Sunday 27 April 2014

Gunung Jerai

Percutian tanah tinggi adalah salah satu pilihan rakyat Malaysia yang ingin merasai suasana dingin dan tenteram.Kedah juga memiliki tempat peranginan tanah tinggi iaitu Gunung Jerai dan di sinilah terletaknya The Regency Jerai Hill Resort.


 Gunung Jerai ini boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan.Ia terletak di antara Bandar Lama dan Baru di Yan.



 The Regency Jerai Hill Resort ini terletak 1200 meter atas aras laut di puncak Gunung Jerai,terbina merentasi landskap indah seluas 5 ekar.Tapak perkemahan juga ada di sini.




Keindahan sawah padi yang terbentang luas juga lautan bersebelahannya menjanjikan pemandangan yang mendamaikan.













Terdapat juga kolam renang yang menjanjikan keseronokan berendam di tanah tinggi.



Di dalam perjalanan turun kami singgah ke Muzium Perhutanan Gunung Jerai.Menjadi hentian untuk anak-anak meluaskan lagi pengetahuan mengenai hutan di Malaysia.Perjalanan turun dan naik mengambil masa kira-kira 30 minit di sebabkan jalan yang agak kecil dan curam .Perlu juga berhati-hati kerana ada yang berjoging dan berbasikal ke puncak gunung ini.