Sunday 3 February 2013

UTARA TANAH AIR

Sambil berenang minum air adalah singkatan yang kami akan ambil untuk trip kami kali ini.Menuju ke Utara tanah air dalam misi pertunangan anak buah kami di Pendang,Kedah dan akan kami penuhi dengan aktiviti-aktiviti pengembaraan yang lain.

Bertolak dari rumah sekitar pukul 3 petang selepas solat Jumaat.First stop kami ;
PENANG.
Kali terakhir ke sini 12 tahun yang lalu.Sekarang datang dengan keluarga pula.Mungkin 12 tahun akan datang dengan cucu agaknya.Amiiinn.

Petang dah berkabus di Penang? Rupanya ada kebakaran belukar.Bomba tiba sebaik sahaja kami tiba di kawasan kebakaran.

Sampai di kaki Bukit Bendera sekitar pukul 7 malam.Taman ini buka sehingga pukul 11 malam.Tak susah cari tempat ini,guna GPS aje.

12 tahun lepas naik keretapi bukit yang warna merah tu,punya lah lembab.Aircond pun tak ada,berebut pulak tu.Sekarang dah sistematik.Cantik lepas buat renovation.Tambang 2 dewasa 3 kanak-kanak RM19.



Anak-anak teruja sebab bukit ini tinggi dan angin malam yang sejuk.






Balik pun selesa,tak macam dulu tolak menolak macam naik keretapi kat India.

Next : Gurney Drive.Cari makan malam.Pasembur dan Char Kuey Tiow.

Lepas makan,pusing-pusing town.Ganas jugak orang-orang Penang ni bawak kereta.Asyik kena himpit aje.Nombor kereta plat luar kot,tu yang depa tunjuk lagak tu.

Salah satu kawasan homestay yang kami tinggal di Pendang,Kedah.Taman Berjaya Batu Menunggol.

Belakang taman perumahan ada kawasan bendang.

Ini dia anak buah kami beserta hantarannya.Bertunang dengan budak Kampung Asam Jawa.

Sekitar pukul 3 petang next location : Padang Besar
Lepas meracuni fikiran rombongan pertunangan,kami berkonvoi ke Padang Besar.

Tiba sekitar jam 4.30 petang.




Komplek membeli belah Padang Besar ni barangannya tak boleh sangat mintak kurang.Nak shopping lebih baik ke kedai seperti Gapura Square dan kedai-kedai di sekitarnya.Boleh mintak murah lagi dari harga yang lebih murah dari komplek ni.Contoh: Jeans levis gred A: RM38 sehelai,Toto narita RM 28 sebiji.

Singgah makan di gerai berdekatan.Tanya tomyam putih ada tak? "Semua ada,semua kami boleh masak" katanya.Sekali sampai,tomyam jernih tak ada warna,nasi goreng masin yang amat sangat.Bila komplain dia kata anak tak biasa masin kot.Peehh...dia tolak RM4 jer pasal nasi masin.Salah pilih gerai daa..

Bertolak ke KL sekitar pukul 7 malam.Di sebabkan ada yang masih lapar kami singgah di
Next Location: Char Kuey Tiow Sungai Dua.

Terima Kasih kepada yang sudi belanja kami semua di Padang Besar dan Char kueh Tiow Sungai Dua.

Lokasi terakhir : RnR Tapah.
Berhenti sekitar pukul 3 pagi.Beli jambu dan solat jamak sebelum sampai ke rumah pada pukul 415 pagi.Total  travel kami : 1100KM.

PENGALAMAN PERJALANAN: 

PERIBAHASA MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK,MASUK KANDANG LEMBU MENGUAK PERLU DIGUNA PAKAI JIKA INGIN KE SESUATU TEMPAT YANG ADA ADAT RESAMNYA.PERJALANAN BERSAMA-SAMA DAPAT MENGERATKAN LAGI TALI PERSAUDARAAN.

PLAN FOR NEXT TOUR : KE KRABI PULAK LEPAS MAJLIS KAHWIN ITU NANTI.