Sunday 22 November 2015

Jerantut Hill Resort , Kuala Gandah dan Deerland

Cuti ringkas untuk memilih percutian bercirikan alam semula jadi pada akhir tahun amat memeningkan. Ini kerana cuti hujung tahun beserta musim tengkujuh yang tidak dapat diramal membataskan pemilihan tempat tinggal kami. Kita hanya mampu merancang dan hanya Allah sahaja yang menentukan.


Jerantut Hill Resort menjadi pilihan di musim tengkujuh di Pahang ini.Kawasan resort tanah tinggi yang cantik untuk menikmati kawasan hijau.




Pastikan anda memilih chalet untuk menginap di sini.Bilik biasa yang terletak di bangunan utama agak tidak sesuai untuk keselesaan.Tetapi dengan harga yang murah untuk bilik biasa anda tidak sepatutnya mengeluh.Tetapi dengan hanya melabur beberapa ringgit sahaja lagi anda boleh mendapatkan chalet yang indah ini.


Kawasan chalet ini terletak di atas bukit kawasan resort. Agak memenatkan bagi warga tua yang ingin berjalan kaki ke lobi utama atau ke kolam renang. Tetapi ini tidak menjadi masalah buat kami. Bilik bersih,pemandangan cantik dengan angin yang sentiasa bertiup berjaya menghilangkan kepenatan jika ingin ke kolam renang untuk mandi manda. Boleh sahaja untuk menaiki kenderaan. Parking nya juga banyak,tapi tak best lah,kebisingan kenderaan akan menggangu jiran yang lain untuk berehat,




Lupa pulak nak bawak teropong pada trip kali ini.Melihat matahari naik dan tengelam di kawasan ini memang terbaik.Tapi kali ini kami datang di musim tengkujuh,jadi dapat tengok awan gelap je lah.








Kolam renang yang agak luas menjadi keselesaan buat pengunjung.Hujung minggu dalam cuti sekolah selalunya memang penuh kolam renang di resort lain.Tetapi kami terkejut juga tidak ramai yang berminat nak berendam di sini.Bila kami hendak pulang ke chalet baru lah ada ramai orang yang baru turun nak berendam.


Bandar Jerantut di malam hari.Banyak kedai yang di buka hingga lewat malam,tetapi hairan kenapa pengunjung kurang.Ada juga kami terjumpa pengunjung luar negara.Mungkin pengunjung tempatan agak khuatir ketika musim tengkujuh ini.Banjir besar tahun lepas yang melanda sekitar Pahang masih menjadi igauan agaknya.


Siapa kata Jerantut tak de apa-apa.I-City Jerantut menjadi bukti pekan ini hidup.Gerai-gerai makan banyak terdapat di Jerantut ini.Lepas makan boleh lah berehat di I-City Jerantut ini.


Berehat sambil menonton layar besar. Ada pentas di sini. Mungkin ada aktiviti lain selain malam ini.




Kawasan yang bersih,buaian gazebo yang banyak serta aktiviti lainnya amat sesuai bagi pengunjung yang telah bekeluarga untuk ke sini.












Tandas yang bersih dan surau juga ada di kawasan I-city Jerantut ini. Paling menarik sekali untuk ibu bapa ialah tiada bayaran di kenakan untuk masuk ke icity ini dan parking juga percuma. Bahagian yang tidak menarik pula bilamana anak-anak anda ingin mencuba semua mainan-mainan seperti belon sabun,keretapi atau hendak makan aiskrim pasu.Yang itu kena bayar.


Aktiviti sampingan sebelum atau selepas ke Jerantut ini ialah melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ( National Elephant Conservation Centre,Kuala Gandah ).Kami melawat tapak ini selepas check out kerana pertunjukan gajah pada sebelah petang bermula pada pukul 2.


Masuk adalah percuma.Pelawat hanya perlu mendaftar di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan stiker yang ditampal di baju bagi menunjukkan anda sudah mendaftar masuk.




Pisang dan tebu ada dijual di sini untuk di beri makan kepada anak-anak gajah ini. Harga diantara rm3 hingga rm5.




 Semasa pertunjukan pula makanan gajah disediakan oleh pihak konservasi bagi pengunjung memberi makan kepada gajah-gajah dewasa ini.




Disebabkan air sungai agak dalam ketika seisi gajah mandi,pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam sungai ini.Jika bukan musim tengkujuh sungai ini agak cetek dan pengunjung boleh bersama-sama gajah berkubang di sini.Tutup pada pukul 6 petang tetapi kami keluar awal kerana ada satu lagi destinasi yang menarik sekitar kawasan ini.


Inilah dia, Deerland Malaysia..Mini zoo yang diusahakan oleh pihak individu.Bayaran masuk adalah Rm 6 untuk dewasa dan Rm 3 untuk kanak-kanak.







Makanan rusa diberi percuma untuk diberi makan kepada rusa.




Haiwan dibiarkan lepas untuk pengunjung memegang haiwan-haiwan di sini.Memberi pengalaman untuk anak-anak mengenal fauna dengan lebih dekat.








Akhir sekali jangan lupa untuk mendapatkan cenderahati untuk dibawa pulang. Semoga menjadi kenangan berharga untuk seisi keluarga.