ISTANBUL TURKI.
Bercuti sekitar bulan sept 2005 nak masuk musim sejuk.
Bosphorus cruise. Merentasi terusan yang melalui dua benua. Bertolak dari benua europe,sampai di benua asia dan kembali semula ke benua europe. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam.
Bersiar-siar sepanjang hari
Bermain dengan burung merpati. Adik terjatuh ketika mengejar merpati, habis seluar basah.
Spice Bazaar. Banyak kali datang tempat ni sebab ada sahaja barang yang hendak di beli.
Banyak kali repeat beli barang di sini
Aktiviti yang mesti buat kalau pergi oversea musim sejuk: Pekena aiskrim ,lambat nak cair.
Makanan untuk seorang.
Restoran berdekatan hotel. Hanya makanan untuk orang dewasa yang di kira,kanak-kanak order ape pun percuma.
Antara kedai makan yang kami singgah untuk makan malam .
Meal percuma lagi untuk mereka . Mereka memang suka budak-budak . Banyak benda free yang anak-anak dapat .
Setiap hari kedai makan berlainan yang kami cuba
Di tingkap bilik hotel. Awal pagi dah bangun, maklumlah belum tune lagi waktu kat Malaysia.
Bersiar-siar di taman Hagia Sophia.
Di dalam Hagia Sophia . Peninggalan sejarah dua agama boleh dilihat di sini
Blue Mosque. Masjid yang masih di guna pakai.
Di dalam Blue Mosque
Topkapi Palace. Istana lama kerajaan Turki.
Di Topkapi Palace ni ada bangunan yang menyimpan barangan Nabi Muhammad seperti pedang,janggut,baju dan macam-macam lagi. Gambar nye tak di upload di blog ni sebab ianya adalah rahsia.
Pemandangan dari Topkapi Palace. Istana ini berada di puncak bukit. Berjalan kaki dari hotel kami. Masa nak pergi terasa lambat nak sampai sebab terpaksa mendaki tapi bila balik rasa cepat ajer.
Grand Bazaar. Memang besar dan menyesatkan. Kalau ada kedai yang menawarkan harga murah,beli aje sebab pasti tak jumpa lagi kedai tersebut di sebabkan lorong dan kedai yang sangat banyak.
Spices Bazaar,antara yang perlu di kunjungi,bazaar yang kedua besar selepas grand bazaar macam-macam ada.
Peminat si adik
Peminat lagi
Juga peminat Muna. Dari pegawai imigresen ketika sampai di airport hinggalah gadis-gadis yang sama-sama naik boat cruise,semua teruja melihat adik dan ingin mengambil gambar bersama. Ada yang bagi gula-gula dan hadiah semasa di kedai-kedai untuk membeli belah.
Bersiar-siar dengan menaiki tram.
Salah satu menu tengahari kami. Doner Kebab.
Hari yang terakhir barulah jumpa kedai makanan yang menyediakan makanan orang turki. Sangat sedap sehinggakan kami sering terngiang-ngiang hingga hari ini.
PENGAJARAN PERCUTIAN :
Bangsa Turki sangat menghormati tetamu. Suka akan kanak-kanak.Mengutamakan orang yang membawa kanak-kanak walau dimana jua(dalam tram). Kalau di ukur dengan tatacara orang melayu kita yang dikatakan penuh dengan adat resam dan tatasusila...kita silap,atau mungkin itu hanya mitos,tatasusila orang Turki jauh lebih baik dan bertamadun dari kita. Penduduk Istanbul juga mengatakan golongan muda sudah mulai kembali mendekati islam,tidak seperti golongan tua.
UPDATE: Kata-kata mereka menjadi kenyataan apabila parti Islam berkembang dan menang dalam pilihan raya serta memerintah Turki selepas kira-kira 4 tahun kami kesana.