Wednesday 17 September 2014

SABAH



Sabah sebagai destinasi pilihan dalam negeri kami seterusnya.Bagi membiasakan baby kecil kami yg menjangkau setahun setengah untuk menaiki kapalterbang. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam penerbangan melalui KLIA dengan menaiki MH.


Seperti biasa,hentian KLIA Transit Putrajaya menjadi pilihan permulaan pengembaraan kami.


Mendarat di KK airport pada pukul 10 pagi.Selepas menyelesaikan kereta sewa model Avanza kami dengan Encik Sharizan (0135457881),destinasi pertama kami ialah Rumah Terbalik Tamparuli. Perjalanan mengambil masa sekitar satu jam. Dalam perjalanan kami singgah di pasaraya Giant yang kebetulan berada di laluan kami untuk membeli bekalan makanan dan minuman ringan sebagai backup sekiranya ada yg memerlukannya sepanjang perjalanan kami nanti.


Harga tiket untuk Dewasa rm10 dan Rm 5 untuk kanak-kanak. Keadaan di dalam rumah tidak dibenarkan untuk dirakam.Denda sekeping Rm300 katanya kalau mereka dapat tangkap. Jadi Awas yer,sama harga dengan saman kamera speed trap tu...




Lebih kurang 1 km dari kawasan Rumah Terbalik ada terdapat Pasar Tamu Tamparuli.(Pasar Pagi).Pasar pagi ini hanya dibuka setiap hari Rabu.Kami tiba sekitar pukul 12 dimana peniaga sudah mula mengemas jualan mereka.Kami ke sini kerana pasar tamu nya dan trademark yang sangat popular di sini semestinya Jambatan Tamparuli


Buah Bambangan ini seperti buah mangga.Kami tidak membelinya kerana sangka buah ini boleh kami beli jika kami ke KK nanti.Tanggapan kami salah,buah ini hanya terdapat di Tamparuli.



Jejakkan kaki anda ke sini dan rasai sendiri buaian jambatan Tamparuli ini.


Destinasi kami seterusnya : Kundasang.Tempat yang kami tuju ialah Desa Dairy Farm.Permandangan yang sangat cantik kerana berada di atas kawasan pergunungan yang sangat dingin udaranya.Tiket dikenakan sebanyak : Dewasa Rm4 dan Rm3 untuk kanak-kanak.


Kami bukan di New Zealand,tetapi inilah permandangan semula jadi di Kundasang.




Susu segar dan produk berasaskan susu ada terdapat di sini.Semestinya ais krim menjadi pilihan anak-anak apabila berada di tempat sejuk sebegini.



Jangan lepaskan peluang untuk memberi makan dan minum pada anak-anak lembu ini.Waktu memberi makan adalah bermula pada pukul 3 petang.


Check in di Kinabalu Pine Resort.Udara sejuk di kawasan pergunungan semestinya tiada aircond disediakan oleh pihak Resort. 


Pemandangan matahari terbit dari balkoni bilik kami.


Tiada connecting room di Kinabalu Pine Resort ini.



Terdapat juga rumah arnab di sini dimana makanan disediakan bagi pengunjung secara percuma untuk diberi kepada arnab.



Selesai sarapan pagi di hotel,xpdc dimulakan ke Poring Hot Spring dikawasan Ranau.Di sini terdapat kolam-kolam air panas semulajadi untuk mandi-manda atau sekadar merendam kaki sahaja.


Terdapat juga kebun kupu-kupu,canopy walk,gua kelawar dan dua kawasan air terjun.Canopy Walk dan air terjun Kipungit menjadi pilihan lawatan kami.


Harga untuk Canopy Walk ini ialah Rm 3 dewasa dan Rm 1.50 untuk kanak-kanak.Mendaki bukit menuju Canopy Walk mengambil masa kira-kira 10 minit perjalanan.


Ketinggian dianggarkan lebih dari bangunan 8 tingkat.Tidak sesuai untuk orang yang ada sakit jantung,darah tinggi dan penyakit-penyakit yang seangkatannya.


Ada lebih kurang 3 laluan sepanjang ini mesti di lalui oleh pengunjung.


Air Terjun Kipungi. Semua tak dapat menahan nafsu untuk berendam.


Lokasi seterusnya : Sabah Tea Garden.Terdapat restoran di sini untuk makan atau sekadar merasai secawan teh sambil menikmati keindahan ladang teh yang luas.



Kira-kira 1 km dari Sabah Tea Garden,kami singgah pula di TAGAL SUNGAI MOROLI."Tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai.Tiket untuk masuk ke sini : RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak.Rm10 untuk berendam dan berenang dengan ikan-ikan ini.Makanan ikan pula dijual pada harga 20 sen sepeket.


Juga terdapat jambatan gantung merentasi sungai Moroli ini. 


Tetapi inilah tarikan utama ke sini.Terapi kaki ikan kelah dan ikan pelian.Geli-geli jugak lah bila kena gigit oleh ikan-ikan ini.15 minit diberikan untuk setiap seisi berkumpulan.Nombor giliran akan di panggil bila seisi anda bermula.


Air sungai yang sejuk dan mengalir perlahan amat menenangkan.Itupun jika anda tahan kena gigit oleh ikan-ikan ini. 


Menikmati durian Kundasang dahulu sebelum bertolak menuju ke Kota Kinabalu pula.


Tiba di Karambunai pada waktu malam.Inilah destinasi kami seterusnya. Kami bukan nak main golf malam-malam ni tetapi dihantar ke bilik kami disebabkan keletihan yang amat sangat.


Suasa pagi amat tenteram sekali dengan deruan ombak di pantai. Mendamaikan sekali.


Buffet breakfast memang terbaik di sini.Air juice nyer sahaja cukup menceritakan segalanya. Lengkap dengan makanan dari Timur dan Barat,Jepun hinggalah India. Perut je yang tak macam orang Sumo.


Selepas perut kenyang kita layan segarkan minda dahulu.


Pantainya sungguh privacy dan bersih tetapi mandi sekejap sahaja kerana...


kolam tetap menjadi tempat berendam terbaik di sini...training untuk snookling.


Di bandar Kota Kinabalu ini,tempat makan seafood yang murah dan segar ialah di belakang Filipino Market.Deretan kedai-kedai ini beroperasi setiap hari dari pukul 6 petang sehingga 12 malam.Kalau datang awal boleh lihat nelayan bawak masuk hasil laut dari pasar basah bersebelahan dengan tempat ini. 


Berbagai hasil laut ada di sini.Antara makanan yang kami pilih adalah ikan Bayan,Jenahak,Merah,Pari,udang dan sotong.Kalau kat semenanjung ikan bayan ni RM 40 sekilo dan ikan merah rm 30 sekilo tetapi di sini kira seekor dan mengikut saiz.Anda pasti akan terperanjat dengan harga ikan di sini.


Jangan lupa untuk mencuba rumpai laut di sini. Hanya terdapat segar di kawasan kedai makan ini.


Percutian ke Sabah tidak akan lengkap jika tidak melawat salah satu dari pulau-pulau kecil di perairannya.Sampai di Jesselton Point sekitar pukul 7 pagi.Biasanya bot-bot akan mula membuat penghantaran pelancong ke pulau pada pukul 8 pagi.


Tidak perlu risau jika anda tidak menempah dahulu pakej-pakejnya.Di sini terdapat banyak kaunter pengusaha bot pelancong.Pandai tawar,memang berbaloi-baloi harganya.Kami ambil pakej ke Pulau Manukan disebabkan ia sesuai untuk kanak-kanak.Tambang Bot Dewasa Rm23 dan Rm18 untuk kanak-kanak.Alatan snookling pula Rm 15 untuk satu set termasuk jaket keselamatan.


Deretan kedai di jeti sangat memudahkan para pelancong bersarapan pagi dan membeli bekalan untuk makan tengahari di pulau nanti.Tapi yang paling penting...bawa bekal "ROTI".



Perjalanan ke Pulau Manukan mengambil masa kira-kira 20 minit.




Dengan jelas kita dapat melihat berbagai jenis ikan yang berwarna-warni berenang kerana airnya yang sangat jernih.


Bayaran ke pulau ini pula Rm 3 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Jangan khuatir mengenai keselamatan,lifeguard ada bertugas.


Berkelah sambil berenang bersama ikan memang amat menyeronokkan. Di sinilah fungsi "roti" yang dibeli tadi memainkan peranannya. Berbagai jenis ikan akan mendekati anda dengan jinak.


Air yang jernih dan pantai yang bersih sungguh mempersonakan.Nak ambil gambar ikan kamera kami bukan underwater ready. So kalau nak tahu ikan apa yang ada,kena datang sendiri. Lagi ke tengah laut anda snookling,lagi cantik batu karang yang akan dapat anda lihat.


Hari berikutnya : Ahad dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari di Jalan Gaya (Gaya Street) pasar yang cukup popular di Kota Kinabalu.


Seronok kerana di beri peluang untuk menghiburkan pengunjung Pasar Gaya pagi ini.


Masa untuk mencari sedikit cenderahati.


Peniaga di sini juga terdiri daripada orang kurang upaya. Jadi tolong jangan pelik atau terasa jika perniaga ini tidak bercakap atau memandang anda sewaktu anda menanyakan soalan.


Ukiran katak ini mengeluarkan bunyi katak ketika belakangnya digosok.


"Anggur Sabah" kata perniaga kecil ini bila ditanya mengenai  produk yang di jualnya. Agak masam rasanya. Tak kena dengan tekak kami.


Menikmati angin pantai yang nyaman sambil memerhatikan orang memancing adalah aktiviti sementara menunggu waktu untuk pulang ke semenanjung.


Masjid Terapung Likas. Selepas makan tengahari di Kota Kinabalu kami berangkat ke airport. Jangan gusar untuk mencari kedai makanan di KK. Banyak kedai makan Islam yg terdapat di sini.


Selamat tinggal Sabah...semoga berjumpa lagi.....




PENGAJARAN PERJALANAN :

Tempoh  5 hari 4 malam berada di Negeri Di Bawah Bayu ini amat menyeronokkan sekali buat kami sekeluarga.Dari gunung ke air terjun,dari sungai ke pantai,dari dataran ke kepulauan semuanya berjaya kami terokai dengan penuh pengalaman.Terdengar kami akan perbualan satu keluarga dari Semenanjung ketika makan di malam terakhir di meja sebelah ketika di Kota Kinabalu,ayahnya berkata ,"lepas ni kita balik semenanjung kita boleh tulis tajuk percutian di Sabah yang amat membosankan."kepada keluarganya.Anak-anak nya juga setuju dan mengutuk yang Sabah ini tak ada apa yang menarik.Saya dan isteri saling berpandangan dengan mata yang sangat besar dan menjadi kehairanan.Di manakah salahnya ?.Apa pengalaman yang mereka dapat sepanjang bercuti di Sabah ? Tidak kah apa yg kami lalui ini tidak mereka lalui ?....banyak lagi kawasan di Sabah yang belum sempat kami terokai..sungguh suntuk masa kami rasai,bagaimana pula keluarga tersebut mengatakan "boring"? Mudah-mudahan keluarga tersebut membaca blog kami ini dan akan kembali ke Sabah untuk mengulangi apa yang mereka tidak lalui apa yang kami lalui kerana percutian dalam negeri Sabah ini adalah salah satu percutian terbaik yang pernah kami lalui....peace....