Sunday 18 November 2012

AMSTERDAM

Cuti sekolah akhir tahun ini di mulakan dengan percutian musim sejuk ke Amsterdam Holland/Netherlands.
Perjalanan mengambil masa 13.5 jam. Membawa kami muda 7 jam kehadapan.


Penerbangan kami MH 016 berlepas pada pukul 2359. Di sebabkan sampai awal,jalan-jalan kat duty free zone posing sekeping dua gambar dalam satellite bulding KLIA.


Touch down Schiphol Airport pukul 6 pagi. Beli tiket keretapi dan terus masuk lorong seperti dalam tiket. Ada lebih kurang 15 lorong bawah tanah atau landasan di sana.Sepatutnya ada dua kali stop sahaja sebelum sampai Central Station, rupanya salah train, lorong dah betul lorong no 2, tapi time tak betul. Rupanya lorong yang sama  tapi setiap 10 minit keretapi yang berbeza akan berhenti. Mesti check juga masa walaupun dah berada dalam lorong yang betul. Bayangkan berapa banyak train yang lalu kat Schiphol Airport ini.


Tapi tak pe,nama pun nak jalan-jalan,tiket masih valid untuk satu hari walaupun satu Netherlands nak jalan.Tambang untuk dewasa EUR 3.80 dan kanak-kanak EUR 2.50. Check in hotel sepatutnya pukul 1300 tapi pukul +-0900 kami dah sampai. Tinggalkan luggage dulu kat hotel sebelum memulakan acara jelajah dunia kami. Check in di Vijaya Hotel yang kami booking thru www.booking.com Hampir +-EUR 100 untuk 5 katil satu malam termasuk breakfast. Hotel-hotel di kota lama sekitar europe ni lebih kurang ajer,tak de lift,tangga kecil dan curam,soundproofing kurang dan tak de aircond. Kami request bilik bawah sekali so tak payah la naik tangga curam. Kalau nak yang selesa lagi kena keluar dari old town lah,murah dan canggih tapi travel jauh tu yang kami tak sanggup. Nak moden,baik lepak KL aje kan...



Hotel kami menghadap salah satu canal di sini. Pemandangan yang sungguh indah. Suhu semasa kami sampai mencecah 0'C. Anak-anak terkejut kerana mulut berasap ketika bercakap."Kenapa ada asap?". Lepas bagi tahu kenapa, setiap kali suruh bergambar,pasti mereka akan cuba nak nampakkan asap tu. Jadi kalau posing mulut memuncung tu,you all tahu lah kenapa yer....



Persinggahan pertama kami.MADAME TUSSAUD.Try nak booking online masa kat Malaysia tapi tak accept untuk Maleisie (Malaysia). Tak tahu lah kenapa mungkin banyak fraud credit card dari Malaysia kot.Si kecil masuk free sebab belum 5 tahun,harga untuk family 2 adults&2 kids EUR 65.50. Kenapa diorang panggil kita Maleisie pun aku tak tahu...mungkin untuk singkatan MALAY + L*Z*  kot...i'm wondering...


Anne Frank.Gadis yahudi yang popular di Holland sebab berjaya menyorok bersama keluarganya zaman Hitler dulu. Lorong menyorok di belakang rak buku. Kakak ! Tolong ajar sikit budak Yahudi tu...!!


Adik pada mulanya takut pada patung-patung lilin ni tapi bila dah nampak makluk ni,terus berani dan semua patung dia nak posing lepas tu.






Banyak patung artis dan orang glamour kat sini.100% ukuran yang sebenar. Next location Kalverstraat (calves market). Kawasan membeli belah yang penuh dengan kedai-kedai mewah.Bagi kita mewah ler,bagi mereka macam globe jalan TAR,Kamdar dan Mydin jer. Di sini H&M ajer kami kira ada lebih dari 4 buah kedai.Mango,GUESS,Zara dan macam-macam lagi berlambak kat sini.


Panjang lorong Kalverstraat ni aku rasa adalah macam Chowkit sampai Dataran Merdeka. Hujungnya pula boleh sampai ke Bloemmarkt (Flower Market).


Bloemmarkt. Banyak bunga dan anak benih bermacam tumbuhan dijual disini. Kedai-kedai ini terapung di atas air di tepi canal. Dikenali juga sebagai Floating Market.


Paling yang aku suka tengok benda ni. Dari pokok hingga benih ada di jual. Ganja halal kat sini tapi Belacan haram bak kata P.Ramlee dalam cerita Ali Baba Bujang Lapuk. Kalau lalu coffee shop di Amsterdam ni kita akan dapat bau ganja ni. Majoriti penghisap rokok yang selisih dengan aku semua bau ganja.Tak ada bau Salem,Marlboro atau Dunhill yang aku bau. Lelaki perempuan sama sahaja.



Diamond Factory ada banyak kat sini.Salah satu Diamond Factory berdekatan Flower Market.




Seperti negara yang lain,makanan Islam senang nak cari. Tak payahlah bawak makanan dalam tin banyak-banyak. Islam ada di seluruh dunia.




Angin bertiup membuatkan kedinginan dirasai hingga ke tulang. Nak rasa sejuk yang natural,di sinilah tempatnya.


Dam Square. Ala-ala dataran merdeka. Ramai pengemis di sini,tapi bukan meminta-minta,mereka bekerja dengan menunjukkan bakat.



Musim sejuk pasti akan kerap nak ke tandas.EUR 0.50 untuk ke tandas biasa,tapi bagi lelaki,di tepi canal ini  ada terdapat tandas percuma. Bila dikatakan percuma,maknanya tak da air lah,kena bawa sendiri. 




Bersiar-siar di malam hari..Amsterdam is one of the safest cities in the world. Nombor ke 20 selamat..Paris dan London ranking atas 50 safest.


Next day,kami ambil hope on hop off one day river cruise. Cruise ini berhenti di lokasi menarik dan kita boleh turun naik di mana-mana perhentian untuk satu hari. Di belakang tu pula tempat parking basikal bertingkat.


Di antara tempat menarik kami berhenti untuk ambil gambar.....









Albert Cuyp Market. Tempat jualan barangan tempatan. 









Replica kapal perang Belanda yang pernah sampai di Tanah Melayu untuk menjajah.



Next,shopping at De Bijenkorf..Louis Vuitton,GUCCI and many objects of the top world's luxury brands are sold here. De Bijenkorf sama tarafnya dengan Harrods London,ada keluarkan credit card sendiri dan bagi yang kurang mampu,dia ada rangkaian kedai untuk harga murah tapi berkualiti tinggi di kenali sebagai HEMA (Hollandsche Eenheidsprijzen Maatschappij Amsterdam).


Dekat MYR 20K untuk beli beg ini ajer..?? Biasalah,LV mana pernah ada discount. Cuma currency exchange yang buat benda ni murah kat sini.MYR500-1000 lebih murah dari LV Starhill atau KLCC di KL bergantung pada model. Berhati-hati kalau masuk kedai LV kat europe ni dengan bawak masuk LV cap ayam. Pernah ada kes customer punya beg kena gunting dari belakang oleh pekerja mereka. Customer marah kata dia beli kat Singapore dan security dia cakap kalau original,boleh claim balik kat LV Singapore.Beg ni semua pesanan dari kawan-kawan kat KL.Yang tak pesan tu,ini bukan hadiah yang akan kami beri yer...



Next day,kami ambil pakej Countryside Tour. Tiket boleh tempah dari Maleisie.Kena tempah awal sebab seat limited. Tempah kat http://www.tours-tickets.com/


Holland punya countryside wajib kena pergi kalau dah sampai kat sini. Tak lengkap acara kalau tak pergi.


First stop: Zaanse Schans





Ada dua jenis Windmill. Satu untuk pam air,satu lagi untuk pecahkan bijirin. Windmill untuk pam air sahaja mereka akan jadikan sebagai rumah.







2nd Stop : Marken

Zaman dahulu kawasan ini adalah perkampungan nelayan,selepas di tambak untuk dijadikan dataran,nelayan dah tak boleh ke laut dan mengubah cara hidup menjadi petani dan pembuat kasut. Jadi kawasan ini adalah rendah dari paras laut,kalau benteng pecah,banjir lah kawasan ini,itu jugalah salah satu fungsi windmill untuk pam air supaya kawasan Netherlands (tanah rendah) sentiasa kering.



Bahagian utama rumah adalah di atas. Bahagian bawah tempat simpan barang persediaan jika kawasan ini banjir. Majoriti penduduk di sini penganut Kristian Ortodoks.


Tempat buat kasut kayu. Kasut ini akan membuatkan kaki mereka kering jika bekerja suatu masa dahulu.


Demo membuat sepasang kasut dengan mesin antik tak sampai 15 minit.



Tambak di antara air masin (laut) dan air tawar (tasik) untuk pertanian. Windmill yang moden diguna.



Next stop : Volendam


Demo membuat keju.


Lepas diajar, Adik terus nak buat cheese sendiri.






Acara seterusnya...cari seafood....terletak tidak jauh dari kilang keju,terdapat sebuah perlabuhan nelayan serta deretan kedai makanan laut yang sememangnya segar dari laut.


Perkampungan nelayan yang terkenal dengan makanan lautnya yang fresh. Majoriti penduduknya pula adalah dari penganut Kristian Catholic.



Memang fresh. Tapi adik, tetap dengan ice cream nya.


Makan ice cream di musim sejuk. Memang 1st Class. Kedai seafood banyak terdapat di sini dan dan harganya amat berpatutan.




Lepas makan kita jalan-jalan di persisiran perlabuhan ini.




Last day. Masa untuk pulang. Sebelum pulang mari kita habiskan memori kad kamera kita dengan mengambil gambar kenangan.



Kali ini kami tak salah naik train. Dah terrer.


Sempat shopping lagi kat Schiphol Airport. EUR 49 (Rm196) harga untuk kedua-dua perfume. Sampai KLIA masuk Duty Free Shop,perfume wanita sahaja Rm199. Lelaki pula Rm189.Total Rm388 untuk dua!!! Tak salahkan mereka,customer yang nak sangat beli. Dah terang-terang dia kat Duty Free..jawabnya Percuma Cukai lah. Lain kali cari sign yang tulis "NO TAX SHOP".


13 jam lebih perjalanan tidak akan terasa jika ada IFE (in-flight entertainment) yang terbaik.



Kepada yang tak dapat sourvenir dari kami jangan kecil hati yer. Next trip boleh order.


PENGAJARAN PERJALANAN:

"Macam Belanda dapat tanah" adalah ungkapan yang sering kita ucapkan pada orang yang tamak akan harta orang lain.Memang tanah menjadi aset yang paling berharga bagi orang Belanda. Setiap ruang tanah tidak di sia-siakan. Walaupun mereka pernah menjajah dunia luar dan Tanah Melayu,tapi zaman ini mereka pula dijajah oleh Yahudi Freemason dari faktor ekonomi dan budaya. Barangan jenama yang murah membuatkan ramai orang yang berkemampuan shopping di europe. Pada yang masih beli product europe kat Malaysia,terima kasih diucapkan kerana anda membayar cukai yang tinggi untuk kemajuan negara.