Saturday 15 June 2013

KELANTAN

Satu lagi trip sambil menyelam minum air kami pada tahun ini.Pada kali ini pula anggota trip kami ditambah seorang lagi,iaitu baby baru kami.Perjalanan beliau di mulakan dulu dengan menaiki KLIA ekspres seawal 5.30 pagi.Manakala penerbangan sulung beliau pada pukul 0750 pagi.




Selamat mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa 50 minit kemudian.Di sebabkan lokasi yang kami ingin tuju di Kelantan ini agak jauh dari satu dengan yang lain,kami menyewa kereta di HAWK car rental.Service memang 1st Class.Booking thru the phone 1 week earlier,bila sampai airport kereta kami sudah standby, lepas buat paperwork kurang 10 minit,terus boleh drive.So easy.


Trip kami yang pertama breakfast di KOPITIAM KITA.Di sini adalah one stop centre dimana pemilik kopitiam mengambil produk makanan dari seluruh pelusuk Kota Bharu dan menjualnya di sini.Pada penggemar makanan dari sesebuah tempat tak perlu jalan jauh-jauh,semuanya di kumpul di sini.



Antara menu yang popular di sini ialah roti bakar yang di calit kaya dan telur 3/4 masak atau lebih dikenali dengan roti TITAB.Memang glamour habis bila mana artis-artis dan orang kenamaan lain yang datang ke sini gambarnya di tampal di dinding kopitiam ini.


Selepas sarapan,kami bertolak ke homestay tok wan @ hotel mizan di mana keluarga Gombak berkumpul sehari sebelumnya.Inilah diantara sebab kami ke Kelantan kerana ingin meraikan kenduri perkahwinan anak buah perempuan kami yang berkahwin dengan orang Kota Bharu. 


Sekitar 12 tengahari rombongan bertolak menuju ke rumah pengantin lelaki.Cuaca agak redup hari ini,menjadikan ahli rombongan tenang  dan tak berpeluh ketiaknya.



Selepas upacara majlis,kami bertolak check in di Sudara Beach Resort Tok Bali.Perjalanan mengambil masa   kira-kira 1/2 jam dari Kota Bharu. Ahli rombongan yang lain terus sambung shopping di Kota Bharu.


Pada mulanya rancang ingin ke Rantau Panjang lepas check-in bilik,tetapi staff di sini beritahu yang Rantau Panjang tak benarkan pengunjung masuk lebih pukul 5.30 petang. Maknanya program kami hendak ke sana gagal dan di gantikan dengan berkubang di swimming pool sahaja.


Malamnya pula kami turun semula ke Kota Bharu untuk makan malam di salah satu restoran siam yang cukup terkenal iaitu restoran KENG SOM.Ada dua restoran Keng Som ni,Keng Som 1 dan Keng Som 2.Kami memilih untuk ke Keng Som 1 di Jalan Sultanah Zainab.Selalunya yang no 1 lebih baik dari nombor 2 kan? Makanannya memang sedap,ikan siakap masak kengsom,tomyam putih sotong,sizzling taufu,belut masak Kham Heong,udang masak butter dan air laici hitam menjadi pilihan.Tapi awas,RM13.80 untuk seekor udang masak butter tu.Dia akan tanya nak berapa ekor udang,nasib baik mintak 5 ajer.Cukup sorang satu.Harga makanan yang lain biasa aje tak la mahal sangat tapi yang penting masakannya sedap yang belum pernah kami nikmati.


Next trip lepas makan : Wakaf Che Yeh



Memang tak ingat shopping kat sini.Murah. Tak dapat harga macam ni kat KL. Sampai tak sedar dah pukul 12 lebih. Berbaloi jugaklah shopping kat sini bagi lepas gian sebab tak sempat pergi Rantau Panjang tadi.


Esoknya breakfast dulu kat resort.Kena tambah RM5 untuk seorang lagi kerana coupon makan untuk 4 orang ajer bagi 2 bilik. Sebelah cafe ni ada kolam ikan koi. Bunyi desiran air terjun buatan memang menenangkan jiwa di waktu pagi.


Lepas makan terjun laut pula. Pantai dengan pasir putih dan landai memang sesuai untuk berehat seketika.


Check out resort dalam pukul 1130 pagi.Resort ni kami tempah pun melalui phone juga sebab banyak review kata booking thru 3rd party website untuk hotel ini banyak masalah.Untuk makluman sebelum sampai, pastikan bawa cash yang secukupnya sebab resort ni tak accept credit card.Thanks pada blogger lain yang inform benda ni,kalau tidak terpaksalah cari ATM yang rasanya jauh dari resort ini.
Next : Pasar Siti Khadijah


Shopping keropok dan kuih muih di kedai makan pasar Siti Khadijah.
Next : Makan di Cikgu Nasi Ulam


Lupa pula hari ini Ahad. Orang Kelantan bekerja hari ini,maknanya tempat makan penuh lah during lunch hour. Terpaksalah tunggu tempat duduk. Anyway,salah satu tempat makan yang sedap berjaya kami terokai.




Selesai makan kami bertolak menuju ke airport lebih kurang pukul 145 petang. Jalan tak sesak macam di Lembah Klang. Di dalam perjalanan kita dapat lihat bangunan-bangunan dan papan iklan bertulisan jawi. Katanya zaman 60an dulu pun macam ni di seluruh Malaysia,tapi kemana ianya menghilang???



Tiba di airport kira-kira pukul 220 petang. Flight kami jam 4 petang. Sementara menunggu penerbangan :



PENGAJARAN PERJALANAN :

Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Di mana ada jalan pasti ada rintangannya. Perancangan yang baik akan mengurangkan kesilapan , kesilapan pula jangan dijadikan igauan berpanjangan. Perubahan perlu bukan sahaja dari segi harta benda tetapi juga dari soal hati dan rohani.