Thursday 7 June 2012

HO CHI MINH CITY


Percutian kedua kami tahun ini bersempena dengan ulangtahun kakak dan adik yang jatuh pada tarikh dan hari yang sama tetapi berlainan tahun dengan mengunjungi HO CHI MINH CITY.


Perjalanan kami pada kali ini agak berbeza kerana kami ke KLIA dengan menaiki ERL dari stesen Putrajaya.


ERL agak lengang pada pagi ini. Sejam sebelum berlepas.Kami tak rushing sangat sebab dah check in online sehari awal sebelum flight. Sampai KLIA just drop in baggage jer.


Sampai SAIGON setelah 1 1/2 jam perjalanan. Cuaca agak mendung setibanya kami di sini.


Sampai awal di Hotel . Saigon Pink 2. Bilik masih belum tersedia sebab guess belum check out. Maklumlah sampai pukul 10 pagi waktu Saigon.


Check in semula pukul 2 lepas jalan-jalan sekitar pasar Ben Than.


Bilik kami free upgrade ke Superior Room sebab bilik standard yang kami book online dah penuh. Thanks kat awek masa check in tadi walaupun kami lupa namanya.


Salah satu bilik penginapan kami. Ambil 2 bilik,lelaki dan perempuan bilik asing yer. Maklumlah dah besar panjang so budget pun besar lah sikit. Taraf kebersihan bilik 4.5 bintang dari 5 bintang.


After check in....shopping at Saigon Square about 400m from our hotel. Kat sini banyak pakaian untuk lelaki dan latest fashion. Harga murah compare kat tempat lain.


Take a break..


One of the halal restaurant in Ho Chi Minh City. Restoran VN.HALAL


Makanan ala Vietnam. Makanan Malaysia juga ada di sini. About 150 meter from our hotel.


Jalan yang sesak dengan motorsikal.


Nak jadi askar.


Balai Polis???


Second day ambil pakej 1/2 day CHU CHI TUNNEL. Harga USD7 untuk dewasa dan separuh untuk kanak-kanak. Sebelum ke sana kami singgah di pusat kraftangan yang menempatkan pekerja-pekerja yang cacat akibat Agen Oren (virus) yang di sembur oleh askar Amerika semasa perang dahulu.
Pakej ni kami ambil through receptionist hotel.




Taklimat mengenai Chu Chi Tunnel oleh MR K.Y.


Demo menyorok melalui terowong kecil bawah tanah. Cepat menyorok!!


Dah hilang...


Ingin cuba juga.


Ada lapang sasar di sini. Mungkin lain kali sebab semua nak ikut menembak. Bahaya pulak. VND30000 (MYR4.50) untuk satu peluru ak47 atau M16.


Demo jerangkap samar.


Mencuba lorong bawah tanah yang telah di besarkan sedikit untuk pelancong merasai sendiri laluan ini.


Hazqil nak menangis sebab gelap.20 meter sahaja bagi kami. 100 meter seterusnya mungkin lain kali.


Minum petang. Ubi kayu rebus dicicah gula dan kacang serta teh o Vietnam.


Sampai hotel selepas tour sekitar pukul 3 petang.Terus pergi shopping lagi. Entrance Ben Than Market dari arah hotel kami. About 100m.


Hari berikutnya,berjalan menuju muzium dan Reunification Palace. Motorsikal penuh di jalanan HCMC.


 Reunification Palace. Istana negara yang sudah menjadi bahan sejarah.


Palace rooftop.


Permandangan yang cantik di anjung tinjau.


Tinggalan sejarah.


Next location...War Remnants Museum. About 300meter from the palace.




















Ermm...kat sini rakyat dijajah dengan kekuatan,kita dijajah dengan Minda...ermmmm..sama tak?








Budak kecil menjual tisu dan kipas. Umur dia rasanya dalam 5 tahun,besar sikit ajer dari adik. Kecik-kecik lagi dah kena kerja jual barang di Pasar Malam.


Pasar Malam di sekeliling Pasar Ben Than. Mula beroperasi pada pukul 6 ptg hingga 12 malam.


Shopping lagi...Kat pasar malam ni barangan nya tak lah murah sangat.


Melayu Champa,fasih berbahasa melayu. Tak perlu risau jika tidak fasih berbahasa inggeris di sini. Cakap melayu ajer. Karipap dan kueh talam.


Shopping beg. Tak cukup satu beg nak bawak barang balik. Beli lagi 5 beg baju.


Durian Vietnam. 2 malam berturut-turut beli durian di kedai Aunty ni. Sangat manis dan besar-besar isinya.


Next day..Shopping..


Shopping lagi...


Lagi-lagi Shopping...


Masih ber shopping....



Fuh..penat dah...duduk sebentar...


Duit shopping yang kami tukar dah habis....perlukannya lagi....


Cari Maybank Vietnam sebab nak cari ATM. Cash tak cukup nak shopping.


Sudah jumpa Maybank tapi atm pulak tak ada. Terpaksalah guna plus card withdraw cash lagi....service charge VND40000 = RM6. Cara nak buat plus card ni,buat activation kat atm Maybank kat Malaysia dulu.Select lain-lain urusniaga,select oversea activation,pilih tarikh nak guna dan tarikh balik dari luar negara.Nasib baik dah aktifkan sebelum berangkat.Kalau tidak tak de lah nak bershopping sakan lagi.


Peminat dari Pasar Ben Than. Gadis-gadis kat sini sexy-sexy dan main tarik customer ajer,tak kira bawak anak ke,lebai ke,Haji ke...semua diorang redah.AMARAN kepada isteri-isteri yang kaki cemburu tu,..sila jangan bawa suami anda kesini..hehehehe....


Perut lapar lepas shopping...ape lagi tapau jer kat warung Hajah Basiroh terletak di hadapan hotel kami...lepas makan...shopping lagi...


Hari ke-4.Standby teksi kami dari Vinasun.Teksi brand ni dan Mai Linh sahaja yang ikut meter. Company teksi lain,not recommended. 


Last minutes shopping atas permintaan Pak Chek dari Malaysia melalui laman muka bukunya.Nasib jugaklah kat Hotel Saigon Pink 2 ni ada access wifi di setiap tingkat.


Masjid HCMC.


Pergi 1 beg,balik 6 beg. Semua kepenatan lepas berjaya check-in beg.


Dalam ERL menuju Cyberjaya. Bukan train penuh,tapi merajuk sebab tak ade barang mainan dari HCMC.Tak pe lah..next time kita pergi tempat yang banyak boleh beli mainan..ok...


PENGAJARAN PERJALANAN;

Walaupun kehidupan rakyat disini daif,tapi kami boleh lihat ketenangan jiwa yang mereka miliki.Jalanan yang penuh dengan motorsikalnya membunyikan hon adalah untuk memberi amaran supaya orang lain peka.Walaupun nampak kelam kabut,tetapi tidak ada orang yang bergaduh di jalanan meskipun mengangkat tangan sambil menunjukkan isyarat lucah seperti dilakukan oleh orang-orang Malaysia.Masing-masing berjalan dengan tenang.Begitu juga jika hendak melintas jalan...angkat tangan dan terus melintas dengan selamat,mereka pasti akan mengelak anda.Overall,Ho Chi Minh City ni safe untuk melancong.Apa tidaknya,kedai emas di semua tempat tidak perlu ada pengawal dan kaca hiasan tidak ber jeriji.Sama macam negara-negara Arab.Kalau compare kat Malaysia....