Thursday 29 March 2012

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

MAC 2012


Perjalanan perngembaraan kami pada tahun ini bermula pada 24 Mac 2012,seminggu
selepas cuti persekolahan penggal pertama sempena sambutan ulangtahun si abang yang ke 10.
Mengikut pelan asalnya kami bercadang untuk mengambil pakej-pakej yang berlambak ditawarkan untuk ke USS ini. Setelah dihitung serta info dari kawan-kawan dari Singapore,kami mengambil keputusan ke sana dengan menaiki kereta sendiri. Banyak juga luahan pendapat dari rakan-rakan di sini,walaupun tidak pernah ke sana menceritakan kepayahan untuk membawa kenderaan sendiri ke sana. Jem lah,imigresen lah,tu lah,ini lah...semuanya susah kata mereka but we wanna get a real adventure over here....will take it as a challenge.



Wake up early at 2 am,lepas mandi dan bersiap we all roll out at 3.50am. Senang ajer semua nak bangun. Maklumlah dah tahu nak ke mana. Masuk je kereta,semua sambung tidur dalam kereta. Dalam 6am,singgah di hentian RnR Pagoh to take breakfast and solat subuh. Lepak around 1 hour and continue our journey back on 7am.


Tiba di LINK KEDUA,melalui Tuas sekitar jam 0830am. Tak banyak kenderaan yang lalu kat sini. Kami melalui kedua-dua imigresen Malaysia/Singapura tak sampai 15 minit. Memang tak banyak kenderaan. Need to purchase Autopass kalau nak enter Singapore ni. Kiranya macam kad Touch N Go la kalau kat Malaysia.$10 dollar satu card. This card is not interchangeable with others sebab card  ni register only for one car. Kalau nak exit nanti dia akan kira dan tolak sekali gus dari kad ini kalau kita lalu jalan yang ada tol kat sana so kena lah prepare topup duit at any 7-11.


Masuk jer Singapore,semua orang driving slow and steady,nak tukar lorong,dari jauh mereka dah bagi signal dah. Rasa macam kat Australia la pulak bila drive kat sini.


After 5 minute driving then we all realize that every 100 meters, there is a camera attached at the light post. Patut le semua bawak segan silu, everywhere ada camera. Takut kena saman rupanya.  



Sampai Vivocity Shopping Mall jam 0850am. Parking kat sini guna Autopass. Naik ke tingkat 3 untuk menaiki monorail ke USS. Tambang nya untuk seorang S$3. 


Entrance tiket kita orang dah purchase online. Untuk maybank credit card,ada offer 15% for each tiket. Adik pulak tak kena sebab kids above 4 aje yang kena tiket. Lagi 2 bulan nak 4 tahun,save a lot more.







To Madagasca River Cruise.


Lets Boogie...


Sherk's House n Fiona's Castle.




Jurassic Park


Waterworld Show


Ancient Egypt


Transformers


The one and only, first Transformers Ride in the world is here in Singapore. Paling banyak  ride,ride ni lah yang paling best,nasib baik ketinggian adik melepasi tahap minima untuk ride tu. Suka betul dia selepas kecewa tidak di benarkan menaiki Jurassic Park Rapid Adventure berhubung masalah ketinggiannya.






Batmanpj vs Joker


New York Yellow Cab




Sudah agak penat dengan cuaca yang panas terik,barulah anak-anak terasa lapar. Ada 3 kedai yang halal dalam USS ni. One of them...Mel's Drive In. Cuba cari si adik dalam gambar di atas,excited sangat nak makan burger...actually nak lunch box Woody Wood Packer.





Lepas makan,continue lagi....




Melepak dulu sebelum parade. Kat sini sama macam Movie World,grand parade pukul 6 petang setiap saturday and sunday including selected public holiday.Masa parade ni pulak lah si adik boleh tidur,habis ajer parade terus dia bangun nak main lagi. Adalah dalam half an hour dia tidur. Terus segar untuk berjalan lagi...









Donkey yang boleh berinteraksi dengan penonton walaupun dia ni kartun.


 Topup air : S$2,
Souvenir : S$200+-
Beli Transformer bottle : S$28.90,
Happy bersama keluarga : Priceless




Check out from theme park around 9pm. Nak tunggu pameran bunga api,tapi dah tak larat. Maybe next time. Masuk jer kereta,sampai imigresen,my kids semua tidur so imigresen tak check sangat lah di kedua-dua pintu keluar. Singgah hentian RnR untuk dinner and sampai rumah pukul 2+-am.


PENGAJARAN PERJALANAN :
 PERNAH KE SINGAPURA TAHUN 2000 DENGAN RAKAN MENAIKI KERETAPI,TAPI KALI INI BERSAMA KELUARGA MENAIKI KERETA.UNDANG-UNDANG YANG DILAKSANAKAN DENGAN BETUL MEMBUATKAN RAKYATNYA MENGIKUT PERATURAN BUKAN KERANA    
JATI DIRI DAN TATASUSILA YANG TINGGI SEPERTI RAKYAT AUSTRALIA CONTOHNYA,TETAPI TAKUT AKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG AKAN DI KENAKAN JIKA MELAKUKAN KESALAHAN.JIKA SINGAPURA BOLEH BUAT,MENGAPA TIDAK KITA YANG DULUNYA SERUMPUN DENGAN MEREKA? SAMPAI BILA NEGARA KITA HARUS DIPANDANG SEBAGAI NEGARA KELAS KETIGA YANG PENUH DENGAN 
RASUAH NYA? TOLONGLAH FIKIRKAN DEMI AGAMA KITA.