada tandas disediakan di sini 


Sudah sampai di puncak . Apa yang ada kat sini ? Pemandangan sahaja ke ? Semua sibuk ambil gambar . Tu sahaja yang menarik ? Bukan pemandangan sahaja yang perlu di perhatikan .


Inilah dia menara kejayaan . Dalam azan kita juga ada di seru untuk menuju kejayaan .


Memang benar , dari menara ini lah semboyan marilah menuju kejayaan bermula . Tepat di bawah nya pula adalah jalan yang sangat terkenal di dunia , "Champs Elysees" yang bermaksud jalan menuju kejayaan . Menuju kejayaan macam mana kalau dah semua butik-butik dan kedai-kedai yang mahal dan terkemuka berada di sini ? Apa maksudnya ? 


Di sini lah rahsia yang di tinggalkan oleh Napoleon Bonaparte kepada kita selepas beliau menakluk Mesir satu ketika dahulu. "Menara kejayaan" menghala ke "jalan kejayaan" jika di lihat adalah satu garis lurus sehingga menyusuri louvre museum , hingga banjaran Alps dan jika kita teruskan berjalan dengan garis lurus ini kita akan sampai tepat ke tempat yang paling indah di dunia iaitu  "Kaabah" .


Simbolik bukan ? Satu garis lurus yang jika anda bawa compass akan menunjukkan ke arah Kiblat umat islam . Kiri kanan jalan yang lurus ini adalah seperti dunia yang penuh dengan kemewahan . Anda akan jauh terpesong dengan dunia jika tidak dapat mengawal nafsu anda dengan betul . Louis Vuitton , Hermes , Lacoste  adalah antara gedung-gedung mewah yang terdapat di kiri-kanan jalan yang lurus ini . Jalan lurus ini juga di bina oleh puak-puak Dajjal sebuah Obelisk di tengah-tengah dan ada roundabout di sekeliling nya .


Place de la Concorde .Tugu syaitan yang terletak di tengah-tengah jalan yang lurus ini seperti memberi isyarat yang syaitan akan sentiasa menghalang manusia dari menuju ke jalan yang lurus . Roundabout di sekeliling nya pula simbolik yang memberitahu yang anda akan terus berpusing mengelilingi syaitan selamanya jika mengikut telunjuknya .


Si kecil kami terlalu muda untuk mengerti kenapa dia ke sini . Inn Syaa Allah bila besar nanti dia akan faham mengapa kami bawa dia ke sini . Buat sementara waktu biarkan dia bermain dahulu .


Tepat di jalan yang lurus ini juga selepas menara syaitan tadi , ada sebuah menara Carrousel Arc de Triomphe . Di atas tugu ini ada patung Napoleon Bonaparte dan patung malaikat di kiri kanan beliau . Patung nya di atas kereta kuda sambil menghadap ke arah kiblat . Mungkin juga menunjukkan kegembiraan setelah berjaya melalui tugu syaitan sebelumnya . Adakah ini dibuat dengan sengaja ?


Ada pendapat mengatakan beliau telah memeluk islam selepas menakluk Mesir . Beliau mati dalam buangan di pulau Saint Helena selepas kalah dalam peperangan Battle of Waterloo di tangan 7 negara sekutu yang di ketuai oleh British . Adakah kerana beliau masuk islam  lalu sejarah beliau cuba di padamkan ? Anda sendiri menilainya .


Alhamdulillah . Code seterusnya dapat kami rungkaikan dan dapat lihat dengan mata kepala sendiri . Tibanya pula kami menziarahi saudara-saudara kami di Paris .


Grande Mosquée de Paris


Menara masjid selepas maghrib


Selepas solat jamak dan melawat sekitar masjid 


Makan malam di sebuah restoran berdekatan Grand Mosquee . Banyak kedai makan yang boleh anda pilih di sini .


Macarons lagi



Pemandangan dari bilik penginapan kami .Memang banyak coffee shop untuk anda lepak .


Tak mahal mana pun 


Cara orang tempatan minum kopi di sini sama dengan orang Rome , menikmati sambil berdiri secawan kopi dan sebuku croissant habis dalam 5 minit lalu beredar menuju destinasi masing-masing.


Berbeza dengan orang kita . Suka lepak lama-lama minum kopi .


Jangan ketinggalan untuk merasai sendiri membeli-belah barangan di tempat kelahiran pasaraya ini .


Berbelanja seperti orang tempatan berbelanja 


Peminat Macarons . Beli lagi


Kalau nak rasa udang galah France ada di jual di sini .


Jangan takut nak beli 



Di sahkan halal


Melepak macam orang tempatan melepak


Tak sah kalau dah jumpa tak singgah . Layan kan aje lah . Kami ada banyak masa kerana tempat yang kami ingin lawati dan terokai telah berjaya di jelajahi .


Nak tengok wayang tak ada cerita yang menarik pula lagipun tak faham nanti sebab ceritanya semua telah di alih bahasa kan .


Sejuk-sejuk memang cepat lapar . Macarons je lah senang .


Galeries Lafayette dekat dengan tempat tinggal kami . Membeli belah ? Tak lah , jalan-jalan boleh la. Ingat lagi tak jalan yang lurus ??


Peminat Ducati . Banyak juga kedai motorsikal di sini .


Coffee shop berdekatan tempat tinggal kami 


Singgah cuci mata


Masa untuk balik


Masih ada kedai-kedai mewah terselit dalam airport CDG ini . 


CDG airport adalah antara terbaik yang kami rasa. Wifi percuma yang laju , video game percuma


Permainan kanak-kanak percuma 


PS4 juga ada disediakan secara percuma .


Selamat tinggal Paris



PENGALAMAN PERJALANAN ;

Tak semestinya terkenal itu bahagia , terkenal dengan nama , terkenal dengan harta benda , terkenal dengan barangan mewah , terkenal dengan kuasa yang ada juga bukan lah penentu kebahagiaan . Cerita sejarah mungkin boleh di tipu tetapi peninggalan sejarah akan tetap kekal selamanya . Dalam Al Quran terdapat banyak surah-surah untuk kita mengembara di muka bumi ini untuk melihat sejarah dengan mata kepala sendiri dan bukan mengenal sejarah dari mulut ke mulut atau dari buku-buku ciptaan manusia . Kehidupan ini adalah satu pengembaraan untuk bekalan kita di akhirat kelak . Selamat mengembara dan beramal dengan suruhan NYA .

"History is a set of lies agreed upon" - Napoleon Bonaparte