Monday 23 June 2014

Bukit Tinggi



Riadah petang hujung minggu dihabiskan dengan berkunjung ke tapak peranginan tanah tinggi,Bukit Tinggi Pahang.Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam dari rumah kami amatlah tidak memenatkan berbanding keterujaaan pertama kali menjejakkan kaki kami ke sini.


Cuaca cerah dengan angin sejuk yang cukup menyegarkan badan.


Dengan ketinggian 2,700 kaki dari paras laut.Pemandangan amat luas sekali.




Harga masuk ke kawasan peranginan ini adalah RM12 ringgit dewasa dan Rm8 untuk kanak-kanak.Ada beberapa taman mini di sini.Atas kesuntukan masa kami hanya berkesempatan untuk ke Taman Botanik Jepun.







Lokasi berikutnya Colmar Tropicale.Bangunan yang di bina bertemakan French .











Riadah singkat tetapi penuh bermakna terutamanya berada di tempat yang belum pernah kami singgah walaupun tak berapa jauh dari rumah kami.Siapa sangka tempat ini sangat menarik untuk di jadikan tempat minum petang (hi-tea) bersama keluarga sambil menikmati keindahan semulajadi yang dingin dan mendamaikan.