Thursday 8 September 2005

ISTANBUL

ISTANBUL TURKI.
Bercuti sekitar bulan sept 2005 nak masuk musim sejuk.


Bersiar-siar di waktu pagi.


Bersiar-siar setiap hari


Bosphorus cruise. Merentasi terusan yang melalui dua benua. Bertolak dari benua europe,sampai di benua asia dan kembali semula ke benua europe. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam.


Antara bangunan lama di persisiran terusan.


Angin bertiup sungguh sejuk.


Berhenti berehat.


Permandangan yang sungguh indah. Masjid banyak terdapat di sepanjang terusan ini.



Jambatan yang menghubungkan antara benua Asia dan Eropah.



Bersiar-siar sepanjang hari


Bermain dengan burung merpati. Adik terjatuh ketika mengejar merpati, habis seluar basah. 





Spice Bazaar. Banyak kali datang tempat ni sebab ada sahaja barang yang hendak di beli.


Banyak kali repeat beli barang di sini


Arak terlihat di mana-mana


Aktiviti yang mesti  buat kalau pergi oversea musim sejuk: Pekena aiskrim ,lambat nak cair.


Makanan untuk seorang.


Restoran berdekatan hotel. Hanya makanan untuk orang dewasa yang di kira,kanak-kanak order ape pun percuma.


Antara kedai makan yang kami singgah untuk makan malam .



Meal percuma lagi untuk mereka . Mereka memang suka budak-budak . Banyak benda free yang anak-anak dapat .


Setiap hari kedai makan berlainan yang kami cuba


Di tingkap bilik hotel. Awal pagi dah bangun, maklumlah belum tune lagi waktu kat Malaysia.


Bersiar-siar di taman Hagia Sophia.




Di dalam Hagia Sophia . Peninggalan sejarah dua agama boleh dilihat di sini


Blue Mosque. Masjid yang masih di guna pakai.


Sebagai kenangan




Di luar pintu masuk Blue Mosque



Di dalam Blue Mosque



Topkapi Palace. Istana lama kerajaan Turki.


Di Topkapi Palace ni ada bangunan yang menyimpan barangan Nabi Muhammad seperti pedang,janggut,baju dan macam-macam lagi. Gambar nye tak di upload di blog ni sebab ianya adalah rahsia.





Pemandangan dari Topkapi Palace. Istana ini berada di puncak bukit. Berjalan kaki dari hotel kami. Masa nak pergi terasa lambat nak sampai sebab terpaksa mendaki tapi bila balik rasa cepat ajer.



Istana Topkapi yang banyak pintu rahsia.


Bersiar-siar di waktu petang


Semua perlu rasa Shisya ni...sedap jugak yang original ni.



Grand Bazaar. Memang besar dan menyesatkan. Kalau ada kedai yang menawarkan harga murah,beli aje sebab pasti tak jumpa lagi kedai tersebut di sebabkan lorong dan kedai yang sangat banyak.


Spices Bazaar,antara yang perlu di kunjungi,bazaar yang kedua besar selepas grand bazaar macam-macam ada.


Peminat si adik


Peminat lagi


Juga peminat Muna. Dari pegawai imigresen ketika sampai di airport hinggalah gadis-gadis yang sama-sama naik boat cruise,semua teruja melihat adik dan ingin mengambil gambar bersama. Ada yang bagi gula-gula dan hadiah semasa di kedai-kedai untuk membeli belah.


Bersiar-siar dengan menaiki tram.


Salah satu menu tengahari kami. Doner Kebab.


Hari yang terakhir barulah jumpa kedai makanan yang menyediakan makanan orang turki. Sangat sedap sehinggakan kami sering terngiang-ngiang hingga hari ini.


PENGAJARAN PERCUTIAN :
Bangsa Turki sangat menghormati tetamu. Suka akan kanak-kanak.Mengutamakan orang yang membawa kanak-kanak walau dimana jua(dalam tram). Kalau di ukur dengan tatacara orang melayu kita yang dikatakan penuh dengan adat resam dan tatasusila...kita silap,atau mungkin itu hanya mitos,tatasusila orang Turki jauh lebih baik dan bertamadun dari kita. Penduduk Istanbul juga mengatakan golongan muda sudah mulai kembali mendekati islam,tidak seperti golongan tua.

UPDATE: Kata-kata mereka menjadi kenyataan apabila parti Islam berkembang dan menang dalam pilihan raya serta memerintah Turki selepas kira-kira 4 tahun kami kesana.