Tuesday 20 March 2018

MAPS

Our next trip for this Mac school holiday is to MAPS or Movie Animation Park Studio which are located in Perak.


Dibuka pada pukul 10 pagi setiap hari.


Pastikan tiba 15 minit awal kerana ada seisi bergambar bersama maskot theme park ini.


Anak yang kecik ni yang paling excited . Berlari masuk terus.


Soft launch around June last year . Masih ada bahagian yang masih belum dibuka. Memang dalam website MAPSPERAK ni dah declare so tak lah terkejut sangat. Alang-alang sampai Perak kita singgah jugak lah kat sini .


Tak sabar nak jelajah MAPS ni.


4D Adventure Theatre menjadi pilihan pertama .  4D theatre ni setaraf Universal Studio dan Disneyland punya 4D theatre. Tak sangka juga. Thumbs Up.


Peminat Boboiboy.


Semua tempat dia nak masuk.


Semua tempat dia nak panjat...layan kan ajelah.


Ingat dah sampai Rome tadi.


Coral Kingdom. Indoor playground. Rehat untuk makan dan berlindung dari matahari yang sedang terik di luar.


Lepas makan sambung lagi main.


Cuti sekolah tapi tak ramai pengunjung. Apa lagi, layan dua tiga round lah setiap game.


Memang theme park yang sesuai untuk anak-anak dibawah usia 15 tahun.


Anak-anak kenal nama robot ni. Bersungguh-sungguh suruh ambil gambar...layankan aje lah.


Satu lagi stunt show yang world class. Sama macam yang ada dekat Movie World Australia.


Upside down ??



Beratur nak main kereta langgar.


Tak tahulah berapa kali dah main benda ni. Sampai ke malam kot asyik ulang main kereta langar ni.


Pastikan anda melihat di sekeliling. Maskot-maskot ni akan keluar untuk bergambar dengan anda.


Star Wars ke Star Trek ni ??


Layan kan aje kalau anak-anak nak bergambar. Ini tempat mereka.


Jangan tegur...mereka sedang berimaginasi


Kereta smurf ni pun banyak kali si kecil berulang main. Hanya untuk kanak-kanak dibawah 6 tahun.


Kakak dan Abang terpaksa tunggu adik dalam rumah Smurf.


Smurfs theater . Juga world class.


Maskot yang paling ditunggu-tunggu. Boboiboy


Banyak restoran dan kedai cenderahati terdapat di sini.


Antara cabaran yang ingin dilalui.


Jumpa maskot smurfs lagi


Main-main jugak. Jangan sampai lupa solat . Ada 2 ruangan solat disediakan di dalam theme park ini.


Waktu malam akan ada parade di mana semua maskot akan keluar dan kita akan dapat bergambar dengan mereka.


Yaya


Show stunt ni kami layan lagi pada waktu malam. Ada sedikit kelainan berbanding acara pada waktu siang.Untuk pengetahuan anda juga hanya cuti sekolah dan hujung minggu sahaja theme park ni tutup pukul 10 malam. 


Birthday boy 


Kebetulan pula. Tarikh lahir si abang sama dengan superhero Boboiboy ni. Apa lagi, adik-adik gelak seronok lah abang dia ni sebenarnya Boboiboy.



Monday 19 March 2018

Lost World of Tambun


Satu lagi tempat menarik untuk dilawati di Malaysia ialah Lost World of Tambun. Terletak di Tambun Perak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.




Buka pada pukul 10 pagi so bertolak dari rumah lepas subuh termasuk berhenti breakfast di RnR just nice sampai sahaja di sini taman tema ini sudah dibuka.


Kami booking online so datang sini just show the coupon to get your wristband here.


Ada yang takut nak bergambar dengan nenek kebayan ini. Dia cakap nenek kebayan makan budak-budak.


First task kami , main permainan kering dahulu petang baru mandi manda. 



Memang tak ramai orang main waktu pagi ni. Ramai pengunjung yang terjun kolam terus. Advantage bagi kami sebab tak perlu beratur panjang untuk setiap permainan.


Semua permainan kami cuba. Tak ramai orang yang nak main pagi-pagi ni.


Boleh la nak dua tiga round setiap permainan.


This Lost World of Tambun is not just a water theme park. Banyak aktiviti lain kat sini. Ada banyak kawasan pameran haiwan dan animal show yang anda boleh tengok di sini.


Bermain dengan kucing yang besar serta gebu bulunya.


Bersebelahan pameran kucing ini ada sangkar harimau juga. Ada aktiviti juga disitu.


Memang luas kawasan Lost World of Tambun ini. Kami cadangkan anda tidak mengunakan peta yang disediakan.Biar kaki yang melangkah. Baru best. Baru betul dikatakan Lost World.


Dalam pada Lost tu, tetiba jumpa cafe di bawah gua ni.


Boleh lepak sekejap sambil menikmati secawan kopi di bawah gua.


Belajar mencari bijih timah .



Ada sebuah tasik untuk anda mengayuh Swan boat sambil menikmati alam semula jadi.



Budak yang teringin sangat nak naik kuda.


At last his dream come true.


Ada kawasan untuk feeding giraffes , zebra and camel. 


Besar juga kandang ini.


Berani dia pegang Gecko ni.


Bagi makan carrot yang dijual di sini.



Menarik juga kalau berkhemah di sini. Tak sempat nak tanya harganya sebab dah tempah hotel di kota Ipoh.


Memang best jalan-jalan tanpa Map kat sini. Rasa terperanjat bila jumpa macam-macam benda atau aktiviti yang menarik di sini.


Ada binatang pelik-pelik juga di sini.


Kalau anda malas atau tak larat untuk berjalan di kawasan yang luas ini , anda boleh naik keretapi ini untuk bersiar-siar. But this train only available starting from 12 pm. 


Seperti yang kami katakan tadi , berjalan lebih baik. Pagi-pagi lagi biarkan badan berpeluh dahulu baru berendam waktu petang. Ada juga pengunjung yang mandi sekejap , bila matahari naik , semua berebut berkunjung ke tempat-tempat ini. Bayangkan lah macam mana mereka berjalan dan menjalankan aktiviti dengan baju mandi yang basah. 


Petting Zoo .



Salah satu kawasan yang kami sangat suka adalah Tarantula Alley . Bila jejak sahaja kaki ke sini , terasa seolah-olah anda berada dalam filem JUMANJI .




Laluan di celah-celah gua .


Laluan di atas tasik.



Pastikan anda perhatikan anak-anak anda di sini. Bukan takut mereka akan sesat tetapi.....


Takut anak anda berenang dengan binatang-bintang yang jinak seperti ini.







Untuk anda yang inginkan bilik kecil , boleh lah menempah ruangan hut ini. First come first serve.


Hanya 3 ruangan untuk disewa mengikut jam. Sesuai untuk yang beranak kecil atau ibu yang menyusukan anak. Kalau sekadar untuk lepak-lepak atau tidur kami syorkan anda menempah hotel sahaja di sekitar Ipoh



Locker dan pelampung boleh disewa untuk sehari.


Food court ada di sini.


Selepas semua aktiviti kering berjaya kami habiskan kami menuju surau yang disediakan untuk solat jamak qasar. Aktiviti selepas itu adalah berendam hingga ke petang.


Menarik juga water theme park ini. Tapi best lagi water theme park Sunway Lagoon kami rasa.


Selesai sudah aktiviti seharian di Lost World of Tambun ini. Sedikit cenderamata untuk dibeli. Tidur awal untuk aktiviti seterusnya esok.