Thursday 27 November 2014

LEGOLAND MALAYSIA

Cuti sekolah akhir tahun telah bermula. Tempat lawatan kami kali ini adalah Legoland Nusajaya Johor Bharu. Disebabkan permulaan cuti sekolah,kami mengambil keputusan untuk pergi pada hari bekerja untuk mengelakkan perebutan luar biasa ketika hendak merasai sesuatu permainan nanti. Walaupun pergi pada hari bekerja,disebabkan telah masuk cuti sekolah,harga untuk ke taman tema legoland dan harga untuk menetap di hotel legoland adalah sama dengan harga pada hujung minggu.



Disebabkan taman tema legoland nusajaya ini buka pada pukul 10 pagi,jadi kami bertolak dari Sungai Buloh sebelum subuh dan berhenti untuk solat dan sarapan di Kawasan RnR Ayer Keroh Melaka.


Perhentian berikutnya adalah RnR Pagoh.


Menjejakkan kaki kira-kira pada pukul 0930 pagi. Semua sudah tidak sabar untuk memulakan pengembaraan di Legoland Malaysia ini.


Tidak ramai sangat orang yang beratur membeli tiket pagi ini. Tiket telah kami tempah dua minggu sebelum ke sini.


Perkhidmatan penyimpanan barang disediakan dengan bayaran. Terdapat di dalam dan luar taman tema ini.


Lets Go......


Penyambut tetamu pada pagi ini di pintu masuk.Si kecil seperti biasa agak takut dengan patung-patung sebegini.


Cuaca pagi ini sungguh cantik. Tak berapa panas dan tak berapa sejuk. Kalau kat rumah memang sedap tidur cuaca sebegini sebagaimana pak cik Lego ni, tidur berkeruh tak ingat dunia.



Permainan pertama kami ialah Aquazone Wave Racers.


Project X ini pula adalah ride berikutnya.Si kecil bergambar sahaja kerana ketinggian belum mencukupi.Belum dua tahun pun umurnya....


Star Wars Miniland adalah tarikan terbaru di Legoland Malaysia ini.



Lebih daripada 2000 model di pamerkan di sini. Ada yg bergerak jika butang hijau yang disediakan ditekan oleh pengunjung.


Memang banyak lelaki Lego yang suka tidur di sini.


Umi dan si kecil terpaksa berpisah dengan kami kerana budak seperti gambar di atas sangat aktif untuk merasai semua permainan di Legoland Malaysia ini.


Bertemu kembali setelah beberapa Ride telah kami terokai dahulu.



Macam kenal jer logo ni. Harimau Maybank ni Harimau Lego rupanya.




Bukan sekadar air pancut biasa...Berdirilah  di hadapan setiap alat muzik tersebut dan ia akan mengeluarkan bunyinya mengikut lagu yang berkumandang.



Ada diantara Ride di sini kami ulang dua kali kerana tidak puas. Matahari sudah tegak di kepala.Lapar menjadi perkara kedua penting di sini.


Booth kecil menjual makanan dan minuman ringan banyak terdapat di sini. Kami ajukan soalan  restoran mana yang menyediakan makanan Halal  pada pekerja wanita ini. Dia memberitahu bahawa semua restoran di sini Halal dan pekerja penyediaan makanan di sini telah diberi latihan khusus dalam penyediaan makanan Halal. Dengan sepontan juga dia bertanya adakah kami dari Singapura ? Kerana soalan sebegini selalunya hanya ditanya oleh orang Islam dari Negara jiran itu sahaja.Errr...kami terpinga-pinga...


Kalau tak paksa memang anak-anak ni tak nak makan.Seronok bermain.Tengok aje lah mukanya.Nak cepat makan dan sambung bermain.Itulah agaknya yang bermain difikiran nya


Lepas makan,sambung main lagi....


Main lagi...


....dan lagi....


semua tak ingat letih....kecuali....


Si kecil terpaksa berehat sebentar...mujur tempat seperti ini disediakan oleh pihak taman tema. Memberi kemudahan yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu.


Permainan harus di teruskan...


Diantara permainan yang memenatkan ialah Rescue Academy. Disini kekuatan fizikal memainkan peranan penting. Para ayah pasti berpeluh ketiak dibuatnya.


Setelah penat seharian bermain tiba masanya untuk berehat...Legoland Resort Kingdom Themed menjadi pilihan kami.



Jangan terkejut jika tiba-tiba anda didatangi dengan icon-icon. Siapkan kamera anda kerana mereka akan muncul bila-bila sahaja dengan berbagai mascot dan costume.


Pastikan anda tidak lupa untuk bermain teka-teki ini di dalam bilik anda. Jawab soalan yg di beri di atas meja solek anda. Cari peti harta karun ini. Buka dengan kata laluan yang anda dapat melalui jawapan anda....sesuatu yang mengejutkan ada di dalam peti tersebut....


Inilah hadiah yang kami dapat dengan jawapan yg dapat di cari kurang dari 15 minit. Tahniah anak-anak ku....


Buffet breakfast bermula jam 0730 pagi. Semasa kami keluar dari restoran ini sekitar jam 0900 pagi kami dapati pengunjung berbaris panjang untuk menunggu meja kosong. Kami bayangkan situasi sebegini pasti lagi teruk pada hujung minggu. ..



Checkout sekitar jam 1100 pagi. Memang anak-anak tak puas...biasalah...seminggu pun tak akan puas kalau diberi peluang bermain LEGO ni.


Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kami singgah di beberapa lokasi di antaranya Johor Premium Outlet di Kulaijaya.


Sememangnya SALE tengah berlangsung sehingga 70% diskaun....jangan kuatir atau bimbang jika lupa bawak duit kerana Maybank ada di sini dan credit card boleh digunakan di semua kedai kecuali bayaran parking kereta anda...


Selepas JPO ini,kami singgah pula di Batu Pahat untuk merasai mee racun 3g di hadapan Maybank Batu Pahat.Kerana musim hujan ketika ini,ada bauan yang kurang menyenangkan keluar dari longkang di tepi kedai tersebut.

Seterusnya kami singgah di Tanjung Emas Muar untuk menikmati mee bandung pula.




PENGAJARAN PERJALANAN :

Perancangan awal dan kerjasama diantara ahli keluarga memainkan peranan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Saling membantu antara satu sama lain juga adalah perkara yang perlu dididik dari seawal usia.Semoga pengalaman bersama keluarga dapat mengeratkan lagi tali kekeluargaan.Pergilah melancong....dan jangan lupa...bawalah keluarga anda bersama kerana  wang ringgit bukan ukuran.....jika dibandingkan dengan pengalaman bersama mereka yang akan kita dan mereka bawa sehingga akhir hayat....