Friday 15 December 2017

ROME , ITALY

Penjelajahan musim sejuk yang kami pilih kali ini adalah ke Rome,Itali.Mungkin ramai yang beranggapan percutian musim sejuk ke eropah memerlukan kos yang agak tinggi.Anda sudah silap tanggapan kerana pada musim sejuk itulah musim off-peak bagi industri pelancongan mereka.Semua pelancong tempatan dan luar benua eropah akan lari bercuti ke negara-negara beriklim panas . Kita akan dapati harga untuk hotel-hotel dan pakej rombongan di eropah jatuh mendadak lebih dari separuh harga jika anda pandai dalam membuat pilihan.


Penjelajahan kami di mulakan dengan keberangkatan dari benua Timur Tengah yang pada masa sama juga mengalami musim sejuk.


Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam untuk sampai ke terminal 3 Leornardo da Vinci-Fiumicino Airport . Proses imigresen kami agak cepat kerana adanya VVip dalam keluarga kami.Si kecil kami menjadi penyelamat kerana jeritannya yang kuat ketika bergurau dengan ahli keluarga yang lain mengundang perhatian pihak berwajib untuk memberikan keistimewaan kepada kami memotong barisan yang panjang dan terus ke kaunter khas.Hahaha...teknik yang terbaik jika bawa anak kecil.



Tiada check in bagasi untuk kami.Hanya bawa satu beg sandang setiap seorang memudahkan perjalanan kami keluar dari airport dengan selesa.Tak perlu bawa barang banyak-banyak kerana kita akan beli cenderamata dari tempat yang bakal kita kunjungi.Lebih-lebih lagi benda yang paling wajib kita akan beli ialah baju,Jadi tak perlu bawa baju banyak-banyak.Musim sejuk juga tidak akan membuatkan anda busuk walaupun tak mandi seminggu.



Meninjau-ninjau jika ada nama kami di paparkan pada kad nama dari penyambut tetamu.


Disebabkan tiada nama kami dipaparkan oleh penyambut tetamu,kami terpaksa menyambut diri kami sendiri dengan mencari logo bas dimana driver kami akan menunggu.


Lebih kurang 3 minit berjalan dari balai ketibaan dengan dibantu gambar signboard kami tiba di stesen bas . Sangat mudah.Untuk pengetahuan semua,seperti juga di mana-mana airport di seluruh dunia pengajaran pertama ketika tiba di negara orang ialah jangan mudah melayan ulat-ulat atau orang yang kononnya baik dan ingin menolong anda.Ini kerana setelah mereka menolong,mereka akan meminta bayaran untuk perkhidmatan yang tak seberapa.


Dari airport kita ada pilihan untuk ke kota Rome.
Keretapi laju EUR 14 satu hala.
Bas EUR 9 dua hala.
Teksi +-  EUR 48 sehala.

Kami memilih untuk menaiki bas.Pastikan waktu bas bertolak sebelum membeli tiket kerana setiap satu syarikat mempunyai jadual bertolak , tempoh perjalanan dan harga yang berlainan.Baca dan tanya dulu sebelum membeli . Syarikat bas T.A.M yang ada wifi percuma menjadi pilihan kami. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam ke Termini Station. Tempat ni lebih kurang macam KL sentral dimana semua pengangkutan awam berpusat di sini.Sila ingat di mana anda turun kerana tempat atau platform ini adalah lokasi yang sama anda akan naik bas untuk kembali ke airport nanti.


Dari Termini Station kami berjalan kaki ke hotel kira-kira 1 km.Dengar macam jauh tapi kerana sibuk melihat bangunan-bangunan antik di sini membuatkan anda leka sehingga tidak sedar bahawa anda dah sampai pun tempat yang dituju.


Seperti yang pernah kami cerita dalam post-post kami yang dahulu , hotel-hotel di kota-kota lama eropah ini adalah daripada bangunan-bangunan lama.Jadi tak boleh nak bandingkan keselesaan dengan hotel-hotel moden.Hotel Labelle menjadi pilihan kami.Terletak di tingkat 3 bersebelahan Bici & Baci : Vespa Museum 


Pintu masuk dan keluar bangunan hotel.Macam rumah dalam cerita vampire la pulak rasanya,Besar gila pintu. Si kecil kehairanan.


Hotel Labelle ni kami tempah kat website hotel ini sendiri . Lagi murah dari guna booking.com atau website carian hotel yang lain.City tax pun dia kira untuk 4 orang sahaja .Budak tak kira. City tax ni EUR 3 seorang semalam dan kena bayar cash kat hotel,Tax ni memang kena bayar walau hotel mana pun anda nak tinggal di Italy ni . Bayaran bilik boleh bayar semasa check in ataupun check out.


Bilik keluarga menjadi pilihan.Single queen, 2 single dan 1 sofa bed,Harga EUR 127 semalam tidak termasuk city tax.


Segalanya antik. Walaupun segalanya antik , wifi internet hotel ni free dan laju tau serta tak de buffering walaupun semua layan youtube pada waktu yang sama.


Daun pintu nya pun rare sungguh.


Tak sangka sungguh untuk menuju ke tingkat Hotel Labelle ini kita kena naik lift jeriji besi ini.Antik sungguh,. Sebelum ini hanya dapat tengok lift ni dalam cerita-cerita kat filem je. Dapat juga merasa. 


Musium vespa yang terletak bersebelahan pintu masuk hotel kami.Juga menyediakan khidmat menyewa basikal dan scooter.Memang salah satu misi untuk menyewa scooter sambil jalan-jalan dating dengan isteri kat sini.Rezeki tak ada sebab lesen pulak tertinggal...huhuhuhu....


Bercuti musim sejuk ke eropah memang menyeronokkan bagi yang datang dari benua panas atau tropika macam kami ni.Akan tetapi anda perlu ingat , pada musim sejuk ini hujan akan turun pada-bila-bila masa sahaja dan akan berlanjutan sehingga seharian . Rancang tempoh penginapan anda di sini kerana mungkin anda akan terperangkap seharian di dalam hotel kerana hujan.Sediakan baju hujan siap-siap. Hari pertama kami sampai dari Termini Station hujan renyai sepanjang perjalanan ke hotel.Alhamduillah isteri tersayang dah packing baju hujan siap-siap dari Malaysia seorang satu.


Waktu siang yang singkat juga perlu diambil kira. Rancang aktiviti harian anda kerana subuh hampir pukul 6 pagi dan maghrib pada pukul 4;40 petang.Jadi anda boleh agak-agak pukul berapa langit mulai gelap.


Rome memang terkenal dengan sejarah empayar nya yang hebat.Dengan Gladiator dan Askar Trojan yang berpakaian segak menjadi kebanggaan keturunan Roman.


Tapi itu dulu , kini Empayar Rome tinggal dengan serpihan-serpihan batu-batu dan tiang-tiang nya yang mana anda perlu bayar untuk melihat batu-batu pecah ini.





EUR 12 seorang perlu di bayar untuk masuk ke Colosseum , Roman Forum dan Palatine yang hanya boleh di beli dengan menggunakan credit card sahaja.Di ingat kan di sini, hanya untuk melihat batu-batu pecah.Kalau tak minat dan tak tahu sejarah Rome boleh lupakan dan gunakan wang tersebut untuk makan makanan Italy yang sedap-sedap.Pendapat kami je lah.


Selepas subuh setiap pagi anak-anak akan bersiap untuk menjelajah kota Rome.Waktu siang pendek , jangan buang masa.Nikmati udara nyaman setiap pagi.


Mungkin sebab sejuk atau malas berjalan si kecil berdukung sepanjang pengembaraan kami di sini.


Tapi kalau ambil gambar tak perlu suruh , pandai je posing macam-macam tanpa perlu nak suruh buat macam mana. Panjang akal budak kecik ni.


Nafas yang berasap-asap membuatkan si kecil teruja kerana kali pertama mengunjungi benua Eropah ini.


Altare della Patria atau dalam bahasa inggeris nya Altar of the Fatherland.


Tugu peringatan kebangsaan bagi memperingati Victor Emmanuel , raja pertama Italy.


Sudah berada di atas tapak tangan 


Gambar sebelum.Saya jamin anda akan melihat gambar ini sekali lagi.


Gambar selepas. Pak Cik yang bawak segway merah belakang tadi tu jatuh tergolek dengan kuatnya. Dia tu jual tiket bas hop in hop off. Kesian la jugak.


Piazza di Spanga . Antara dataran yang popular di Rome.


Spanish Steps.Ini bukan tangga yang sebenarnya.Tempat ini sebenarnya direka untuk perparitan mengalirkan air secara berperingkat agar air tidak turun dengan deras dari kawasan atas ke bawah .Menjadi tanggapan yang  salah bahawa ini adalah tangga jika kita tidak tahu asas sebenar kenapa rekaan ini di bina.


Dahulu rakyat Rome adalah penganut agama Pagan sebelum kedatangan Kristian.Mungkin juga sehingga hari ini.Ada juga berkait rapat dengan Freemason. Klik pada Pagan jika ingin info mengenai agama ini.


Jangan terpengaruh jika ada yang menyapa anda dengan bahasa Melayu dan suruh menandatangani borang untuk buat pusat pemulihan dadah atau sebarang pusat kebajikan.Selesai anda tandatangan , anda terpaksa membayar sejumlah wang tanpa di beritahu sebelumnya. Teknik-teknik ini diguna pakai oleh kebanyakkan peminta-peminta sedekah secara profesional di seluruh negara eropah.Terima kasih juga pada kawan-kawan yang memberi info kepada kami mengenai perkara-perkara seperti ini.Sangat berguna.


Berjalan ke Trevi Fountain. Antara tempat-tempat menarik atau yang wajib di jelajahi di kota Rome ini.Semua tempat-tempat menarik ini kami jelajahi hanya dengan berjalan kaki.Walaupun anda membeli tiket bas hop in hop off , anda perlu juga berjalan kaki kerana tempat-tempat menarik ini terletak jauh dari jalan-jalan besar dan hanya lorong-lorong kecil yang menghubungkan tempat-tempat menarik ini.Jadi kami tak galakkan beli tiket bas tersebut melainkan anda ingin bersembahyang di Vatican City.


Mitos di Trevi Fountain ini ialah apabila anda membaling duit siling secara membelakangi ke dalam kolam ini , anda akan dijanjikan akan datang semula ke Rome.Di katakan lebih EUR 3 ribu di kutip setiap hari dalam kolam ini. Tapi bagi mitos kami pula , di mana anda buang air besar , di situ anda akan datang semula.


Pantheon . Adalah antara bangunan terawal dibina di kota Rome yang bermaksud Kuil Segala Tuhan . Tempat di mana berhala-berhala di letakkan dalam keadaan 360 darjah. Kini menjadi gereja dan tempat makam raja pertama Italy dan pelukis terkenal Raphael.



Sekarang kuil ni dah jadi gereja.Masuk adalah percuma.


Kubah kuil yang dikatakan sebilangan orang adalah dibina sebelum kedatangan Nabi Isa lagi.


Tiang-tiang dan kubah segitiga Roman yang menjadi kegilaan jurubina pengubahsuaian rumah dah bangunan adalah cetusan idea yang berasal dari binaan Kuil ini. Setiap jumlah tiang depan dan belakang ada maksudnya tersendiri.Nak tahu kena google sendiri,kalau tak panjang nak cerita. Jadi tak perlu lah nak tiang-tiang Roman sangat rumah tu. Kemegahan binaan kuil je pun.


Fontana del Pantheon .Tugu di hadapan Pantheon.Satu lagi tugu puak pagan.


Piazza Navona


Di sini juga ada tugu Pagan.Di setiap tiang-tiang pagan di Rome ini ada ukiran simbol-simbol sama seperti empayar firaun. Jangan salah sangka,salib juga adalah simbol bagi agama Pagan. Panjang pulak kalau nak cerita pasal Pagan dan Freemason kat sini.


Halimunan.


Orang batu. 


Pemandangan biasa di eropah , artis jalanan meluahkan hasil karya mereka.


Castel Sant' Angelo atau dalam bahasa inggeris bermaksud Castle of the Holy Angle.


Pernah menjadi istana dan pernah di nobatkan bangunan tertinggi di Rome pada suatu masa dahulu.




St.Angelo Bridge


Lokasi terbaik di sini untuk mengambil gambar ialah di bawah tebing sungai.


Arch of Constantine


7 wonder of the world 2017 . Roman Colosseum.Tak sah kalau ke Rome tak pergi dan ambil gambar kat tempat ni.Hanya kira-kira 300 meter dari hotel kami.

 

Waktu yang terbaik untuk ambil gambar di sini adalah pada waktu malam. Memang puas hati.


Berjalan malam sambil melihat keindahan kawasan sekitar yang kami kunjungi adalah satu kemestian. Di sini lah kebaikannya kalau hotel berdekatan dengan tempat menarik ini. Pastikan juga baju yang dipakai lebih tebal dari pakaian siang hari kerana suhu semakin sejuk.


Melepak di Trajan Forum.


Memang banyak tempat-tempat menarik untuk bergambar.Kalau pandai buat photoshop dah boleh buat poskad.


Kenderaan di kota Rome ini kebanyakkannya merupakan kenderaan jenis kompak. Agak sedikit bagi kenderaan jenis sedan dilihat di Kota Rome ini. Begitu juga dengan motosikal. Model scooter banyak digunakan di sini walaupun Italy terkenal dengan model motorsikal superbike seperti Ducati  dan Aprillia. Mungkin juga kenderaan kecil dan scooter ini lebih praktikal untuk digunakan di kota lama ini memandangkan lorong-lorong jalannya yang kecil .


Berjalan di lorong-lorong kecil akan membuatkan anda lebih dekat dengan kehidupan orang tempatan.


Lupakan jam yang berpusing. Nikmati keadaan sekeliling. Cucina Del Teatro , antara sudut yang popular di Rome bagi kaki Instagram atau kaki kamera mengabadikan kenangan mereka .


Jangan adakan tempoh perjalanan untuk ke sesuatu tempat. Jangan tergesa-gesa kerana anda akan terlepas peluang untuk menikmati keadaan sekeliling dan bergambar dengan nya.


Setiap lorong ada cerita dan keindahannya sendiri.


Masuk sahaja ke dalam mana-mana bangunan lama yang anda rasakan ianya tempat orang tempatan berbelanja. Anda akan terpukau dengan apa yang ada di dalamnya.


Biarkan kaki melangkah dan bergambar dengan setiap apa yang anda fikirkan ianya menarik.


Anda tidak akan sesat di kota Rome.


Bebaskan diri anda seperti burung berterbangan.


Berhenti untuk bergambar,bukan berhenti untuk bertanyakan arah.


Setiap persinggahan pasti ada ceritanya.


Lupakan negara asal anda seketika.


Lupakan masalah negara yang minyak nya setiap hari rabu berubah harga.


Gagahkan kaki untuk melangkah.


Untuk terus meredah sejarah.


Juga mencipta sejarah anda sendiri.


Untuk mengatakan anda pernah di sini.


Gambar sebagai bukti.Bahawa Rome telah anda jelajahi.



Berhenti seketika di pili air wakaf untuk menyegarkan diri. Air bawah tanah yang bersih dan sejuk sekali.



Penjelajahan tidak akan lengkap jika anda tidak merasai sendiri makanan tempatan.


Gelato.Ice cream Italy. Memang menjadi trade mark dekat sini. Banyak terdapat di kedai-kedai menjual makanan dan boleh di katakan hampir di setiap lorong di Rome ini.


Makan ice cream di tempat sejuk.  Juga trade mark kami.


Iklan lagi. Ice cream,ice cream dan ice ceam.


Trade mark.


Kedai ice cream , Pizza ,Pasta dan Pastry berlambak kat sini.Lagi jauh dari tempat trademark pelancongan ,lagi murah harga makanan tersebut.Jangan lupa untuk mencuba makanan-makanan yang memang di lahirkan di sini. Italy.


Salah satu kedai kopi yang kami singgah di waktu pagi.Orang-orang tempatan singgah untuk secawan kopi dan sebiji pastry. Minum sambil berdiri,majority setiap 5 minit mereka akan beredar. Pelanggan silih berganti setiap 5 minit. Beza betul dengan tradisi orang kita kalau di kedai kopi.


Antara kedai kopi yang kami singgah untuk minum petang. Espresso,Cappuccino,Caffe Freddo,Cafe Latte,Caffe Macchiato adalah antara menu kopi yang berasal dari Italy. Pastikan anda mencubanya di sini. Paling tidak sekadar secawan kopi. Rasakan keasliannya.


Pizza juga berasal dari Italy. Teringat juga seorang kawan Italy kat Malaysia,bila di ajak ke Pizza Hut atau Domino Pizza dia cakap tak nak sebab tak sedap. Sekarang baru saya faham. Kebanyakkan kedai seperti ini menjual Pizza dengan harga mengikut berat Pizza tersebut. Kita boleh minta berapa besar  saiz Pizza yang kita inginkan .


Si kecil memang penggemar Pizza. Memang syurga baginya di sini. Siang malam mintak Pizza. Tak nak yang kira pakai timbang , nak yang custom made.


Sampaikan sarapan pagi pun dia mintak Pizza.


Spaghetti juga adalah makanan asal dari Italy. Memang banyak kedai-kedai yang jual Pasta ni. Lebih kurang kedai nasi lemak lah kat Malaysia. Mesti ada yang sedap dan ada yang tak sedap. Tak semestinya kedai ramai pelancong tu sedap. Ramai orang tempatan datang tu yang patut anda perhatikan. Macam mana nak tahu ? Bezanya ialah orang tempatan akan terus masuk ke kedai dan pelancong pula akan melihat-lihat menu di luar kedai dahulu sebelum masuk. Penelitian sekadar 5 minit memboleh kan anda tahu kedai mana yang sedap. Enjoy.


Untuk info , kami menggunakan applikasi MAPS.ME untuk bergerak di kota Rome ini. Hanya mengunakan GPS. Data tidak diperlukan. Download siap-siap map sebelum ke sini. Hanya gunakan untuk mencari tempat-tempat menarik. Tiada lagi peta kertas seperti zaman dahulu.


Dalam perjalanan pulang dari hotel ke Termini Station kami ikut lorong yang lain dan ternyata setiap lorong ada keindahannya yang tersendiri.


Kalau nak upload gambar memang banyak yang cantik-cantik. Tapi kami hanya upload yang mana-mana penting untuk menjadi petunjuk pengembara seterusnya. Selamat menjelajah.




PENGAJARAN PERJALANAN :

Sejarah membuktikan mentadbir negara dengan hawa nafsu akan merosakkan negara itu sendiri dari dalam. Keruntuhan empayar yang berlandaskan hawa nafsu semata memang akan ada tahap tepu. Harta kekayaan juga tidak akan kekal untuk dipertahankan sehingga lah kita mati. Harta bukan apa yang kita simpan tapi adalah apa yang kita gunakan.