Friday 31 July 2015

TEMBELING BEACH RESORT


Percutian 3 hari 2 malam di Tembeling Beach Resort pada cuti hujung minggu menjadi tatapan untuk yang inginkan keselesaan dan privasi yang mutlak. Terletak bersebelahan Teluk Cempedak di Kuantan,Pahang mengambil masa kira-kira 3 jam dari Kuala Lumpur termasuk berhenti rehat.




Apartment 3 bilik dan 2 bilik air menjadi pilihan kami.


Bilik untuk si bujang.


Bilik anak dara.


Bilik untuk si kecil mencelah.


Dapur.


Ruang Tamu.


Balkoni.


Perkara utama selepas check in, mencari arah menuju ke pantai. Inilah laluan ke pantai di bawah blok yang kami sewa.


Laluan di kiri kanan agak menyeramkan kerana hutan yang tebal tetapi tidak menjadi penghalang untuk anak-anak yang semakin teruja pabila mendengar deruan ombak yang semakin kuat.


Sebuah teluk di benteng dengan batuan di kiri kanannya menjadikan pantai ini cukup privasi tanpa gangguan.


Dengan berbagai jenis siput dan kumang-kumang yang hidup menjadikan tempat ini seperti belum pernah di terokai oleh manusia.


Bukan setakat hidupan airnya,tetapi monyet,ular,tupai bahkan babi hutan juga akan kita temui jika bernasib baik.


Jika air surut,kita boleh memanjat di atas batu-batu besar di sini untuk mencari khazanah yang menjanjikan kecerian pada anak-anak. Beberapa jenis ketam boleh di lihat di sini. Saiz nya juga amat besar. Masih belum belajar cara menangkap ketam ni,kalau tak, makan sup ketam lah kita malam tu.


Ketika air pasang,kawasan ini agak licin. Kena lebih berhati-hati. Gambar di ambil ketika air surut.


Hanya lebih kurang 150 meter dari blok kami. Memang amat cantik sekali. Tetapi AWAS. Jangan datang di waktu tengahari,dimana ada makluk kasar yang tersidai bergelimpangan di atas batu-batu besar ini.Amat tidak sesuai kepada yang membawa keluarga dengan anak-anak kecil. Begitu juga pada suami-suami anda. Jangan meraka jadikan alasan untuk mencari ketam di siang hari. Makhluk-makhluk kasar yang datang ini adalah dari luar negara. Kerana tempat ini terlalu privasi...anda faham maksud saya kan...? Hahahaha....


Jadi,di syorkan aktiviti alternetif jika ternampak makhluk kasar ini.....mandi kolam air tawar..




Terletak di paras tertinggi di Tembeling Resort ini. Terdapat 4 buah kolam yang berbeza kedalamannya. Pemandangan yang amat cantik sekali. Kelihatan jelas Bandar Kuantan dari sini. Jangan lupa untuk membawa binokular anda jika ada.



Gymnasium juga terdapat di aras yang sama dengan kolam renang ini. Memang kebanyakan masa dihabiskan di kolam renang dan pantai sahaja. Apa lagi nak buat kan ??


Terdapat juga Mini Zoo Taman Teruntum untuk di lawati. Terletak kira-kira 500 meter dan ianya satu laluan dengan Tembeling Resort ini.













Masuk adalah percuma di Taman Teruntum ini.Di sebelah taman ini juga ada sebuah taman undang-undang jalan raya untuk kanak-kanak.Kami tak sempat kesana kerana cuaca tidak mengizinkan.





PENGAJARAN PERJALANAN :

Percutian 3 hari 2 malam kali ini lebih kepada pendekatan dengan alam semulajadi dan habitatnya.Ada juga makhluk yang tidak sepatut berada di tempatnya.Jika kita tidak pelihara dan menghargai ciptaan Allah ini,pasti ia akan rosak dan hilang untuk tatapan generasi yang akan datang.Bersamalah kita menjaganya demi kesejahteraan makhluk sejagat dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini.